"Balik kampunggg". Jerit aisya keriangan
Raya kedua, baju kurung moden warna hijau tua sedondon bersama baju melayu syaqif digosok. Shawl putih juga digosok dengan ceria.
"dari jauh ku pohonkan ampun maaf, jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama meraikan aidilfitri yang mulia"
Ralit aisya menyanyikan lirik lagu raya syahdu beb. Raya kedua baru rasa betul-betul raya sebab nak balik kampung dan...... Jumpa suami
Telefonnya berdering
" Dah siap ke belum?". Eh terus tanya dia ni. Baru pukul 7:30 pagi.
" Uishh agak-agak lah awal lagi, ni baru habis gosok baju". Aisya sambil tersenyum-senyum membelek baju.
" Pukul 8 aku sampai kita gerak". Kata syaqif dan mematikan panggilan telefon
Aisya sudah membuat muka geram
" Eiiii geram betul lah dengan dia ni, ikut kepala dia je". Aisya terus berlalu mengambil tuala. Bukan boleh dibuat main kalau dia kata pukul 8 memang betul pukul 8 terpacak lah dia depan rumah.
Makeup lembut dioleskan ke wajahnya. Sekali setahun dapat menikmati raya bukan selalu. Baju kurung moden disarung dan dipusing-pusingkan didepan cermin. Biasalah berangan dulu perempuan kan.
Tudung shawl berwarna putih dililit kemas dengan gaya moden terkini. Beg dan segala mak nenek dibawa ke ruang tamu bersiap sedia menanti ketibaan mamat kepala batu.
Pin!
Laju aisya membuka pintu pagar wajah teruja ditayangkan. Syaqif terus saja masuk ke dalam rumah tanpa sempat berbicara terus menuju ke tandas, sudah tidak tahan mahu terkucil seraya mahu memakai baju melayu yang digosok aisya.
" Lah, aku siap cantik-cantik ni dia tak peduli ke". Aisya memandang dirinya dari atas ke bawah.
Aisya masih menanti syaqif diruang tamu. Lama betul dalam tandas buat apa? Baju tak muat ka?
Banyak persoalan muncul di dalam kepala otak aisya.
Syaqif keluar sambil membetulkan lengan baju melayu yang dipakai. Aisya seakan terpana melihat lelaki dihadapannya. Dengan baju cutting model ikut badan dan tidak terlalu ketat memang perfecto.
" Tahulah aku hensem. Tak payah nak over sangat pandang tu". Syaqif menegur
" Eiii dah-dah jom cepat! Saya nak kunci pintu ni". Aisya sudah bangun memakai sandal diluar pintu rumah.
Selesai mengunci pintu rumah aisya memandang syaqif masih tercegat diluar kereta.
Aisya mengangkat kening
" Nah". Kunci kereta dihulurkan syaqif.
" Apa?". Aisya menyoal
" Bawak lah, aku mengantuk semalam tak tidur ada kes. Bagi aku tidur kejap okeylah ni". Syaqif terus masuk dibahagian sebelah pemandu.
Aisya masih tercenggang. Pakai lawa-lawa kena drive memang jarang-jarang berlaku. Syaqif disebelah sudah menurunkan seat kereta.
Aisya pula depankan lagi seat kereta kaki pendek tak berapa nak sampai. Aisya memulakan pemanduan dengan berhati-hati. Sekilas syaqif disebelah direnung.
.
.
.
" Tokwan dengan toknek betul ke tak mau ikut kami ni". Tanya nazrin. Memandang mereka sekeluarga mahu ke rumah sepupu di daerah lain.
" Takpalah hampa pi ja, nuh satgi orang kampung ramai lagi nak mai raya". Tokwan membalas. Raya kedua selalunya ramai orang kampung datang berjalan raya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Seragam cinta❤
RomancePertemuan ini tidaklah sebahagia mereka yang lain. Banyak perkara yang perlu ditempuh bersama. Derita itu membawa kita hanyut dalam perasaan yang tidak tenang. Kehilangan,, jika seseorang itu tidak pernah merasa kehilangan maka bersedialah untuk men...
