11 | Reality

107K 1.3K 45
                                    

"Err mungkin dekat dapur... ikut saya Tuan." jawab Encik Nik Bern ragu.

Megat Ian berjalan mengikuti Encik Nik menuju ruangan dapur.

Di sana, para pekerja sedang menyantap makan siang bersama-sama. Ada dua meja yang terpisah.

Pekerja lama berkumpul menjadi satu meja dan perkeja baru berkumpul menjadi satu meja. Terjadi pergaduhan mulut yang sengit ketika Megat Ian berdiri di pintu dapur. Megat Ian melihat seorang pekerja wanita mengajukan pendapatnya pada pekerja baru. Dia hanya memerhati gelagat pekerja itu dari jauh.

"Kau jangan sesedap mulut je cakap. Kau ingat kau pekerja baru boleh cakap sesuka hati. Hormat sikit dekat pekerja lama." serang Dhia bila melihat muka badut penuh make up di hadapannya kini.

Wanita yang dipandang Dhia tersenyum meremehkan.

"Kau tunggu je la nasib kau. Tak lama lagi giliran kau pulak kena pecat." balas wanita itu berpeluk tubuh.

Wajah Dhia yang membela sahabatnya satunya itu memerah menahan marah. Kecik besar je dia tengok minah ni. Ada yang kena tangan jugak satgi.

Dhia baru sahaja mahu mendekati wanita itu namun terhenti bila terdengar suara Encik Nik Bern berteriak melerai pergaduhan mereka.

"Apa yang korang buat ni! Kamu nak  makan ke nak bergaduh! Sepatutnya ada orang yang jaga dekat meja receptionist." Encik Nik Bern berteriak melerai mereka.

"Encik Nik tanya la perempuan ni. Dia yang jaga." tunjuk salah satu pekerja baru. Geng minah badut tadi.

"Saya tak boleh diam bila diorang cuba burukkan nama kawan baik saya. Diorang ingat diorang siapa." jawab Dhia membela dirinya sendiri. Dia akan mempertahankan maruah sahabatnya yang satu itu.

"Cukup!" Megat Ian menatap datar wanita itu.

Wanita itu membalas tatapannya terkejut. Tahu benar siapa laki-laki yang berbicara dengannya.

"Tidak ada sesiapa yang dibenarkan bertengkar di tempat kerja. Ataupun meninggalkan pekerjannya dengan hal-hal yang tak penting." Megat Ian menajamkan tatapannya kepada gadis di hadapannya itu.

"Sekali lagi, i nampak you tinggalkan meja receptionist tu...." Megat Ian membaca name tag di dada wanita itu.

"Miss Dhia ....tahulah nasib you. Sekarang pergi ke tempat di mana seharusnya you patut berada."

Dhia mengeraskan rahangnya geram... ingin sahaja dia melawan, tapi dia takut akan dipecat jika bertindak sebegitu.

"Baik, Tuan Megat. Maafkan saya." ucap Dhia sambil menahan emosinya sendiri, Dhia bergegas menuju meja recepsionist.

Megat Ian menatap kepada para pekerja baru dengan berang.

"Dan you all semua, kalau nak kerja buat cara nak kerja. Ubah sikit perangai tak semegah tu. Changing your attitudes by changing your behavior. Saya nak you all layan customer elok-elok sebab i ada dengar prestasi kerja you all still level bawah. From today, work hard and smart. Jangan ingat nak selesa je."

Orang-orang yang berada di dapur itu terdiam mendengar suara majikan besar mereka dengan patuh.

"If I knew any of you still fight in my hotel, you guys can find another job." tegas Megat Ian sebelum berlalu pergi dari sana. Ketika melewati lobi, matanya melirik ke arah Dhia dengan tatapan datar.

Dhia menatap belakang tubuh Megat Ian yang menjauh dengan tatapan emosi yang campur aduk.

"Kacak tu kacak, tapi garang macam harimau. Aku harap la ada orang yang boleh ubah sikap dia tuh."

RAHSIA HATIWhere stories live. Discover now