08 | Home

74.2K 1.5K 100
                                    

"Kamu kenapa Dhia. Dari tadi tercegat je dekat situ. Masuk la." ujar Nek jah melihat kawan Aaira si Dhia yang hanya berdiri depan rumahnya.

"Hehe, nenek sihat? Saya singgah sekejap je ni. Ini saya ada bawakkan makanan." Dhia melangkah menaiki anak tangga. Salam di hulur sebelum bekas makanan yang dibawanya tadi bertukar tangan.

"Sihat alhamdulillah. Kamu ni selalu ulang alik dari kerja datang sini. Tak penat ke?"

"Alah takde apa pun. Saja je jenguk nenek. Saya takut nenek sunyi je."

"Alah macam tak biasa. Masa Aaira pergi kerja dulu nenek selalu sorang-sorang jugak."

"Yalah, kalau macam tu saya pergi kerja dulu la nek. Saya shift petang harini ni. Assalamualaikum nek."

"Waalaikumussalam, hati-hati jalan tu."

Dhia hanya tersengih sambil melambai-lambai tangannya ke arah Nek Jah. Kereta dipandu menuju ke hotel tempat dia bekerja.

Nek Jah hanya memerhati kereta Dhia meninggalkan perkarangan rumah keciknya itu.

❦ ❦ ❦

Dhia tekun melayan tetamu yang masuk ke hotel untuk check in. Pantas sahaja kerjanya. Sedang leka Dhia tunduk menyusun kunci-kunci bilik hotel di tempat khas yang disediakan di situ. Dia terdengar bunyi orang ketuk dekat meja kaunter. Adoi main ketuk-ketuk meja pulak. Takdek adab ke apa.

Terus sahaja Dhia bangun dari menunduk ingin melihat siapa di depan kaunternya ini.

Terpampang tubuh seorang lelaki yang membelakangkan dirinya di depan matanya. Macam mencari seseorang. Tapi bila lelaki itu merasa ada kelibat seseorang belakangnya dia terus berpusing mengadap depan kaunter itu tadi.

Nampak seorang gadis yang memandangnya dari atas bawah. Tak berkelip. Tahulah dia kacak, tak payah lah tengok atas bawah.

Dhia terkaku sekejap melihat ketampanan lelaki ini. Macam familiar je muka dia ni.

"Ya encik boleh saya bantu." tanya Dhia formal.

"Ingat takde orang tadi." lelaki itu menjawab sinis sahaja.

Dhia seakan-akan tidak mendengar suara lelaki itu. Dia hanya memerhati lelaki itu atas bawah. Lama dia perhati raut wajah itu.

"Kita pernah jumpa ke sebelum ni?." tanya Dhia panasaran. Perasaan ingin tahunya membuak-buak.

"Wow, lame flirt. Dah lama buat kerja macam ni. Seduce your customer?. "

Terjegil mata gadis itu bila mendengar jawapan lelaki itu. Panas hati tiber.

"Hello sir, cakap tu biar elok sikit. Bila masa saya flirt. Saya tanya je. Kalau encik rasa kita tak pernah jumpa cakap je lah tak pernah jumpa. Susah ke. Nak main tuduh-tuduh pulak." Ish menyampah. Ingat muka elok perangai pun elok la. Ni haram! Tak jadi nak mengorat.

Baru sahaja lelaki itu ingin membalas terdengar suara Encik Nik Bern mencelah. Entah dari mana orang tua tu datang.

"Eh, Tengku Rafiq. Kenapa datang tak bagitau boleh la saya suruh pekerja saya jemput Tengku."

RAHSIA HATIWhere stories live. Discover now