" hah ada apa kau ajak aku jumpa ni". Kata aisya sebaik melihat kelibat mimi
" Kalau ye pun, duduk lah dulu". Kata mimi mempamerkan senyum
" Kau ingat tak yang aku cakap nak bukak kedai bakery?"
"Ingat. Hah kenapa". Aisya kebingungan
" Sekarang aku cuma tengah tunggu kedai tu renovate lepastu dah boleh buka". Jelas mimi keriangan.
" Ye ke! Bestnya harapan kau dah tercapai". Aisya tumpang gembira memandangkan itu memang sesuatu yang mimi idamkan sejak dahulu lagi.
"Alhamdulilah husband aku banyak juga tolong. Paling penting nanti masa perasmian aku nak kau ada". Kata mimi menepuk tangan aisya
" Insyalllah, yang penting kau bagi tahu awal-awal". Pesan aisya
.
."Abang dah rancang tahun ni kita balik raya rumah tokwan dengan toknek". Kata nazrin kepada isterinya.
" Ila ikut abang je. Lagipun dah lama kita tak balik sana". Kata ila sambil memotong bawang
" Lagi 3 minggu je dah nak puasa. Nanti dekat-dekat nak raya awak buat lah kuih semperit bagi dekat tokwan dan toknek". Kata nazrin memandangkan semperit juga kuih raya kegemarannya
"Abang cakap pasal kuih semperit saya teringat dekat adik aisya, dulu excited saya buat semperit dengan dia sampai terpaksa pergi balai bomba buka acuan tersangkut dekat jari". Kata ila sedikit tertawa mengingati kejadian bersama adik iparnya.
Nazrin kembali membisu dan termenung bila ila menyebut tentang adiknya
" Abang,, mana tahu rezeki raya ni abang dapat jumpa adik. Benda pun dah lama berlaku abang. Sampai bila abang nak salahkan adik". Ila sering menasihati suaminya supaya lembut hati.
" Tak mungkin lah dia nak raya rumah tokwan dan toknek dia kan dah ada suami mesti lah raya dengan keluarga mertua dia ataupun dengan keluarga tiri kesayangan dia tu". Nazrin berlalu pergi meninggalkan isterinya.
Ila hanya mampu mengelengkan kepala melihat suaminya tetap dengan keras kepalanya.
"Ya allah kau lembutkan lah hati suamiku agar dapat bertemu semula dengan adiknya aisya". Doa ila
.
.
."Besar wey ular tadi, nasib kau cepat jerut kepala dia". Kata hazim mengelap peluh
"Aku ingat kecik je sekali tarik ekor nah kau besar!". Ketawa syaqif menceritakan detik mereka keluar operasi menangkap ular.
" Apasal fauzi tak masuk kerja harini". Tanya aiman
"Lah kau tak tahu ka? dia sudah jadi ayah hari ini". Jawab mamat sabah si alvin
" lah yeke tak tahu pun. Lepasni jangan dia ajar anak perangai tingtong dia tu sudah la". Kata syaqif mengenangkan rakan sekerja nya itu suka sangat mengusik
"Eleh kau cakap orang. Kau bila lagi?". Tanya hazim.
Secara serta merta syaqif terbatuk macam nak terkeluar anak tekak.
" Sabar dulu, sekurang-kurangnya aku ada isteri daripada kau apa pun takda". Syaqif membahan kawannya.
Sempat hazim menjeling
Sesampainya dibalai rutin mereka bersama-sama membasuh jentera, membersihkan persekitaran balai dan memastikan alatan sentiasa berfungsi dalam keadaan baik. Kalau masa tiada kerja ada juga buat kerja kebun ke ataupun mesin rumput
Tepat pukul 8 malam shift mereka sudah habis diganti dengan anggota bomba yang lain pula. Aiman, hazim dan syaqif pulang ke rumah bersama maklumlah dah alang-alang rumah yang sama naik satu kereta sahaja jimat minyak.
YOU ARE READING
Seragam cinta❤
Roman d'amourPertemuan ini tidaklah sebahagia mereka yang lain. Banyak perkara yang perlu ditempuh bersama. Derita itu membawa kita hanyut dalam perasaan yang tidak tenang. Kehilangan,, jika seseorang itu tidak pernah merasa kehilangan maka bersedialah untuk men...