03 | Desperate

68.5K 1.2K 8
                                    

Aaira berjalan dengan perasaan sedih.

Macam mana kalau dia tidak mendapat sebarang pekerjaan.

Wang simpanannya sudah semakin susut. Masalah kesihatan neneknya pula semakin memburuk dan neneknya kerap juga dibawa ke hospital. Mana dia nak cari duit ni.

Bayaran perubatann neneknya tidaklah murah dan dia harus cepat-cepat untuk mendapatkan pekerjaan.

Setelah sampai di tempat menunggu bas. Mata Aaira menatap kosong pada coretan kertas yang tertampal di tiang tepi tempat dia duduk. Aaira mengelengkan kepalanya cepat.

"Tak... aku tak akan buat kerja bodoh macam tu. Kalau aku buat pinjaman along, nyawa aku dan nenek mesti akan melayang." desis hati Aaira. Dia masih boleh cari pekerjaan lain lagi.

"Nek. Aaira dah balik ni." panggil Aaira di luar pintu sebelum masuk ke dalam rumah kecil itu.

Aaira masuk dengan senyuman di wajahnya, dia tak nak neneknya sedih kalau nenek dia dapat tahu yang dia sudah pun dipecat.

"Nenek?" Panggil Aaira lagi.

"Oh, kamu dah balik Aaira... kotak apa tu?" neneknya keluar dari dapur dan terkejut melihat cucunya itu membawa balik kotak besar dengan penuh barang di dalamnya.

Aaira melirik kotak yang dipegangnya yang berisikan barang-barang miliknya yang berada di loker hotel. Aaira kemudian meletakkannya di atas meja di ruang tamu sempit itu.

"Tak ada apa lah nek, ni barang biasa. Aaira sengaja bawa balik. Nenek buat apa kat dapur tu?" Aaira cuba mengalihkan perbualan mereka tadi.

"Nenek baru nak masak."

"Nek, kan Aaira dah cakap tak payah masak. Aaira boleh masak. Nenek kan tak sihat." Aaira menolak perlahan belakang tubuh neneknya untuk berehat di kamar.

Nek Jah tersenyum melihat kelakuan cucunya ini. Memang pantang kalau dia masuk dapur mesti dicegah Aaira. Tapi dia faham, dia pun sudah tua badannya pun bukan larat sangat nak buat kerja. Tapi kalau setakat memasak boleh lagi. Aaira saja yang melebih.

"Nenek boleh masak la. Lagi pun kamu penat kan baru balik kerja biarlah nenek masak." ucap Nek Jah setelah dia duduk di tepi katil.

"Nope, tak boleh. Biar Aaira yang masak. Masakan Aaira sedap, so Aaira nak nenek makan masakan Aaira." ujar Aaira berseloroh.

"Jadi, kamu nak cakap masakan nenek tak sedap la ni, bertuah budak ni." baru sahaja Nek Jah ingin mencapai lengan kecil itu mahu dicubit lengan Aaira tetapi Aaira cepat mengelak sambil tersengih.

Aaira mencapai tangan tua itu, digenggam kedua duanya perlahan.

"Ala, Aaira gurau aje la. Kalau nenek nak tau, nenek punya masakan lagi sedap banding dengan Aaira tapi buat masa ni biar Aaira masak untuk nenek erk erk erk." terkelip-kelip mata Aaira dengan hidung dia sekali mengernyit minta neneknya bersetuju untuk dia memasak malam ini. 

Nek Jah tergelak seketika.

Baru saja Nek Jah mahu buka mulut untuk membalas ucapan Aaira tadi terasa kecupan singkat di pipinya.

"Dah, nenek rehat ya. Nanti siap semua Aaira panggil." ucap Aaira dengan senyuman sebelum bangun menghampiri dapur.

❦ ❦ ❦

Keesokann paginya, penuh tekun Aaira menyelak setiap helaian surat khabar yang dia beli. Rata-rata syarikat mahukan pekerja yang berpendidikan tinggi seperti lepasan diploma dan ijazah. Aaira sedih.

"Ahhhh .... Megat tak guna!"

Aaira membaringkan dirinya di atas buaian yang sedang didudukinya sebentar tadi. Buaian ini terletak di halaman rumahnya. Kalau dia stres atau sedih dia akan lepak dekat sini. Aaira memandang langit biru yang tepat berada di atasnya.

RAHSIA HATIWhere stories live. Discover now