"Will you please stop shouting and take a seat so we can talk." Dia berkata dengan nada yang tenang. Api kalau jumpa dengan api memang tak akan padam. So lebih baik dia jadi air.
"Apa tengok-tengok? Saya tahu Tengku ada kena mengena dengan pemecatan saya!" gadis itu menuduhnya dengan tatapan tajam.
Tengku Rafiq menyandar di kerusi kulitnya santai dengan menyilangkan kakinya. He gave her an arrogant look.
"Oh, yes. Awak betul. Saya memang ada kena mengena dengan pemecatan awak. Jadi, awak nak buat apa?" Tengku Rafiq bertanya kepada Dhia sambil mengangkat pandangan ke arah gadis itu dan tersenyum.
Mulut Dhia terbuka. Membuatkan Tengku Rafiq memandang lama bibir terbuka itu.
Dhia tidak menyangka lelaki ini mengaku dengan begitu cepat sekali. Fikirnya Tengku Rafiq akan menidakkannya.
"Sekarang bagitau saya. Apa yang awak nak buat?" Tengku Rafiq bertanya lagi dan itu membuatkan Dhia terasa kelu. Tidak tahu harus membalas apa.
"Saya.... saya.... "
"Oh! Poor you. No job. How are you going to live now?"
Dhia memeluk tubuhnya. Memandang tajam lelaki itu. Eee, geram je dengan lelaki ni.
"Saya akan buat apa sahaja. Tapi saya tak akan pernah minta pertolongan dari Tengku. " dia berkata dengan berani.
"Oh, macam mana tu?" Tengku Rafiq bertanya sinis.
"Itu bukan urusan Tengku. Saya boleh cari kerja dekat tempat lain." baru sahaja dia mahu keluar dari ruangan ini, namun terhenti apabila Tengku Rafiq bersuara.
"Tsk tsk. Miss Dhia. Saya pasti sekarang awak tengah cuba banyak interviews dekat syarikat diluar sana. Dan awak tahu kenapa awak tak dapat satu panggilan pun?" lelaki itu bertanya sambil berjalan menghampiri Dhia.
"Thats because of me." Tengku Rafiq menyelesaikan katanya ketika sudah berdiri di hadapan gadis itu.
"Saya tahu." Dah agak dah mesti sebab lelaki ini.
"So, macam mana awak boleh fikir awak akan dapat kerja dekat syarikat lain." Tengku Rafiq mengejek memandang Dhia.
Muka Dhia merah padam kerana marah. Terasa asap keluar dari telinganya.
"Saya benci awak Tengku Rafiq!" Dhia berkata dengan nada marah dan degupan jantung Tengku Rafiq terhenti seketika. Ini bukan apa yang diharapkannya.
Gadis ini membenci dirinya? Adakah gadis ini benar-benar membencinya atau hanya mengucapkan kata-kata itu kerana marah?
"Hate all you want! But you are not getting job anywhere." Tengku Rafiq menyatakan dengan tegas.
"Apa yang Tengku nak dari saya." Tengku Rafiq menyeringai. Gotcha.
Tengku Rafiq bergerak ke belakang Dhia. Dihampiri telinga gadis itu yang tertutup dengan hijab.
"Work for me." bisik Tengku Rafiq.
"No. Saya tak nak dan tak akan." kata Dhia bergerak menjauh sebelum menoleh ke arah lelaki itu.
"Oh you will, trust me. Awak memang dah tak ada pilihan. Cuba pertimbangkan. Kalau awak keluar dari pejabat ini dan cari pekerjaan lain, awak ingat saya akan biarkan. No, saya tak akan. Saya mahu awak bekerja dengan saya dan awak akan bekerja untuk saya."
Setelah selesai megatakannya dengan nada sombong dia menjongket keningnya pada Dhia.
"Urghh."
'apa masalah lelaki ni'
YOU ARE READING
RAHSIA HATI
RomanceRAHSIA HATI (COMPLETED) (UNEDITED) Editing~ Bersabarlah dalam penantianmu. Berdoalah dalam diammu. Kerana tulang rusuk tidak akan pernah tertukar. Megat Ian Hanif Al-Fateh mempunyai segalanya. Namun hatinya kecewa apabila kekasih hati pergi meningga...