26 | Leave or stay?

81.4K 1.7K 125
                                    

Aaira membuka matanya ketika kesedaran menghampirinya. Entah sudah berapa lama dia tidak sedarkan diri. Yang Aaira tahu, rasa sakit yang menyerangnya sudah tidak terasa lagi.

Aaira mengalihkan kepalanya ke kiri di mana tiub IV terletak elok di tangannya. Pada masa yang sama, Aaira meletakkan tangan kanannya di atas perutnya yang tidak lagi membesar.

Bayinya?

Aaira panik seketika. Terasa tangannya ditindih oleh seseorang. Serentak itu Aaira memandang ke arah kanannya.

Matanya bertemu dengan mata Megat Ian. Lelaki itu memberikan senyuman padanya. Senyuman yang sudah lama dia tidak melihat.

Megat Ian yang tadinya sedang duduk di kerusi di sebelah katil Aaira terus bangun dari kerusinya dan membongkokkan badannya di atas Aaira ketika melihat pergerakan Aaira tadi.

"Finally, you open your eyes."

"Anak saya?"

Megat Ian tersenyum lagi mendengar ucapan pertama yang keluar dari mulut Aaira setelah gadis itu tidak sedarkan diri selama lima hari.

"Dia okey ke tuan?" Aaira terus menanyakan tentang bayinya. Hatinya bercampur baur sekarang ni. Anak dia masih hidup kan?

"Kau tak perlu risau. Dia selamat." jawab Megat Ian seraya mengusap lembut tangan Aaira.

Megat Ian dapat merasakan cengkaman kuat Aaira pada tangannya. Dia pasti Aaira tidak sedar akan hal itu melihatkan wajah Aaira yang nampak kegelisahan ketika menyoalnya tadi.

Megat Ian duduk di tempat tidur, lalu mengusap rambut Aaira lembut.

"She's a girl." Megat Ian tersenyum lagi melihat ekspresi Aaira. Mata gadis itu memandangnya penuh minat menunggu setiap kata yang keluar dari bibir Megat Ian.

"Doktor berjaya keluarkan bayi tu tepat pada waktunya. Kau dengan dia selamat. Walaupun bayi tu masih pramatang, tapi dia nampak sangat sihat."

Aaira memejamkan matanya lega.

"Alhamdulillah Ya Allah." ucap Aaira penuh syukur sambil menutup mulutnya tanda tidak percaya apa yang didengarnya. Tidak dapat dia bayangkan kehilangan zuriat pertamanya.

Betapa hatinya terasa lapang dan lega apabila mendengar pernyataan Megat Ian sebentar tadi. Ini semua salahnya kerana meletakkan nyawa bayinya dalam keadaan bahaya.

"Syukurlah." sekali lagi Aaira mengucapkan rasa syukurnya. Air mata kelegaan menuruni dari pipinya tanpa ditahan lagi.

Megat Ian mengusap air mata yang jatuh di sisi wajah Aaira dengan kedua tangannya.

"Sshh...jangan menangis. Everything will be okay now."

Entah kenapa Aaira dapat merasakan yang sikap Megat Ian sudah berubah lembut dan tatapan mata lelaki itu yang penuh cinta buatnya. Mungkin hanya perasaannya sahaja.

Aaira memberanikan dirinya menatap ke arah anak mata Megat Ian.

"Maafkan saya tuan. Kalau saya tak larikan diri, benda ni tak akan jadi. Saya menyesal sangat."

"Kau tak perlu nak minta maaf, ini semua bukan salah kau. Dah, jangan menangis nanti baby bangun."

Aaira berhenti menangis.

"Baby?" bukan ke Megat Ian cakap bayi itu pramatang. Bayi pramatang biasanya perlu duduk dalam inkubator kan?

Megat Ian tersenyum lagi, lalu menolehkan kepalanya dan menunjukkan ke samping mereka dengan dagunya. Terlihat box kecil yang letaknya tidak jauh dari mereka.

RAHSIA HATIWhere stories live. Discover now