"Why the fuck is it so hard to find her! It's been almost a year and you still haven't found her?" tengking lelaki itu melalui telefon bimbitnya. Suara tinggi lelaki itu telah mencuri beberapa perhatian orang ramai di sana.
"Tuan, saya yakin dalam masa terdekat ni kita akan jumpa isteri tuan." perlahan sahaja suara itu membalas. Ada sedikit keraguan dalam kata-katanya.
"Berapa lama lagi aku kena tunggu hah? Aku bayar kau mahal-mahal benda senang macam ni pun kau tak dapat buat ke!"
"Saya dah cuba semuanya, tuan. Rumah yang mereka tinggal dulu sudah lama kosong. Nenek dia dah pindah entah ke mana. Kami masih dalam pencarian. We don't have much to go on." jelas P.I (Private Investigator) itu bersungguh-sungguh. Kecut perutnya mendengar tengkingan lelaki itu tadi.
Lelaki itu pejam mata dan menarik nafasnya perlahan-lahan menenangkan hatinya yang seperti ribut taufan sekarang ini.
Setelah pasti dia kembali tenang, dia pun bersuara dengan nada sedikit rendah berbanding tadi.
"Tolong cari dia secepat mungkin." dia memohon dengan nada lembut.
Dalam pada masa yang sama Tengku Rafiq mengerutkan dahinya mendengar perbualan sahabatnya itu.
Tengku Rafiq tadinya ternampak lelaki ini di Cafe Bar ini, melihatkan yang lelaki itu sibuk berbincang dengan client, tahulah dia yang lelaki itu ada meeting di sini sama seperti dirinya.
Setelah Tengku Rafiq selesai menghabiskan meetingnya dia mendekati lelaki itu yang ketika itu sedang berdiri memandang ke arah jendela cafe itu sambil bercakap dengan telefonnya. Dan tanpa sengaja dia mendengar lelaki itu berbicara mengenai seseorang.
"What is going on? Kau cari siapa?" tanpa basa-basi Tengku Rafiq let his curiosity out apabila melihat lelaki itu sudah menamatkan perbualannya.
Rasa ingin tahu dia kian memuncak. Dia sebenarnya sudah tertanya-tanya siapa yang dicari sahabatnya ini. He even thought of doing some research himself.
Lelaki itu menoleh ke belakang dan menghela nafasnya memandang Tengku Rafiq.
❦ ❦ ❦
Sebaik sahaja lelaki yang segak berkemeja hitam itu menyarungkan kotnya, dia berjalan ke arah pintu bangunan pejabat. Security guard di situ menyambutnya seperti biasa. Lelaki itu mengangguk ke arah mereka dan terus melangkah ke lobi di mana lif peribadinya berada.
Terlihat ramai pekerja berada di sana, ada yang baru sahaja tiba dan ada juga yang sedang menunggu lif terbuka.
Suasana yang sesak dan bising itu tiba-tiba menjadi senyap apabila melihat kelibatnya. Kesunyian melanda seketika sebelum mereka greeted their boss like usual.
"Good morning Tuan."
"Good morning, Sir."
"Have a nice day, Sir."
"Selamat pagi Tuan."
Semua pekerja yang berada di situ menegur lelaki itu ramah. Mereka berdoa dalam hati supaya mood bosnya itu baik-baik sahaja hari ini. Mereka semua tahu sejak beberapa bulan ini majikannya itu kelihatan dingin dan agak tegas dari biasa. Kecut perut mereka apabila mendapat tatapan tajam lelaki itu.
Megat Ian hanya menganggukkan kepala membalas dan terus menuju ke lifnya. Tanpa senyuman.
Setelah sampai, Megat Ian melangkah keluar dari lif dan berjalan menuju ke pejabatnya. Menyedari kehadiran Megat Ian, Maya segera mengekori lelaki itu dari belakang.
YOU ARE READING
RAHSIA HATI
RomanceRAHSIA HATI (COMPLETED) (UNEDITED) Editing~ Bersabarlah dalam penantianmu. Berdoalah dalam diammu. Kerana tulang rusuk tidak akan pernah tertukar. Megat Ian Hanif Al-Fateh mempunyai segalanya. Namun hatinya kecewa apabila kekasih hati pergi meningga...