39 | Auction

81.4K 1.7K 277
                                    

Megat Ian menoleh kepalanya ke samping dan dapat dilihat wajah Aaira yang terlihat tegang. Gadis itu juga meramas kesepuluh jarinya sebagai tanda gugup. Itu adalah kebiasaan yang diketahui oleh Megat Ian.

Lelaki itu tidak akan merasa pelik jika Aaira merasakan hal itu. Megat Ian tahu, Aaira masih tidak biasa menghadiri acara besar seperti ini. Dia menarik tubuh Aaira rapat ke arahnya.

Aaira terkebil-kebil seketika melihat kelakuan tiba-tiba suaminya itu.

Megat Ian mengusap bahu Aaira lembut ingin melegakan kegugupan isterinya. Tangannya satu lagi memegang jemari runcing itu dalam gengaman. Sesekali dia mengucup perlahan kepala Aaira. Emm wangi.

Aaira hanya tersenyum menerima kucupan hangat itu. Dilentokkan kepalanya pada bahu Megat Ian. Dapat dihidu dengan jelas bau minyak wangi kegemaran lelaki itu dan sudah pasti menjadi kegemarannya juga. Tubuhnya juga sudah tidak setegang tadi.

Lama mereka berpelukan sebegitu sebelum Luth memecah kesunyiaan menyatakan yang mereka sudah tiba ke destinasi.

Megat Ian segera keluar dari kereta dan berjalan kesisi pintu kereta tempat Aaira hendak keluar. Luth pula setelah membuka pintu kereta belakang pada Aaira dia mengambil dua langkah ke belakang memberi laluan kepada bosnya itu.

Megat Ian segera menghulurkan tangannya pada Aaira. Aaira menatap tangan Megat Ian sebentar sebelum dia menatap kembali ke wajah kacak itu.

Senyuman versi pencair hati dihulurkan oleh Megat Ian. Menanti Aaira menyambutnya.

Kenapa makin lama makin romantik pula suaminya ini. Malam ini Megat Ian kelihatan begitu tampan dan segak sekali apabila mengenakan tuxedo berwarna biru diraja senada dengannya. Aaira memandang sekilas kening, mata, hidung dan bibir lelaki itu. Sungguh elok ciptaan Allah yang satu ini. Terasa dia lah perempuan yang paling beruntung.

"Cepat la sayang, tangan abang dah lenguh ni. Sayang sambung tenung muka kacak abang lepas kita balik nanti ya." bisik Megat Ian mengoda diakhiri dengan satu kenyitan mata pada Aaira.

Aaira tunduk malu. Tanpa berlengah, dia menyambut huluran tangan Megat Ian.

Sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke hotel tempat acara itu diadakan, semua wartawan di situ segera mengarahkan kamera mereka kepada Megat Ian dan Aaira. Wartawan-wartawan di situ merasa ini adalah satu keuntungan bagi mereka ketika melihat Megat Ian berpegangan tangan dengan seorang wanita pada acara malam ini.

Mereka semua tahu bahawa Megat Ian biasanya hanya hadir seorang diri tanpa didampingi oleh wanita manapun jika dijemput pada mana-mana majlis. Tapi tidak kali ini. Di samping lelaki itu ada seorang wanita berparas cantik dan ayu yang belum pernah dilihat mereka.

Oleh itu, mereka tidak akan melepaskan peluang untuk mengorek segala rahsia lelaki tampan itu yang selama ini hanya selesa berdiam diri tanpa memberi sebarang komen. Sudah dapat dipastikan esok akan menjadi berita terlaris di pasaran.

"Tuan, boleh perkenalkan siapa wanita yang tuan bawa ke acara malam ini?" tanya seorang wartawan sambil mendekatkan mic ke arah Megat Ian. Pada masa yang sama kamera-kamera tidak berhenti mengambil gambar mereka berdua.

Aaira tanpa sedar meramas lengan Megat Ian dan lelaki itu dapat merasakan kegugupan gadis itu kembali. Dia segera memaut bahu Aaira menarik isterinya itu rapat pada dada bidangnya.

"Saya pasti ramai yang tertanya-tanya tentang status saya. Untuk itu saya akan menjelaskannya di sini. Dia isteri saya, Nur Aaira Medina. Ibu kepada satu-satunya anak kami, Puteri Aisha Idalia. Majlis kahwin kami dibuat secara tertutup dan hanya keluarga dan kenalan rapat sahaja yang dijemput. Maaf sebab kami terpaksa merahsiakan perkahwinan kami atas sebab-sebab tertentu. Dan sekarang sudah tiba masanya saya perkenalkan isteri saya. Please treat her well." mendengar jawaban Megat Ian, para wartawan semakin laju mengambil gambar mereka berdua.

RAHSIA HATIWhere stories live. Discover now