40 | Have faith

63.9K 1.5K 108
                                    

Aaira keluar dari pintu utama hotel. Nasib menyebelahinya apabila tiada wartawan di situ. Dia melangkah mendekati taman bunga yang terletak di sudut hotel lalu duduk diatas bangku yang sudah disediakan.

Gadis itu termenung memikirkan kata-kata Jina sebentar tadi. Dikesat air matanya yang hampir tumpah itu dengan belakang tangannya.

Benarkah Megat Ian menduakan dirinya? Entah kenapa sukar untuk dia percaya jika mengingatkan usaha gigih Megat Ian mencarinya dan mahu menjadikannya isteri sesungguhnya.

Besar kemungkinan Jina menipu dirinya. Wanita itu mahu memisahkan dirinya dengan Megat Ian dengan menunjukkan gambar tidak senonoh yang berada di gengamannya kini. Hampir mahu terkoyak gambar ini digenggamnya.

Tidak. Dia tidak percaya dengan kata-kata Jina. Dia lebih percayakan suaminya berbanding wanita yang baru dikenalinya itu. Dia harus tanya pada Megat Ian tentang perkara ini untuk kepastian.

Aaira menarik nafas perlahan menenangkan hatinya. Tiupan angin malam yang memukul lembut wajahnya sedikit sebanyak dapat melegakan hatinya yang sedih ini.

Apablia merasakan agak lama dia berada di situ Aaira bangun mahu masuk semula ke dalam hotel. Bimbang juga jika Megat Ian mencarinya nanti.

"Puan Aaira?" tegur satu suara yang amat dikenalinya dari arah belakang. Aaira berpaling.

"Puan buat apa kat sini?" soal Luth sambil mengerutkan dahi. Bukan ke tadi isteri bosnya ini berada di dalam dewan. Macam mana boleh tiba-tiba ada dekat taman bunga ni.

"Oh Luth, saja je ambil angin dekat luar ni." jawab Aaira bersahaja diakhiri dengan gelak sumbingnya. Cuba menutupi kejadian tadi yang telah membuatkan dirinya sedih.

Aaira memandang Luth yang berdiri tegak di hadapannya. Mereka sudah biasa berinteraksi sebegini. Dia dah anggap Luth macam adik-beradiknya sendiri. Hanya Luth seorang sahaja yang berani bercakap dengannya. Pengawal peribadi yang lain semuanya seperti seorang bisu sejak lahir kerana hanya angguk dan angguk sahaja padanya dengan riak muka tiada perasaan.

"Sejuk kat luar ni puan. Jom saya bawa puan masuk dewan." prihatin Luth. Mereka sama-sama melangkah ke arah pintu utama hotel.

"Luth." panggil Aaira tiba-tiba memberhentikan langkah lelaki itu.

"Ada apa puan? Puan perlukan apa-apa ke?" tanya Luth pelik apabila melihat Aaira diam sahaja dari tadi. Gadis itu seperti mahu memberitahu sesuatu padanya.

***

Megat Ian melangkah laju tanpa memikiran orang di sekitarnya. Dia menuju ke arah cafe yang diberitahu Luth padanya.

Tadi sedang dia berbicara mengenai bisnes dengan salah satu kliennya, hatinya sedikit gelisah apabila masih tidak melihat kelibat Aaira yang ke tandas 10 minit yang lalu.

Dengan segera Megat Ian meminta diri pada kliennya untuk membuat panggilan telefon. Didail nombor isterinya berkali-kali. Tidak berangkat. Sesat ke budak tu? Atau kena beratur panjang dekat tandas tu?

Tiba-tiba jantung Megat Ian berdegup laju dan otot dadanya terasa ketat. Situasi sekarang ini persis dulu. Saat Aaira pergi tinggalkan dia dan Isha di hospital. Mata Megat Ian kurang fokus. Nafasnya turun naik.

Dia segera melagkah laju keluar dari dewan itu. Dicari Aaira di tandas wanita. Kosong. Jantungnya berdetak makin kencang. Pada masa yang sama terdengar pekikan nyaring dua orang wanita terkejut apabila melihat sosok tubuh Megat Ian dalam tandas itu.

Megat Ian hanya memandang kosong mereka, tidak terasa mahu meminta maaf. Dia terus melangkah keluar dari situ. Didail nombor Aaira lagi.

'Aaira please jangan tinggalkan abang. Angkat telefon ni sayang.'

RAHSIA HATIWhere stories live. Discover now