41 | Beast

84.9K 1.8K 138
                                    

Megat Ian membuka matanya apabila terdengar seseorang sedang menyelongkar almari bilik.

Hari sudah pagi. Waktu sudah menunjukkan pukul 6. Biasanya waktu begini dia sudah siap mandi dan berpakaian kemas mahu ke pejabat. Tapi sejak Isha lahir dan Aaira tinggal bersamanya, Megat Ian sudah mengubah jadual kerjanya.

Megat Ian yang sekarang akan datang lewat ke pejabat berbanding dengan Megat Ian yang dulu. Entah itu berita baik atau buruk.

Biasanya jam sebegini dia sudah bangkit menyiapkan diri dan tepat waktu 7:30 pagi dia sudah berada di pejabatnya. Kerja merupakan hal penting dalam kamus hidupnya. Bahkan dia tiada masa untuk makan atau berehat. Sudah dibebel berpuluh kali oleh Puan Inara tapi tetap tiada perubahan. Dia akui dulu dia seorang yang gila kerja disebabkan ingin mencari kesibukan demi menghilangkan kesedihannya.

Kesedihan apa?

Kesedihan setelah ayahnya meninggal dunia dan ditambah dengan kecurangan bekas kekasihnya. Hati dia pedih disakiti dan ditinggalkan orang yang dia sayang dan cinta. Mungkin ada hikmah mengapa dugaan itu menimpanya. Tapi itu kisah dulu, sekarang dia sudah berubah. Dia makin bahagia dengan adanya Aaira dan Isha dalam kehidupannya.

Megat Ian menoleh ke sisi tempat tidur dimana seharusnya Aaira berada, wanita itu tiada disebelahnya. Dia bangun dari perbaringan lalu bersandar di kepala katil. Matanya meliar mencari sosok Aaira. Dapat dirasakan bunyi selongkar barang itu datangnya dari Aaira.

"Sayang cari apa?" tanya Megat Ian apabila melihat Aaira bergerak ke kiri dan ke kanan seperti mencari sesuatu.

"Eh abang dah bangun. Maaf ganggu abang tidur. Saya cari gelang saya tak jumpa." jawab Aaira sambung membuka setiap laci dari meja soleknya.

"Gelang sayang yang mana satu?" Megat Ian turun dari katil mencapai tualanya lalu dililit dikeliling pinggang. Matanya masih memerhati pergerakan Aaira.

"Yang abang hadiahkan kat saya tu lah." jawab Aaira merujuk kepada gelang yang diberikan oleh Megat Ian ketika aksi pujuk memujuk di parkir kereta pusat membeli belah setelah terpisah selama satu tahun.

Aaira pernah menolak untuk memakai gelang itu sebab dia masih tidak percaya pada cinta Megat Ian, tapi dia menerimanya setelah mereka bersama kembali.

"Kali terkahir sayang tengok kat mana?" Megat Ian merengangkan urat di tengkuk menghilangkan rasa kantung dimatanya.

"Saya rasa semalam saya pakai, lepas tu saya bangun pagi tadi dah tak ada dekat tangan."

"Dah lah sayang kalau tak jumpa, nanti abang belikan yang baru." Megat Ian menghampiri Aaira. Dipeluk tubuh kecil itu dari belakang.

"Saya tak nak. Gelang tu berharga untuk saya. Itu gelang pertama abang bagi dekat saya." ujar Aaira masih dengan misi pencariannya. Tidak dihirau pelukan Megat Ian di tubuhnya.

"Tapi bukan benda terkahir yang abang bagi dekat sayang. Nanti abang beli gelang sama macam tu." pujuk Megat Ian lagi.

"Tak nak, saya nak gelang tu. Kalau abang beli baru sekali pun dia tak akan sama dengan abang bagi dulu." Aaira berkeras. Dia hanya mahu gelang itu. Gelang itu banyak kenangan baginya. Cakaplah dia sentimental ke apa. Dia tidak kisah.

Megat Ian tersenyum senang karena Aaira menyimpan benda pemberiannya dengan penuh rasa sayang. Sudah banyak Megat Ian membelikan perhiasan kepada Aaira, terkadang Aaira masih sering menolak kerana dikatakan terlalu mahal.

RAHSIA HATIWhere stories live. Discover now