Aaira tidak dapat menyembunyikan senyum bahagianya. Dia suka dengan perubahan Megat Ian.
Lelaki itu sudah mula banyak bercakap dengannya dan dia juga sudah tidak terasa takut untuk memulakan perbicaraan mereka.
Aaira kini berada di rooftop.
Dengan melihat angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa bersama dengan pohon-pohon hijau yang bergoyangan dan daun-daun bergesaran ini mampu menenangkan jiwanya.
Dia menghirup udara segar itu sambil menutup mata menghayati sapuan angin pada wajahnya.
Aaira berjalan sekeliling ruangan itu dengan berkaki ayam. Dia memakai dress pink lengan panjang yang bermotif bunga kecil. Hanya paras lutut. Terselah kaki putih gebunya tanpa sebarang bulu roma.
Sambil dia berjalan dia ternampak satu ruangan macam taman bunga. Langkah diatur mendekati.
'Macam mana nak masuk ni. Tak ada pintu pun' dengus Aaira dalam hati.
Dia cuba menolak dinding itu dan terkejut bila dinding itu terbuka sendiri. Ragu-ragu Aaira melangkah masuk.
Sesampainya di situ Aaira kaku sekejap. Dia menatap takjub.
Pelbagai jenis bunga yang ada di situ. Dia mendekati bunga mawar merah, bunga matahari, bunga melati, bunga bugenvil, bunga anggerik, bunga tulip dan banyak lagi.
Disentuh bunga itu satu persatu. Cantik sangat.
Kenapa dia baru perasan ada taman bunga atas ni, dah nak dekat dua bulan lebih dia tinggal di sini. Nampak gayanya kena explore banyak lagi ni. Dah macam treasure hunt pula.
Yang paling bestnya ada kolam renang. Aaira melompat teruja. Wow, bestnya.
Tapi.. dia tak pandai berenang. Kalau bertenggek dekat tepi kolam tu boleh la.
Aaira mencelupkan kakinya ke dalam kolam. Dia tidak pernah tengok kolam sebesar ni. Mujur juga dia pakai dress paras lutut boleh dia selak bajunya tak nak bagi kena air.
Aaira mengumam pelan sambil kakinya dihayunkan membuat air di dalam kolam itu beralun cantik. Diperhati sekeliling ruangan ini.
Aaira membaringkan badannya menelentang. Kaki dia masih menghayun air kolam itu perlahan.
Terang pada matanya, awan biru yang sangat cantik. Tapi dia tidak terasa panas sebab ada bumbung kaca lutsinar atasnya.
Aaira nampak kapal terbang bergerak dekat atas. Nampak kecil je.
Dia mengangkat ibu jari dan jari telunjuk kanannya ke udara seolah-olah memegang kapal terbang itu yang mahu melarikan diri. Aaira ketawa geli hati. Dah macam orang gila dah. Haha.
Aaira suka tempat ni. Lepas ni dia ada hobi baru dalam rumah ni bila dia sunyi selain dekat library.
Sedang dia asyik dengan fikirannya dia terasa benda kecil dan berbulu bergerak di tepi leher kanannya.
Aaira ketawa dengan mata pejam menerima sapuan lembut pada tengkuknya. Sudah tahu siapa.
Nampak Ollie tenggah struggle nak duduk dekat celah lehernya. Digesel pipi putih gebu Aaira lembut dengan kepala kecil itu sebelum berbaring bersama Aaira.
Aaira hanya membiarkan sahaja. Lembut. Makin kuat ketawa Aaira akibat geli terkena bulu badan Ollie.
Tanpa Aaira sedar, Megat Ian memerhatinya sambil bersandar di tiang dengan juice orange di tangan. Bila masa lelaki ni balik pun author tak tahu. Tiba-tiba muncul.
Megat Ian senyum hanya memerhati keleteh lucu Aaira. Mendengar suara ketawa keseronokkan Aaira membuat dia senang.
Diteguk juice orange itu sambil memerhati. Necktie dia sudah dilonggarkan, lengan baju kemejanya pun sudah disinsingkan ke atas.
YOU ARE READING
RAHSIA HATI
RomanceRAHSIA HATI (COMPLETED) (UNEDITED) Editing~ Bersabarlah dalam penantianmu. Berdoalah dalam diammu. Kerana tulang rusuk tidak akan pernah tertukar. Megat Ian Hanif Al-Fateh mempunyai segalanya. Namun hatinya kecewa apabila kekasih hati pergi meningga...