18 | Changed?

77.3K 1.3K 120
                                    

Megat Ian membuka matanya menoleh ke arah jendela. Sinaran matahari dapat dilihat melalui jendela itu. Tadi dia sudah subuh dengan Aaira dan buat pertama kali dia menyentuh Aaira ketika gadis itu hamil.

Sepanjang Aaira disahkan mengandung, mati-mati dia menahan desakan untuk menyentuh tubuh gadis itu. Tapi entah macam mana dia tersungkur lepas subuh tadi.

Melihat Aaira makin hari makin cantik, ditambah tingkah Aaira yang innoncent membuatkan pusat tubuhnya selalu menegang.

Megat Ian menoleh ke arah Aaira yang masih tidur dengan nyenyak di bawah selimut yang menutupi bahagian bawahnya sahaja.

Beautiful.

Such a nice view.

(Imagine this pic with her baby bump)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Imagine this pic with her baby bump)

❦ ❦ ❦

Beberapa hari kemudian

Pagi

"Eh... Ian dah bangun."

Megat Ian bertembung dengan Mak cik Aida di ruang tamu. Megat Ian menggaru kepalanya. Dia masih berpakaian tidur. Lelaki itu hanya tersenyum kepada Mak cik Aida.

Mak cik Aida membalas senyum Megat Ian.

Dia senang melihat Megat Ian sering menghabiskan malamnya di kamar Aaira. Memastikan gadis itu tidur dengan lena setiap malam.

Setelah kandungan Aaira memasuki bulan ketujuh, Aaira sering tersedar lewat malam dan gelisah karena posisi tidurnya yang tidak selesa dan bayi di dalam perutnya asyik menendang tanpa henti.

Megat Ian lah yang menenangkan bayi itu penuh sabar. Dia mengusap perut Aaira sehingga gadis itu tidur dengan tenang.

Megat Ian menguap pelan. Dia masih mengantuk, tapi pekerjaan masih bertimbun dekat pejabat pagi ni.

"Mak cik Aida, nanti bila Aaira dah bangun pastikan dia makan sarapan. Teman dia kalau dia ada nak berjalan dekat library, taman atau kat mana-mana sekalipun."

"Ok. Jangan risau, Mak cik Aida akan jaga Aaira elok-elok."

Megat Ian berjalan menuju dapur, menuangkan kopi yang sudah disiapkan oleh Mak cik Aida ke dalam cawan sembari menolehkan matanya ke kiri dan kanan.

"Mana surat khabar? Biasanya waktu macam ni dah ada. Rasanya dah lama tak nampak orang hantar surat khabar dekat rumah ni." ujar Megat Ian pelik.

"Maaf, Mak cik Aida pun kurang pasti. Mungkin surat khabar dah habis kut." jawab Mak cik Aida.

Ah lantak la logik ke tak alasannya, ini semua arahan Puan Inara terhadapnya dan dia juga menyuruh Aaira melakukannya juga tanpa Aaira tahu sebab apa.

"Hmm... dekat ofis pun tak ada jugak. Pelik." ucap Megat Ian sambung menghirup kopi di tangannya tanpa syak apa-apa.

RAHSIA HATIWhere stories live. Discover now