25

68 4 3
                                    

2 minggu berlalu

" kau ni peliklah, selalu aku tengok orang dah kahwin mesti nak duduk sebumbung dengan isteri tapi kau ni tak pun". Hazim membuka topik perbincangan memandangkan mereka berdua hanya diam menjamah sarapan pagi.

" Ehh kau dah kenapa tanya macam tu? Dah tak suka aku duduk sini". Syaqif menjeling

" Aku tanya je. Ye lah aku risau nanti kau rindu bini sampai jatuh sakit plk". Hazim masih memanjangkan perbicaraan.

" Ehh engkau ni ada yang makan sudu ni". Syaqif mengacah mahu mengetuk sudu dikepala hazim

" Hang merapu apa ni hazim?". Soal aiman yang baru muncul dimeja makan.

" Aku saja jee tanya. Ye lah aku tak kahwin lagi nak juga tahu rasa rindu bini macam mana". Hazim tersenyum penuh usikkan

" Cehh". Aiman menjeling, begitu juga syaqif turut menjeling kearah hazim.

" Harini ada anggota baru dekat balai". Syaqif bersuara kembali

" haah dah tahu. Bunga pula tu". Hazim tersenyum sengih

" Hang kalau pasai perempuan laju ja noh". Aiman merenung hazim.

" Eleh sebab korang berdua dah tak boleh laju kalau dengar pasal perempuan". Hazim ketawa kuat.

" Sebab kitaorang lelaki sejati bukan buaya macam kau". Syaqif menunjukkan lengannya yang tak berapa nak sado.

Terhenti perbualan mereka disitu

'kau tak tahu sekarang aku rindu setengah mati dekat wife aku'. Bisik hati syaqif
.
.

" Susahnya dekat sini memang takde line lah wey". Aisya mengeluh cuba mengangkat telefon menghala ke pelbagai arah.

" Sabarlah aisya, lagi seminggu kita dah boleh keluar dari tempat ni". Jelas diana yang duduk melihat suasana petang diperkampungan orang asli. Mereka ditugaskan atau lebih tepat menjadi sukarelawan kesihatan untuk merawat penduduk disana selepas tempat itu dilanda banjir kilat yang teruk.

" aku okay jelah, cuma nak juga tengok berita semasa ke apa".

''ye ke ni? ke kau rindu suami kau''. tebak diana

''choii mulut kau. Rindu-rindu macam lah nanti tak boleh jumpa''. aisya menjeling

pukul 12 malam hujan sudah mula turun dengan lebat semula mereka semua bertungkus lumus mengangkat dan membantu penduduk dari ditengelami banjir. Aisya membantu ibu berpantang untuk ke khemah yang lebih tinggi memandangkan air sudah mula naik ke paras buku lali.

keadaan bertukar menjadi panik

'' yang sini takpe biar aku jaga''. aisya mengambil alih tugas mencuci luka seorang nenek yang terjatuh akibat banjir

'' doktor air semakin naik ada lebih kurang 20 orang terperangkap seberang sana''. kata diana sambil memapah seorang wanita sarat mengandung.

'' kita settlekan dulu yang ada disini. Saya cuba minta bantuan sekarang''. bergegas doktor amar berlari mendapatkan telefon.

'' semua bertenang okey jangan takut insyallah keadaan akan baik''. jelas melur, jururawat dari hospital berlainan.
.
.
.

Team bravo daripada pasukan bomba dan penyelamat cuba sedaya upaya menyelamatkan penduduk perkampungan orang asli yang masih terperangkap di dalam banjir.

'' kau ikut aku, pegang tali ni''. arah fauzi kepada syaqif

'' jangan pegang air tengah deras nanti kau terlucut tali tu''. alvin terus mengikat tali pada pinggang syaqif

Seragam cinta❤Where stories live. Discover now