12

2.7K 39 0
                                    

Sampai di dalam bilik guru, Rahul terus masuk dan mengorak langkah ke tempat duduknya. Selepas berkemas dan mengambil buku catatan, dia segera berlalu ke bilik mesyuarat. Sudah ramai guru yang tiba. Kelihatan Cikgu John Peter sudah ada di tempatnya sambil tersengih-sengih memandang ke arahnya. Eleh macamlah Rahul tak tahu. Mesti dia ada berita hangat nak ceritakan. Biasalah bujang senang asal Sarawak ni. Tak heranlah Rahul!

"Eh, apasal kau lambat hari ni? Selalunya kau sampai dulu daripada aku," soalan pertama yang muncul daripada mulut si John. Ketika itu Rahul mengambil tempat di sebelah John. Mesyuarat mungkin akan bermula bila-bila masa lagi. Hamm..macam mana Rahul nak cerita ni! Ah tipu sunat je lah. Asalkan kejadian songsangnya bersama Danial Sinclair tak ada orang yang tahu.

"Oo...aku bangun lewat tadi! tak perasan langsung," bohongnya. Padahal pukul 5.30 pagi tadi Rahul sudah bangun. Kalau tak tunggu Danial bersiap, rasanya dia akan menjadi orang pertama sampai hari itu.

"Oo...ye ke!," balasnya. Rahul hanya tersenyum sipu kepada Cikgu Raihan dan Cikgu Tan yang duduk berdekatan dengan mereka berdua. Mujurlah pengetua sekolah sudah sampai dan mesyuarat pun dimulakan. Seperti biasa isi mesyuarat hanya berkisar pada fokus peningkatan disiplin dan pelajaran. Mesyuarat terpaksa disingkatkan untuk mengelakkan proses pembelajaran dan pengajaran terganggu.

"Baiklah sebelum kita menangguhkan mesyuarat kali ini, cikgu nak kamu berkenalan dengan cikgu pelatih dari UPSI. Perkenalkan diri anda, Cikgu," ujar pengetua sambil melirik ke arah kanannya.

Oleh sebab kedudukan Rahul agak terkebelakang sedikit dia tidak dapat melihat siapakah itu. Kemudian, barulah dia perasan bahawa cikgu baru itu berbangsa Melayu. Badannya yang kurus menyerlahkan usia sebenarnya yang masih muda remaja.

"Okey cikgu-cikgu sekalian. Hari ini kita bertuah kerana kita akan dapat berkenalan dengan rakan baru. Okey Cikgu Ryan sekarang perkenalkan diri kamu kepada rakan-rakan baru kamu," arah pengetua pula.

"Assalamualaikum. Nama saya Ryan Addin bin Nizam. Saya berada dalam tahun terakhir pengajian. Harap korang dapat memberi tunjuk ajar kepada saya. Terima kasih," ucapnya. Aku hanya memandang tanpa minat.

"Baiklah saya kamu semua dah kenal kawan baru kamu. Saya harap kamu dapat membantunya untuk menyesuaikan diri di sini. Faham semua?" Tanya pengetua.

"Faham cikgu."

"Bagus. Okey, Ryan! Kamu boleh mendapatkan maklumat sekolah dan bantuan daripada Cikgu John iaitu Penolong Kanan I."

Kata-kata itu hanya dibalas dengan anggukan oleh Cikgu Ryan. Selepas itu mesyuarat bersurai dan Rahul terus berlalu ke kelasnya.

''Bangun! Assalamualaikum cikgu!'' laungan ketua kelas bergema dalam kelas tingkatan Enam Sastera. Ikram Rafei adalah ketua kelas yang telah dipilih berdasarkan ketegasannya. Dia seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran. Mempunyai penampilan yang agak menarik dan juga seorang yang peramah.

Sementara itu

"Assalamualaikum cikgu!'' bergema pula suara pelajar-pelajar lain. Cikgu Omar selaku guru mata pelajaran Bahasa Malaysia melangkah masuk dengan bergaya. Di sampingnya ada Cikgu Ryan yang boleh dikirakan masih segar dan sedang menyesuaikan diri di sekolah itu.

"Waalaikumusalam semua, duduk!" salam dijawab dan arahan pun diberi. Semua pelajar duduk semula.

Vincent sempat mencuit kawan di sebelahnya, manakala matanya sedang memerhatikan cikgu berdiri di sebelah Cikgu Omar.

"Selepas ni Pendidikan Jasmani kan? Boring betullah aku nak mengadap muka cikgu Rahul tu!'' bibirnya sudah mula membebel. Vincent cukup meluat dengan cikgu Rahul yang sentiasa memandang benci ke arahnya. Dia sendiri tidak tahu, apa kesalahan yang telah dilakukannya. Yang pasti setiap kali mereka bertembung mesti cikgu Rahul akan menjeling tajam ke arahnya.

NaluriWhere stories live. Discover now