This chapter is for my readers who are always giving their vote and positive comments 🌈
Enjoy🥳
Jam menunjukkan 4.15 pagi. Megat Ian tersedar dari lenanya. Dia harus segera pulang sebelum Aaira bangun. Megat Ian tidak mahu Aaira terkejut dan panik melihat kemunculannya yang tiba-tiba seperti ini.
Megat Ian menyelak sedikit baju Aaira ke atas lalu diusap perut rata itu dari belakang dengan lembut. Sesekali dia memeluk erat pinggang kecil itu. Tangannya itu sentiasa mahu memeluk Aaira. Kalau boleh dia tak nak lepas.
Aaira dapat merasakan seseorang sedang memeluknya. Bau maskulin tubuh itu seperti tidak asing baginya. Beberapa saat kemudian, terasa sesuatu menyapa hidungnya sebelum pipinya terasa sedikit lembab oleh sesuatu. Aaira cuba untuk membuka mata tapi kantuknya lebih mengusai diri jadi dia membiarkan sahaja. Fikirnya ini mungkin hanya mimipi sahaja.
"I'm sorry my love. I will be right back okay. Just wait for me." sayup-sayup suara husky itu kedengaran pada pendengaran Aaira sebelum dia kembali lena sepenuhnya.
Megat Ian mengemaskan pelukan kejap dan bahu Aaira dikucup berkali-kali sebelum meninggalkan gadis itu.
❦ ❦ ❦
Aaira tiba di hotel seperti biasa, tapi kali ini fikirannya dipenuhi dengan kejadian semalam. Dia dapat merasakan kehadiran lelaki itu dalam biliknya. Bau aroma woody lelaki itu pada bantal miliknya menguatkan lagi tekaannya.
Tapi tidak mungkin Megat Ian berada di dalam rumahnya kan? Adakah dia sudah gila sekarang ni sehingga berkhayal seperti itu.
Sampai saja dimuka pintu bilik persalinan, dia melihat Hazami yang merupakan partner kerjanya baru sahaja tiba.
"Selamat pagi Aaira." sapa Hazami penuh senyuman.
Aaira membalas senyum ceria itu. Hazami merupakan seorang budak yang periang. Ada sahaja cerita yang ingin dikongsi padanya. Persis Dhia sahabatnya itu.
"Pagi." jawab Aaira menghampiri lokernya.
"Tengah hari nanti kita lunch sekali okey. Macam biasa." kata gadis itu penuh teruja pada Aaira.
"Okey, Jami bawa bekal apa hari ni?" dia dan Hazami selalu rehat sekali memandangkan jadual mereka hampir sama. Mereka juga suka bawa bekal dan pada masa yang sama mahu berjimat.
Rancak mereka berbual sehingga tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul lapan.
"Eh jom la. Kita dah lambat ni, mengamuk pulak Cik Nancy nanti." ujar Hazami. Mereka kemudiannya sama-sama melangkah ke tingkat masing-masing.
❦ ❦ ❦
"Aaira, pemilik hotel ni nak jumpa kau." suara seseorang menjengah pada pendengarannya. Ketika ini dia baru sahaja ingin bergerak ke bilik seterusnya untuk dikemas.
"Kenapa? Saya ada buat salah ke?" tanya Aaira gusar. Dia berharap dia tidak kena pecat kerja lagi. Dia suka kerja kat sini.
"Mana la aku tahu, dah dia nak jumpa kau. Dah pergi pergi, dia tengah tunggu dekat cafe sana." Nancy menolak tubuh Aaira supaya bergerak cepat tanpa membuang masa.
Aaira berjalan menuju tempat yang diberitahu. Dia belum pernah jumpa owner hotel ni. Kerana waktu wanita itu mengunjung hotel ini adalah waktu malam, shiftnya sudah habis ketika itu. Jadi mereka tidak pernah terserempak sama sekali.
YOU ARE READING
RAHSIA HATI
RomanceRAHSIA HATI (COMPLETED) (UNEDITED) Editing~ Bersabarlah dalam penantianmu. Berdoalah dalam diammu. Kerana tulang rusuk tidak akan pernah tertukar. Megat Ian Hanif Al-Fateh mempunyai segalanya. Namun hatinya kecewa apabila kekasih hati pergi meningga...