Aaira terdiam lama. Dia tidak sedar sejak bila Megat Ian meninggalkan dia sendirian di dapur.
Kalau dia diberi pilihan sudah tentu dia akan membuat keputusan untuk pergi jauh dari terus berada di sini. Tapi dia perlu bertungkus lumus mencari duit yang dipinjamnya daripada Megat Ian.
Di mana dia harus mencari wang sebanyak itu dalam masa yang singkat. Dia sudahlah tidak mempunyai pekerjaan. Kalau ada pun, duit dia tidak akan cukup untuk membayar sepenuhnya. Dia bingung.
❦ ❦ ❦
Setelah keesokan harinya sedang Aaira sibuk di dapur. Megat Ian terkejut melihat sekujur tubuh itu bertungkus lumus menyiapkan sarapan.
Dia sudah pun berpakaian lengkap untuk berangkat ke pejabat. Tahulah dia keputusan gadis itu. Sungguh dia tidak menyangka.
Fikirnya Aaira akan menolak dan pergi meninggalkan rumah ini.
Aaira merasakan kehadiran Megat Ian di belakangnya, dia terus memutar tubuhnya. Baru dia perasaan akan perbezaan ketinggian mereka kerana dia perlu mendongak untuk menyapa wajah itu.
"Selamat pagi, Tuan. Saya dah sediakan sarapan. Tuan boleh la makan dulu sebelum berangkat."
Megat Ian menatap lama wajah Aaira. Dia semakin menghampiri tubuh rendah itu. Hanya beberapa inci sahaja antara mereka. Megat Ian menunduk mendekatkan wajahnya dengan wajah Aaira yang bertudung litup. Tutup macam ni pun cantik. Megat Ian tersedar. Apa yang dia merepek ni. Dia cuba beriak biasa.
"Jadi ini keputusan kau?" bisik Megat Ian.
Kenapa dia rasa suara Megat Ian seksi pagi-pagi ni.
"Saya tak tahu lagi apa yang perlu saya buat. Saya rasa ini jalan terbaik." jawab Aaira dengan kepala menunduk. Jantung dia sudah memacu laju. Gugup karena tubuh Megat Ian terlalu dekat dengannya.
Dia telah membuat keputusan semalam untuk teruskan rancangan Megat Ian. Boleh sahaja dia menolak tetapi dia sudah berjanji untuk mengandungkan anak Megat Ian. Dia tidak mahu mungkir janji.
Megat Ian menyentuh dagu Aaira. Didongakkan ke atas dengan ibu jari dan jari telunjuknya supaya dia boleh melihat wajah bujur sirih itu.
Mata Aaira terkunci dalam tatapan mata tajam Megat Ian.
"Alright, so the rules that you need to follow... kau dilarang masuk campur urusan aku. Selepas saja anak tu lahir, aku nak kau kembali ke tempat asal kau. Jangan cari aku. Buat diri kau tak wujud depan aku. Aku tak benarkan kau melawat atau tanya khabar anak tu nanti. Aku nak kau anggap yang kau tak pernah mengandung dan tak ada anak. Sebab aku nak anak itu je dan bukannya kau. Kau faham?"
Aaira menelan salivanya perlahan.
Kenapa Megat Ian kejam sangat. Tak bolehkah dia hanya ingin tahu perkembangan anaknya. Dia tak pernah jumpa orang macam ni. Patut la ramai pekerja dekat hotel cakap yang Megat Ian ni dingin dan tidak berhati perut.
Kini dia percaya setelah melihatnya sendiri. Terdetik dihatinya kenapa sampai macam ni Megat Ian melayannya. Bukan dia sahaja sebenarnya malah mereka di luar sana yang seringkali berurusan dengan lelaki itu sudah serik dengan perangai dinginnya itu.
Dia faham maksud ayat terakhir lelaki itu. Dia bukan bodoh. Sudah terang-terang lelaki ini tidak mahu dia jatuh cinta dengannya.
YOU ARE READING
RAHSIA HATI
RomanceRAHSIA HATI (COMPLETED) (UNEDITED) Editing~ Bersabarlah dalam penantianmu. Berdoalah dalam diammu. Kerana tulang rusuk tidak akan pernah tertukar. Megat Ian Hanif Al-Fateh mempunyai segalanya. Namun hatinya kecewa apabila kekasih hati pergi meningga...