34 | Trust me

107K 2.3K 348
                                    

Seperti yang dijanjikan.... sorry lambat semua 😩 rasa macam penulisan author makin teruk. Emm tapi takpelah hentam saja.


Dhia berjalan masuk ke dalam bangunan itu seperti biasa. Sedar tak sedar sudah nak dekat setahun lebih dia bekerja di sini.

Dulu dia akui, dia memang tidak suka bekerja di syarikat ni. Tapi sekarang, rasa bahagia je bila bekerja kat sini. Lagi-lagi menghadap muka lelaki itu setiap hari. Lagi bahagia la.

Dhia meletakkan barang-barangnya di dalam bilik kerjanya lalu menuju ke pantri mahu menyediakan kopi untuk Tengku Rafiq.

Setelah selesai membuat kopi diletakkan minuman itu di atas meja kerja lelaki itu. Kemudian menuju ke mejanya untuk menyambung pekerjaan yang tergendala semalam.

Beberapa minit kemudian, Tengku Rafiq tiba. Kelihatan gagah seperti biasa.

Sedang Dhia kusyuk membaca beberapa isi dokumen fail,  terasa seseorang memerhatikannya. Dia mengangkat wajahnya dan tanpa sengaja matanya bertembung dengan mata lelaki itu.

Tengku Rafiq sengih memandang ke arah Dhia. Lelaki itu senyum singkat kemudian mengedipkan matanya ke arah Dhia sebelum menyambung langkah masuk ke dalam pejabatnya.

Dhia senyum sendiri. Dah lama ke dia kat situ? Dhia memegang pipi dengan kedua belah tangannya. Malu.

Tidak lama kemudian terdengar bunyi suara interkom di atas meja.

"Miss Dhia, i want you to accompany me in the meeting later. I need you there." lelaki itu berkata dan Dhia senyum tanda suka.

Setelah beberapa jam kemudian, Tengku Rafiq dan Dhia berada di dalam lif untuk menuju ke bilik mesyuarat.

"Kejap lagi lunch dengan saya tau baby." ujar Tengku Rafiq senyum memandang ke wajah Dhia.

"Eee, saya dah cakap jangan panggil macam tu dekat tempat kerja. Nanti ada orang dengarlah." marah Dhia.

"Alah biarlah, dah awak memang baby saya. Bukan ada orang pun dekat sini." didekatkan sedikit jarak tubuhnya dengan Dhia. Bahu mereka hampir bersentuhan.

"Malas la layan awak. Saya cakap bukan nak dengar." geram Dhia.

"Malas layan sekarang takpe baby. Nanti dah kahwin nanti, kena layan sampai saya puas tau." ujar Tengku Rafiq menyeringai.

"Awak ni kan. Suka cakap macam ni. Dasar pervert."

"Saya berani cakap dekat awak je. Awak kan baby saya." Tengku Rafiq menolak bahu Dhia dengan bahunya. Hampir tersungkur Dhia. Dhia membulatkan matanya memandang lelaki itu tidak percaya dengan apa yang baru sahaja lelaki itu lakukan padanya sebentar tadi.

Tengku Rafiq hanya gelak jahat memandang Dhia. Dhia pula hanya menjeling tajam ke arah lelaki itu.

Setelah tiba di bilik mesyuarat, hanya mereka berdua sahaja di situ, menunggu perwakilan dari Jepun tiba.

Setelah Dhia selesai menyediakan minuman untuk meeting hari ini dia kemudiannya bertanya pada Tengku Rafiq.

"Bos perlukan apa-apa lagi ke? Saya boleh tolong sediakan." tanya Dhia dan ketika itu juga dilihat Tengku Rafiq menyeluk tangannya ke dalam poket seluar seperti tercari-cari akan sesuatu.

"Alamak! Habis la, hilang. Macam mana ni." ucap lelaki itu resah.

Dhia mendekati Tengku Rafiq yang sedang duduk di atas kerusi meeting itu.

"Kenapa? Cari apa?" risau Dhia bertanya. Takut barang berharga lelaki itu hilang ke apa.

"Ni mesti awak yang ambik kan?" tuduh Tengku Rafiq tanpa riak bersalah.

RAHSIA HATIWhere stories live. Discover now