" ehh mak, kenapa datang tak bagitahu". Tanya puan salmah sebaik membuka pintu terus terpancul wajah ibundanya.
" Takkan nak datang rumah anak sendiri pun tak boleh". Jawab puan rabiah menyambut huluran tangan anaknya.
" Ish takdelah macam tu, mah tanya je". Puan salmah menghukurkan tangan pada adiknya yang datang bersama ibunya.
" Aku datang singgah kejap je, kejap lagi aku ikut semula seha ni ke melaka". Kata nenek menjelaskan mahu mengikuti makngah pulang ke melaka.
" Duduk lah dulu. Nanti mah buatkan air". Kata puan salmah menghantar mereka ke ruang tamu dan dia terus menuju ke dapur.
Syazil yang baru keluar dari tandas menghampiri ruang tamu. Terkejut melihat nenek dan juga makngah berada didepan tv. Rayyan yang sedang tidur lena disitu dilihat.
" Nek,,makngah". Syazil menyalami tangan mereka berdua.
" Mana pergi kakak kamu, dibiarkan anak tidur dekat sini". Tegur nenek. Mulalah tu nak membebel.
" Akak keluar beli barang mama suruh tadi". Jawab syazil sambil mengusap kepala rayyan yang sedang nyenyak tidur.
Nenek hanya mengangguk. Makngah memandang sekeliling rumah, setiap inci ditiliknya.
Puan salmah tiba sambil menatang dulang berisi air bersama gelas.
Air dituang kedalam gelas untuk tetamu. Laju saja nenek mencapai minuman. Dahaga. Cuaca Panas.
" Menantu kamu tak datang ke?". Tanya nenek kepada puan salmah.
" Siapa? hilman. Dia baru je keluar ikut nora pergi beli barang". Terang puan salmah tentang menantunya hilman. Suami kepada nora.
" Ishh bukan yang tulah, yang perempuan lah". Jawab puan rabiah sambil menyisip air didalam cawan.
" Sekejap lagi sampai la kot". Jawab puan salmah. Sudah pasti ibunya pasti bertanya tentang aisya.
"Dengar cerita ayah dia baru meninggal". Makngah bertanya sambil tangan mencapai cawan air.
" Haah. Itu yang syaqif bawak datang sini supaya dia tak sedih sangat sambut puasa asyik teringatkan ayah dia". Kata puan salmah. Syaqif ada menelefon memberitahu dia mahu menyambut puasa dirumahnya, tambahan pula aisya pun masih bersedih dan dia tidak mahu perasaan itu terus berpanjangan dalam diri.
"Kesian syaqif nak kena melayan". Jawab nenek dengan nada tidak senang.
Puan salmah dan syazil saling berpandangan. Ada saja yang tak kena dimata puan rabiah. Sabor jelah.
Hampir 10 minit mereka berbual diruang tamu, nora dan hilman pulang bersama barang- barang ditangan. Mereka terkejut melihat kehadiran mak ngah dan juga nenek.
" Nenek, makngah bila sampai". Tegur nora sambil mencium kedua belah pipi neneknya.
" Lama juga dah kami sampai. Kejap lagi nak balik dah". Jawab makngah
Nora mengangguk. Hilman mendukung rayyan yang sudah menangis sebaik melihat mereka berdua. Biasalah budak kecik nampak mak bapak.
" Assalammualaikum". Kendengaran dari luar rumah
" Waalaikumusalam"; semua didalam rumah menjawab.
Puan salmah terus mendapatkan aisya didalam pelukannya dia tahu mesti berat untuk menantunya itu menerima semua ini. Aisya memeluk sayu ibu mertuanya yang sangat prihatin dan menyayangi dirinya.
Sebaik pelukan dileraikan aisya terpandan nenek yang berada disofa. Kaki mula menghampiri nenek untuk menyalami tangan orang tua itu. Jantung makin berdebar bila semakin hampir ke kerusi nenek.

ANDA SEDANG MEMBACA
Seragam cinta❤
RomancePertemuan ini tidaklah sebahagia mereka yang lain. Banyak perkara yang perlu ditempuh bersama. Derita itu membawa kita hanyut dalam perasaan yang tidak tenang. Kehilangan,, jika seseorang itu tidak pernah merasa kehilangan maka bersedialah untuk men...