Hey i'm back!
Miss me?
———————————
𝐼 𝒹𝑜𝓃'𝓉 𝓃𝑒𝑒𝒹 𝓎𝑜𝓊 𝒷𝓎 𝓂𝓎 𝓈𝒾𝒹𝑒. 𝐵𝓊𝓉 𝒾 𝓌𝒶𝓃𝓉 𝓎𝑜𝓊 𝓉𝒽𝑒𝓇𝑒 - 𝒩𝒜𝑀
———————————Dhia berlari dengan tergesa-gesa apabila mendapat panggilan dari Aaira. Dia terus menghidupkan keretanya dengan laju menuju ke tempat yang diberitahu Aaira.
Setelah sampai, Dhia segera menghampiri seorang gadis yang berada dibangku taman yang dia pasti itu adalah Aaira.
"Aaira." panggil Dhia menghampiri Aaira dengan nafas termengah-mengah. Mana tidak mengah kalau dia bawa kereta laju gila tadi.
"Dhia." Aaira mendongakkan kepalanya dan tersenyum lega. Akhirnya, sahabatnya itu sampai juga setelah dia menunggu hampir setengah jam di taman permainan yang agak jauh dari hospital.
Dhia ikut duduk disebelah Aaira lalu dicapai tangan Aaira. Sudah lama dia tidak melihat sosok gadis ini. Kali terakhir mereka bertemu adalah malam ketika pembedahan nenek Aaira.
"Sejuknya tangan kau. Mesti lama kau tunggu aku. Kau tunggu sini kejap, dalam kereta aku ada selimut. Tunggu sini kejap tau." laju sahaja Dhia menghampiri keretanya.
Tidak lama kemudian Dhia datang dengan selimut ringan. Dhia meletakkan selimut itu pada belakang tubuh Aaira. Diusap tangan Aaira untuk dihangatkan tangan sejuk itu.
"Tak ada apalah. Sejuk sikit je ni." Aaira berasa terharu dengan perhatian yang diberi Dhia padanya. Tangannya juga sudah kembali merasa hangat.
"Apa yang dah jadi?" tanpa basa-basi Dhia langsung menyerang Aaira dengan pertanyaannya. Perasaan ingin tahu itu semakin membuak-buak melihat keadaan Aaira sekarang ini.
"Anak aku dah lahir." jawab Aaira meghadiahkan senyuman pada Dhia.
"Lahir? Wait, bukan due dia lambat lagi ke?" ulang Dhia dengan matanya membulat tidak percaya.
Aaira menunduk sedih. Dia teringat kejadian yang hampir meragut nyawa dia dan anaknya.
"Sebab tindakan bodoh aku, aku dan anak aku hampir mati. Tapi alhamdulillah kuasa Allah, kami berdua selamat."
Dhia hanya memandang wajah pucat Aaira sambil mendengar segala cerita Aaira padanya.
"Aku tinggalkan anak aku pada dia. Seperti mana perjanjian kami. Aku ingatkan aku kuat, tapi entah kenapa hati aku susah nak lepaskan anak aku. Kadang aku terfikir juga, adakah jalan yang aku pilih ni salah? Mungkin kalau aku tak terima untuk mengandungkan anak dia. Hati aku tak akan sesakit ini." jelas Aaira. Kolam matanya sudah bertakung dengan air mata.
Dhia mengalungkan tangannya di bahu Aaira lalu dipeluk gadis itu. Entahlah, dia tidak tahu harus membalas apa. Dia juga merasa sedih melihat keadaan Aaira sebegini. Cuba ditahan air matanya yang sudah berkaca. Kemudian diusap lengan Aaira perlahan menenangkan gadis itu.
"Jadi, dia bagi baki duit tu pada kau? Lepas kau tinggalkan anak tu pada dia." tanya Dhia.
Aaira mengelengkan kepalanya. Air matanya kembali jatuh.
"Tak, aku lari."
"What? Kau pergi macam tu je? Maknanya dia tak tahu kau pergi?" ucap Dhia terkejut.
Aaira mengangguk perlahan.
"Aku tak sanggup nak ambil duit yang dia bagi dekat aku. Aku rasa macam aku jual anak aku pada dia. Aku nak sangat bawa sekali anak aku, tapi aku sedar anak itu milik dia bukan milik aku." menitik juga air matanya di hadapan Dhia yang cuba ditahannya dari tadi.
YOU ARE READING
RAHSIA HATI
RomanceRAHSIA HATI (COMPLETED) (UNEDITED) Editing~ Bersabarlah dalam penantianmu. Berdoalah dalam diammu. Kerana tulang rusuk tidak akan pernah tertukar. Megat Ian Hanif Al-Fateh mempunyai segalanya. Namun hatinya kecewa apabila kekasih hati pergi meningga...