5 bulan kehamilan
"Aaira, makan ni. Ni baik untuk ibu mengandung." Puan Inara meletakkan sup labu yang dia campur dengan kuaci di atasnya.
Dia sengaja memasak sup labu ini dari rumahnya. Sup labu ni sesuai untuk pertumbuhan dan perkembangan otak dan mata bayi. Mesti comel mata cucunya nanti.
"Waaa, Nampak sedap. Susahkan mama je buat semua ni." Aaira menatap kagum sup labu yang dibuat ibu mentuanya. Siap ada kek carrot lagi sebagai pencuci mulut.
"Terima kasih mama." ujar Aaira lagi mengenggam tangan Puan Inara dengan menyalurkan rasa terima kasihnya buat wanita itu. Dia rasa sungguh terharu, tidak pernah dia merasakan layanan sebegini rupa.
"Sama-sama. Tak susahkan pun. Mama buat ni ikhlas untuk Aaira dan cucu mama biar sihat. Cepat makan. Tunggu apa lagi. Nanti sejuk tak sedap pulak." Ujar Puan Inara mendekatkan lagi mangkuk sup labu itu kearah Aaira. Sup labu itu sudah dia masukkan ke dalam termos supaya tahan panas sebelum datang sini.
Megat Ian hanya memerhatinya ibunya. Dia tidak pernah melihat ibunya sebahagia ini sebelumnya.
"Nah, ini untuk Ian." Puan Inara menyerahkan mangkuk lain untuk Megat Ian.
"Awal mama datang hari ni. Nampak happy semacam je ni, ada apa-apa ke." tanya Megat Ian.
Puan Inara hanya tersenyum kemudian melirik Aaira yang sedang menghirup kuah sup itu.
Tentu sahaja dia gembira. Dia menaruh harapan tinggi pada Aaira. Dia yakin Aaira mampu membuat Megat Ian kembali seperti dulu.
Sekarang ini pun dia sudah dapat melihat perubahan dari Megat Ian. Seperti apa yang dikatakan Mak cik Aida, Megat Ian tidak lagi menunjukkan ekspresi tegas dan ketatnya 24 jam.
Bahkan Megat Ian sering kali melayan Aaira dengan lembut yang jarang dilakukan oleh pemuda itu.
"Mama rasa nak tinggal dekat sini la, boleh teman Aaira. Kamu kan selalu kerja. Kesian Aaira duduk sorang-sorang. Aaira tak pernah keluar dari rumah ni mesti dia bosan. Kan Aairakan?" tanya Puan Inara pada Aaira.
Megat Ian hanya mendengar sahaja Puan Inara bercakap sambil menghirup sup labu itu.
"Haa, macam mana kalau Ian ajak Aaira pergi jalan-jalan? Bagus untuk baby ni nanti." saran Puan Inara pada Megat Ian.
Megat Ian menaikkan keningnya menatap ke arah Aaira. Dia tahu gadis itu mesti merasa bosan di rumah ini. Tapi apa yang perlu dia buat? Keberadaan Aaira harus dirahsiakan. Lebih-lebih lagi tengah mengandung sekarang ni.
"Tak boleh. Aaira tetap kena duduk dalam rumah ni." jawab Megat Ian tegas.
Puan Inara hanya mengerutkan hidungnya tanda tidak suka melihat anaknya yang belum berubah sepenuhnya.
"Emm... sedapnya sup labu ni. Pandai mama buat." Puji Aaira pada Puan Inara.
Aaira mempamerkan sengihannya pada Puan Inara membuat wanita itu senang hati mendengarnya. Betapa comelnya gadis ini.
"Sedap ke, kalau macam itu makan sampai habis pastu makan kek carrot mama buat ni." Puan Inara mengusap pelan kepala Aaira penuh kasih sayang.
Aaira tersenyum menerima usapan itu.
Aaira sambung makan lagi dengan mengerakkan badannya ke kiri dan ke kanan tanpa sedar. Dia suka dengan sup labu ni nanti nak minta resepilah dengan mama.
Puan Inara tersenyum bahagia melihat tingkah Aaira. Such a cute girl.
Dia menoleh ke arah anak lelakinya yang juga tersenyum melihat tingkah Aaira.
YOU ARE READING
RAHSIA HATI
RomantikRAHSIA HATI (COMPLETED) (UNEDITED) Editing~ Bersabarlah dalam penantianmu. Berdoalah dalam diammu. Kerana tulang rusuk tidak akan pernah tertukar. Megat Ian Hanif Al-Fateh mempunyai segalanya. Namun hatinya kecewa apabila kekasih hati pergi meningga...