#Thank you semua sudi bersama Ian dan Aaira selama ni♥️ Maaf diatas segala kekurangan dalam cerita ni.
Ok dah boleh enjoy. Sorry kalau bab akhir ni bosan sikit🥹🤍
Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam, kelibat Megat Ian masih belum muncul di pintu kamar tidur. Rutin Aaira menunggu lelaki itu. Biasanya jam 10 Megat Ian sudah masuk bilik tapi hari ini lewat pula. Isha pula sudah awal lagi dibuai mimpi akibat keletihan bermain petang tadi.
Aaira bangun dari berbaring. Rambut panjangnya yang dibiar lepas diikat rapi.
Kakinya melangkah menuju ke bilik kerja suaminya.Kelihatan lampu bilik itu masih menyala terang.
"Abang?" panggil Aaira. Pintu bilik kerja suaminya ditolak masuk ke dalam. Dia menjenguk kepalanya sedikit. Dalam samar-samar biasan lampu itu dapat dilihat figura Megat Ian di sudut bilik.
Megat Ian yang mendengar namanya diseru oleh terus berpaling memandang Aaira yang sudah menghampirinya. Matanya mengiringi setiap langkah wanita itu.
"Abang tak nak tidur lagi? Dah lewat ni. Jom tidur." pelawa Aaira lembut. Dihampiri suaminya yang kelihatan termenung sahaja dari tadi dengan sebelah tangan ditongkatkan ke dagu.
Aaira sedikit berdebar melihat keadaan Megat Ian yang tidak berbaju itu. Hanya berseluar trek panjang bewarna hitam. Terserlah dada tegap lelaki itu. Dia pasti ramai wanita di luar sana akan histeria bila melihat tubuh Megat Ian yang mengancam ini. Tapi hanya dia seorang sahaja yang mampu melihat. Bertuah betul dia.
Aaira mendekati lelaki itu lalu duduk di kerusi hadapan meja yang telah disediakan.
Kedua tangannya diletak di atas meja kayu itu sambil merenung mata tajam milik Megat Ian.Selepas balik dari kerja petang tadi, dilihat Megat Ian tidak banyak bercakap sehingga la waktu makan malam. Bukan seperti Megat Ian yang dia kenal. Biasanya lelaki itu ada sahaja benda nak dibualkan.
"Abang kenapa? Ada masalah dekat tempat kerja ke?" tanya Aaira prihatin. Risau juga melihat Megat Ian begini. Mungkin ada projek milik suaminya mempunyai sedikit masalah.
Megat Ian hanya meneliti setiap raut wajah isterinya itu dengan lembut. Nampak kerisauan di situ.
Lelaki itu menginjak ke belakang kerusinya memberi ruang antara meja dengan kerusi yang didudukinya kini. Melalui lirikan mata dia memberi isyarat pada Aaira. Aaira yang faham apa yang dimahukan suaminya itu, terus berdiri lalu mendekati suaminya.
Aaira naik atas kerusi yang diduduki Megat Ian. Lebih tepatnya di atas riba lelaki itu. Dipaut leher Megat Ian dengan kedua belah tangannya. Sesekali diusap rambut kasar itu. Lengan kekar Megat Ian pula menahan belakang tubuh Aaira daripada jatuh.
Lama mereka memandang antara satu sama lain. Aaira hanya memberi senyuman termanis buat suaminya apabila direnung sebegitu. Berharap dengan senyuman itu mampu melegakan hati lelaki itu yang seperti ada masalah besar sekarang ni.
Tangan Megat Ian naik mengusap pipi Aaira dengan belakang tangannya. Hati Megat Ian bergetar ketika anak matanya bertaut dengan renungan si isteri. Entah kenapa sejak beberapa hari ini, dia seperti takut akan kehilangan Aaira. Dia takut Aaira akan lari tinggalkan dia lagi tapi kali ini dengan lelaki lain. Perasaan itu muncul dengan tiba-tiba. Dia tidak dapat bayangkan apa yang jadi pada dirinya jika Aaira hilang lagi dari jangkauannya.
"Kiss me." pinta Megat Ian tiba-tiba, dibalas dengan ketawa kecil Aaira. Lucu melihat wajah Megat Ian seperti kanak-kanak yang mahukan gula-gula. Tiba-tiba minta dicium.
YOU ARE READING
RAHSIA HATI
RomanceRAHSIA HATI (COMPLETED) (UNEDITED) Editing~ Bersabarlah dalam penantianmu. Berdoalah dalam diammu. Kerana tulang rusuk tidak akan pernah tertukar. Megat Ian Hanif Al-Fateh mempunyai segalanya. Namun hatinya kecewa apabila kekasih hati pergi meningga...