25 | Fate

71.8K 1.4K 160
                                    

Aaira rasa sangat sejuk sekarang ini. Perutnya juga terasa sakit. Ya Allah, selamatkanlah dia dan anaknya.

Aaira berusaha membuka matanya yang terasa makin memberat. Suara-suara yang bercakap di sekitar menyedarkan Aaira kembali dari kegelapan yang hendak menyelimutinya.

Dapat dlihat dua nurse yang sedang mundar-mandir ke sana dan ke sini.

Tiba-tiba Aaira merasakan tangannya dicucuk dengan jarum dan kemudian tangannya itu dilekatkan pada beberapa wayar yang berisi cecair.

"Aarrgghh." Aaira mengerang sakit lagi. Perutnya kembali sakit.

Tiba-tiba Aaira risau memikirkan keadaan bayi di dalam perutnya. Adakah bayinya akan baik-baik sahaja.

Aaira berasa ingin menjerit dan segera ingin bertanya tentang keadaan bayinya sekarang juga, tapi malangnya suaranya tidak dapat dikeluarkan. Dia hanya mampu mendengar samar-samar sahaja percakapan yang berada dalam bilik itu.

Aaira menolehkan kepalanya ke kanan dan dia terpandang sosok tubuh seorang lelaki yang bertubuh tinggi. Penyebab kenapa dia berada di atas katil ni. Megat Ian. Lelaki itu adalah ayah dari bayinya.

Mata mereka bertemu. Sekuat tenaga, Aaira mencuba untuk bertahan dari matanya tertutup.

Megat Ian menoleh ke arah doktor dan entah apa yang mereka bincangkan. Aaira cuba mendengar setiap butir bicara mereka.


"Apa?"

"Sebab itu saya panggil encik. Kalau diberi pilihan, encik nak selamatkan ibu atau anaknya?"

"Kenapa saya harus pilih? I will choose both."



Hah? Kenapa dengan bayi dia? Ya Allah, kau selamatkanlah anakku. Kalau terjadi apa-apa pada bayinya dia akan menyalahkan dirinya sendiri atas kecuaiannya. Dia memang bodoh.


"Maafkan saya. Tapi, encik kena bagi keputusan cepat, saya takut kalau kita lambat kita akan kehilangan kedua-duannya. Jadi, ibu atau anaknya?"

Selamatkan anak saya tuan. Aaira mencuba untuk menyuarakan pendapatnya namun sekali lagi mulutnya merintih sakit.

Megat Ian menoleh pada Aaira seketika, kemudian lelaki itu kembali memandang doktor wanita itu yang menanti jawapan Megat Ian.


"Ibunya. Selamatkan ibunya. Tolong doktor selamatkan ibunya."

Apa? Kenapa tuan? Tolong la selamatkan bayi saya. Tolong. Air mata Aaira mengalir tanpa henti membayangkan anak yang dikandung selama ini akan pergi meninggalkannya.

❦ ❦ ❦

"Hish, kenapa Aaira tak angkat fon ni." dengus Dhia meletakkan fonnya kembali di atas meja.

Sudah beberapa kali dia mencuba menelefon Aaira. Masih tidak berangkat. Sudah tiga hari Aaira tidak menjawab panggilannya. Asyik mailbox sahaja. Entah kenapa dia risau memikirkan Aaira.

Dhia rasa tidak sedap hati. Tidak pernah-pernah Aaira tidak mengangkat panggilannya selama ini.

"Hai cik Dhia jauh termenung teringatkan siapa tu? Tengku Rafiq ke?" ujar satu suara yang berada di depan mejanya kini. Wanita itu hanya tersengih-sengih memandangnya Dhia.

"Hish, Kak Mia ni potong mood betul la sebut nama lelaki tu."

"Alah, padahal suka." suka betul dia mengusik si Dhia dengan bosnya itu. Sebab dia tahu yang Dhia memang pantang kalau nama bosnya itu disebut-sebut.

RAHSIA HATIWhere stories live. Discover now