19 | Fight

67.7K 1.3K 252
                                    

Aaira selalu ingin bertanya tentang aktiviti Megat Ian. Apa yang dilakukan oleh lelaki itu sehari-hari.

Tapi disebabkan perjanjian yang telah mereka sepakat, Aaira dilarang mencampuri urusan Megat Ian. Jadi, dari Dhia sahaja dia dapat mengetahui apa yang dilakukan Megat Ian dekat hotel.

"Mak cik Aida mana?" tanya Megat Ian memecah kesunyian.

"Mak cik Aida keluar sekejap pergi beli barang dapur. Kenapa? Tuan ada nak apa-apa ke?"

"Takde, cuma aku nak dia tolong carikan dokumen dekat kabinet fail. Aku lupa aku letak kat mana dokumen tu." jawab Megat Ian sambil mengusap lembut perut Aaira.

"Biar saya tolong carikan." Aaira menawarkan diri. Dia cuba bangun dari sofa.

Megat Ian menarik pergelangan tangan Aaira untuk kembali duduk di atas sofa itu.

"Kau nak pergi mana. Tak payah. Kau duduk je kat sini." arah Megat Ian.

"Tapi, saya nak tolong tuan." jawab Aaira dengan wajah cemberut.

Kecewa karena sejak perutnya makin membesar, dia sudah tidak dapat menolong Megat Ian sama sekali. Pergerakannya makin terbatas.

"Tak payah. Biar aku sorang je cari. Kau duduk sini diam-diam." Megat Ian berdiri dari sofa sambil mengecup dahi Aaira pelan, lalu bergegas menuju ke ruang penyimpanan dokumen yang dicarinya.

Rumah ini sudah menjadi rumah kedua bagi Megat Ian. Dulu sebelum kedatangan Aaira, dia hanya kadang-kadang sahaja akan pulang ke rumah ini bila dia merasa penat seharian berada di pejabat atau bosan.

Dia akan membawa pekerjaannya untuk disiapkan di sini. Begitu juga dengan arwah bapanya. Kerana berada di sini mampu memberi ketenangan kepadanya yang jauh dari hiruk pikuk bandar.

Tapi sejak Aaira berada di sana, dia sering membuat kerjanya di rumah berbanding di pejabatnya. Boleh dikatakan tiap-tiap hari lah.

Macam hari ini, dia memutuskan untuk bekerja di rumah dan bukannya pergi ke pejabat.

Sejak kebelakangan ini, dia lebih suka berada di rumah. Bekerja dengan Aaira yang berada dekat dalam jangkauannya lebih baik berbanding dia bekerja di pejabat tapi fkirannya hanya dipenuhi oleh gadis itu yang sedang hamil di rumah tanpa dia dapat melihat Aaira depan matanya.

Dia akan rasa lega bila Aaira ada depan matanya.

Megat Ian tak faham kenapa dia rasa macam ni pada Aaira. Tubuhnya selalu bergerak dengan sendirinya. Dia sudah banyak kali berperang dengan dirinya tentang Aaira. He seems to be bewitched by someone. By Aaira maybe?

Bila akalnya berfikir untuk menjauhi Aaira, tapi badannya malah berbalik melawan arah dan menghampiri Aaira. Kerana itu, Megat Ian menyerah dan membiarkan tubuhnya bergerak mengikut kehendaknya sendiri.

Megat Ian tidak menemui apa yang dicari di kabinet almari itu. Dia bergerak ke warehouse di tingkat paling bawah. Mungkin ada kat sana. Sebab kat sana banyak jugak fail yang dia simpan.

Megat Ian menyalakan lampu, kemudian berjalan menuju ke almari lama yang dilapisi dengan timbunan dokumen.

Sedang dia khusyuk mencari, Mata Megat Ian berhenti di satu kotak yang tidak jauh dari situ, dia melihat sesuatu yang sudah lama hilang di rumah dan pejabatnya setiap pagi.

Megat Ian mengangkat alisnya bingung melihat timbunan surat khabar yang berada di dalam kotak itu. Kenapa banyak sangat surat khabar kat sini? Fikirnya.

Dia mengambil surat khabar itu dan melihat tarikh di situ. Megat Ian memperhatikan tarikh itu. Itu adalah surat khabar yang belum pernah dibacanya baru-baru ini. Megat Ian mengambil surat khabar lain.

RAHSIA HATIWhere stories live. Discover now