31 | Found you

90.5K 2.3K 217
                                    

Aaira sedang sibuk menggantikan linen, tuala dan bekalan bilik dengan barang yang baru dan bersih.

Setelah selesai, dia memeriksa semula peralatan dan kemudahan di bilik itu cukup dengan mengikut susuan yang betul. Diambil botol spray wangian lalu disembur di dalam bilik itu.

Aaira bekerja sebagai houskeeping di hotel Sapphire Coast ini. Setiap hari dia akan bergerak ke hotel jam 7.50 pagi. Dia tidak menafikan bekerja sebagai housekeeping ini memang memenatkan, tapi ianya sangat berbaloi berbanding dia bekerja tiga pekerjaan dengan gajinya tidak seberapa.

Setelah dia mengunci pintu bilik itu, ditolak trolinya perlahan. Sedang dia ingin membelok ke kanan, tiba-tiba seorang lelaki menghalang laluannya.

"Excuse me miss." bicara lelaki itu. Aaira mendongak memandang wajah lelaki itu.

Tipulah kalau dia kata lelaki ini tidak hensem. Bermata coklat dengan gaya rambut low fade menambahkan lagi kekacakkan lelaki itu.

Melihat penampilan lelaki ini, dia tahu lelaki ini bukan calang-calang orangnya. Dia dapat lihat kasut mahal yang dipakai lelaki itu sama jenama dengan salah satu kasut Megat Ian iaitu Berluti.

Teguran dari lelaki itu membuatkan Aaira tersedar ke alam nyata. Dia mengutuk diri sendiri kerana ralit mengusha penampilan lelaki ini.

"Yes sir, is there anything i can help you with?" jawab Aaira cuba menutup malu.

"Can you change the new bed sheets in my room? Cause i accidentally spilled water on it."

Melihat tatapan Aaira yang seperti ragu-ragu ingin membantunya, lelaki itu menyambung bicaranya lagi.

"Don't worry, my wife is in that room."

"Oh, ahaha. Yeah sure. Show me where your room is." gelak Aaira janggal sambil menunduk malu apabila lelaki itu seperti dapat membaca apa yang difikirkannya.

Aaira mengekori lelaki itu dari belakang sambil menolak trolinya. Terasa resah hatinya mengikut setiap langkah lelaki ini.

Kalau lelaki itu menipunya dan ingin buat benda tak elok padanya macam mana? Muka kacak tak menjamin dia baik kan?

'Husnudzon Aaira. Tak kan la dia nak buat benda tak elok, CCTV penuh kut kat sini. Lelaki tu cakap dia dah ada isterikan. Lagipun ramai yang check in dekat lajuran bilik ini.' desis Aaira dalam hati, tanpa sedar dia memegang erat spray wangian tadi ditangannya.

Prepare your umbrella before it rains.

❦ ❦ ❦

Aaira cepat-cepat keluar dari kamar itu setelah dia siap menukar cadar bilik itu. Pipi Aaira merona merah melihat adegan suami isteri yang tidak berbayar sebentar tadi.

Ditekup kedua tangannya ke pipinya dan dipejam matanya erat berharap bayangan tadi hilang. Mujur lelaki itu masih lengkap berpakaian.

Flashback

"You tolong tukar cepat ya." arah lelaki itu bergegas menghampiri bilik air tanpa menoleh ke arah Aaira.

RAHSIA HATIWhere stories live. Discover now