35 | Stay with me

93.8K 1.9K 183
                                    

Aaira hanya memerhati Megat Ian yang duduk bersandar di sofa ruang tamu rumahnya. Lelaki itu fokus melihat skrin telefon bimbitnya. Serius sahaja wajah itu. Hal kerja agaknya.

'Hmm, muka serius pun kacak.' dengus Aaira dalam hati. Susah la macam ni. Confirm dia akan mudah cair.

Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Hujan lebat bercampur kilat di luar rumahnya masih belum berhenti. Sejak dua menjak ni asyik hujan je. Aaira mengeluh perlahan. Nampak gayanya makin lama la lelaki ini berada di rumahnya.

Cepat-cepat la kau berhenti wahai hujan. Biar cepat sikit Megat Ian balik. Dia tidak mahu duduk berduaan dengan lelaki ini.

Setelah sesi babak air matanya tamat petang tadi, Megat Ian mengajaknya makan sebelum pulang. Mahu sahaja dia menolak tapi memandangkan dia juga belum makan lepas habis kerja tadi, dia hanya bersetuju tanpa membantah kali ini.

Aaira masih lagi tidak percaya Megat Ian hanya bersetuju tanpa banyak soal apabila dia memilih untuk makan di dekat kedai tepi jalan. Seperti bukan Megat Ian yang dia kenal.



Flashback

"Sebelum abang hantar Aaira balik rumah. Jom kita pergi makan dulu. Aaira pun tak makan lagi kan. Boleh ya? Kita makan dulu." ujar Megat Ian memujuk. Lelaki itu mengesat air mata Aaira yang masih lagi tersisa dengan ibu jari kasarnya.

Aaira hanya membenarkan sahaja segala kelakuan Megat Ian padanya tanpa mahu menepis. Muka diangkat, Aaira memerhati segenap wajah lelaki itu yang memandangnya penuh sayang. Sementara Megat Ian pula memerhati wajah Aaira yang polos dengan kelopak mata gadis itu sedikit basah akibat menangis tadi.

Aaira bermonolog dalam hatinya sambil menatap Megat Ian ingin menguji. Kalau dia suruh Megat Ian bawa membawanya makan dekat restoran biasa, agak-agak lelaki itu setuju ke?

Sebab dia kenal sangat Megat Ian. Lelaki itu mesti ingin membawanya ke restoran mahal. Tak pun cafe yang mewah. Dan pastilah ramai manusia-manusia yang kaya dan elit berada di situ. Lebih-lebih lagi Megat Ian merupakan seorang usahawan yang dikenali ramai. Sudah semestinya segala gerak-geri lelaki itu akan diperhati. Dia tidak mahu menimbulkan gosip yang boleh menjatuhkan air muka lelaki itu.

"Boleh. Tapi saya nak makan nasi paprik dekat restoran pinggir jalan sana." tunjuk Aaira pada Megat Ian.

"Mana? Kat sana?" tunjuk Megat Ian teruja ke arah yang diberitahu Aaira sebentar tadi. Aaira hanya mengangguk memerhati segala gerak- geri lelaki itu.

"Okey. Kita berhenti makan kat sana." Aaira melongo mendengar jawapan Megat Ian. Mata dia membulat terkejut apabila Megat Ian sudah menukar gear. Megat Ian mana pernah mahu makan dekat restoran dan kedai yang low-class.

"Hah! tuan nak?" Aaira tidak sangka lelaki itu bersetuju. Biar betul.

"Mestilah. Dah isteri abang nak makan kat sana. Abang kena la tunaikan. Kita makan sama-sama ok." ujar Megat Ian tergelak kecil memandang wajah Aaira yang menurutnya lucu pada pandangan matanya. Dijepit perlahan hidung comel Aaira.

End flashback



Sungguh Megat Ian yang dia kenal sekarang ini sudah berubah 180 darjah. Dulu wajah lelaki ini dingin sahaja 24 jam, sekarang asyik tersenyum je 24 jam. Lebih tepatnya tersenyum padanya.

Aaira melangkah perlahan mendekati sofa kecilnya berhadapan dengan Megat Ian.

Kasihan pula dia melihat Megat Ian yang masih lengkap berpakaian baju kerja. Mesti tak selesa pakai baju sama seharian tanpa ditukar. Dia pula sudah siap ganti baju. Siap mandi dah.

RAHSIA HATIWhere stories live. Discover now