Megat Ian sedang berdiri disebalik tingkap kamarnya menatap tubuh kecil gadis yang baru saja keluar dari rumahnya. Awalnya dia hampir saja berputus asa untuk mencari gadis yang bersedia mengandung anaknya.
Tapi ketika melihat gadis itu hatinya ditumbuhi harapan, akhirnya dia akan memiliki seorang anak.
Ini merupakan perkara yang tidak masuk akal yang akan dilakukan olehnya. Karena dia tahu dia tidak akan pernah lagi mencintai seorang wanita selain ex-gifriend dia. Jadi dia berharap mempunyai seorang anak.
Dia menghabiskan seluruh cintanya untuk gadis itu sehingga tidak ada lagi yang tersisa untuk gadis lain.
Melihat kekasihnya menikah dengan lelaki lain membuat hati Megat Ian hancur, tapi tidak membuat cintanya pada wanita itu memudar. Mungkin ini yang dinamakan cinta buta. Bodoh.
Keinginan untuk memiliki anak ini muncul dengan beralasan, semua bermula ketika dia tahu bekas kekasihnya melahirkan bayi perempuan. Membayangkan ada seorang anak yang sama dengan bekas kekasihnya membuat Megat Ian juga menginginkannya, menginginkan seseorang yang mampu membuatnya berkongsi cintanya, seseorang yang pure dan naif seperti bayi.
Kemudian munculah idea itu, mempunyai anaknya sendiri. Megat Ian membuang idea untuk mengambil anak angkat dia menginginkan anaknya sendiri... darah dagingnya sendiri.
Harapan itu sempat hilang karena pelbagai ragam manusia yang mencalonkan diri. Tidak ada seorang pun yang memenuhi kriterianya sehinggalah gadis itu datang.
Aaira.
Megat Ian terkejut melihat gadis itu berdiri diruang tamunya tadi. Wajah itu mengingatkannya pada satu-satunya cintanya. Aaira memiliki wajah yang serupa dengan bekas kekasihnya. Selain itu, bentuk tubuhnya pun sama dengan Raisha. Cuma Aaira rendah berbanding Raisha.
Megat Ian memejamkan matanya, tanpa memikirkan apapun lagi dia langsung menerima gadis itu. Gadis yang berwajah sama dengan bekas kekasihnya. Megat Ian tersenyum membayangkan dia akan memiliki seorang anak perempuan yang berwajah sama seperti bekas kekasihnya.
❦ ❦ ❦
15 minutes ago
Aaira hanya menunduk berdepan dengan lelaki yang berada di depannya. Dia kenal lelaki ini. Hari itu dia tengok jauh je. Sekarang dia tengok dekat-dekat.
Betul la orang cakap Megat Ian ini memang handsome. Warna mata grey. Hidung mancung. Kening tebal sikit. Body sasa. Memang cukup package.
Tapi melihat raut muka gerangan itu sekilas. Garang. Dingin. Senyum pun tak. Terus Aaira larikan matanya tunduk ke bawah. Takut untuk melihat. Kecut perut. Dia berasa dengan tatapan tajam lelaki itu saja mampu membuat dia hilang nafas. Hati berdebar kuat.
"Kenapa kau sanggup nak buat kerja ni?" suara husky itu memecah kesunyian.
"Emm... saya.... perlukan duit." tersekat-sekat Aaira bersuara. Kenapa dia rasa dia sedang disoal oleh malaikat pencabut nyawa. Takutnya memang tak boleh bawa bincang. Aura lelaki ini lain macam.
"Dah tak ada cara lain ke kau nak dapatkan duit. Kau tak kerja?" lelaki itu terus menyoal.
Matanya memandang penuh tubuh gadis yang berdiri di hadapan mejanya. Start dari hujung kaki sampai hujung kepala yang bertudung itu. Lama dia megamati wajah polos itu. Matanya dari tadi memerhati bibir merah asli milik wanita itu ketika bercakap.
"Saya... baru kena pecat. Saya dah tak kerja sekarang ni. Emm... kalau boleh... saya nak separuh dulu duit tu. Saya... janji saya tak akan lari. Saya betul-betul perlukan duit sekarang ni."
YOU ARE READING
RAHSIA HATI
RomanceRAHSIA HATI (COMPLETED) (UNEDITED) Editing~ Bersabarlah dalam penantianmu. Berdoalah dalam diammu. Kerana tulang rusuk tidak akan pernah tertukar. Megat Ian Hanif Al-Fateh mempunyai segalanya. Namun hatinya kecewa apabila kekasih hati pergi meningga...