Danial 2030

1.4K 17 0
                                    

‘Danial Sinclair, " jerit Johanes Sinclair pada oktaf tertinggi mampu menggegarkan rumah banglo 2 tingkat tetapi bukan hati Danial yang merupakan anak tunggal antara magnet perniagaan terpenting di Malaysia.

‘Abang sabarlah Danialkan masih muda lagi’. Siti Aminah tersepit suami dan anak. Dia tidak tahu siapa yang dia patut sokong.

‘Siti, tengok anak kesayangan tu. Sanggup awak kata muda? Nak abang tunjuk sijil lahir dia ke? Dia tu dah 30 tahun Siti. Kawan dia tu, Si Vincent Chai dah kahwin ada anak seorang, isteri dia siap mengandung lagi. Boleh aje dia bahagia tetapi anak awak ni suruh kahwin tak nak kahwin. Kata tak jumpa yang serasi. Tapi lagaknya mengalahkan 'Mat Saleh'. Tiap – tiap hari bertukar pasangan. Balik awal dinihari. Bila tegur buat selamba badak aje dan awak suruh saya bersabar?’. Kemarahan Jon Sinclair telah meledak bah gunung berapi Krakatoa.

‘ Tapi papa Dan tak jumpa jodoh Dan lagi. Walaupun Dan berjoli sakan kerja Dan tetap tip topkan? Apa salahnya Dan bersuka ria untuk merehatkan minda Dan selepas penat bekerja?’ Danial membela dirinya. Memang kerjanya sebagai Managing Director of Falcon Construction Pvt Ltd tidak pernah terjejas kerana kehidupan peribadinya. Gelaran 'playboy' yang ditujukan kepadanya tidak pernah diendahkannya malah berasa bangga dengannya. Dirinya mempunyai pakej yang lengkap yang menjadi magnet untuk menarik perempuan ke arahnya. Setiap perempuan yang melintasi akan menoleh kali kedua untuk melihatnya dan dia bangga dengan dirinya. Dia tidak pernah bersusah payah mengorat perempuan, hanya satu senyuman, satu ayat pujian dan satu jambangan ros, perempuan tersebut sudah dalam dalam dakapannya. As simple as that. Kalau ada yang menggelarkannya cara playboy dia kisah apa. Baginya dia hanya menjadi lelaki budiman yang melayan setiap wanita sebagai princess selagi dia ada disebelahnya.

‘Tengok tu, kita duk nasihat hingga kering air liur dia asyik termenung entah ke mana. Bilalah anak awak nak berubah Siti?’  Johan Sinclair  geram dengan sikap tidak peduli yang ditunjuk oleh anaknya.

‘Danial tu anak abang juga bukan anak Siti sahaja. Asyik nak salahkan Siti sahaja kalau buat salah. Kalau baik jadi anak abang. Tak adil sungguh. Malaslah nak layan anak beranak ni’. Siti Aminah dengan muka geram beredar dari ruang makan itu.

‘Siti, Siti dah marah pula bini aku ni. Anak dah besar panjang sikap cepat merajuk dia ni tak pernah berubah.’ Johan Sinclair menggelengkan kepalanya seraya bangun dari tempat duduk untuk memujuk isterinya yang merajuk.

And you young man this is all your fault’. Sempat Johan Sinclair menyalahkan Danial yang tersenyum melihat adegan boleh dikatakan romantik antara ibu dan ayahnya. ‘ And one more thing, petang nanti sepupu kamu, Mukhlis nak datang rumah. Dia akan tinggal di sini untuk sementara waktu so cancel all your unnecessary appointment in the evening. I want to see your face at home after we come from office. Understand Danial?’ ujar Johan Sinclair dengan muka tegangnya.

‘Mukhlis? Sepupu? Sepupu mana pula ni?' Fikir Danial sambil tercongok di depan meja makan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

‘Papa mana sepupu yang papa bagitau pagi tadi. Lambat lagi ke? Kalau lambat Danial nak keluar dululah.’

‘Sabarlah Dan, kata mak cik kamu tu Mukhlis tu datang dari Penang naik motor. Bukannya dekat jarak Penang dengan KL ni. Lagi satu, bukankah papa dah kata batalkan semua appointment kamu tu.’ tegas Johan Sinclair.

NaluriWhere stories live. Discover now