''awak bangunlah, awak pergilah tidur dekat sofa sana tu''. Kejut aisya apabila syaqif baring di atas katil.
Mereka sudah pun check in di hotel yang selesa dan nyaman. Permandangan pula 100% pantai.
''tidur je lah apa masalah kau, aku mengantuk ni''. Jelas syaqif memeluk erat bantal peluk yang ada di atas katil.
Aisya diam duduk dibirai katil sambil termenung mengingati kejadian terserempak dengan fayid tadi. Sungguh tak terduga bertahun-tahun hilang boleh buat macam tiada apa berlaku.
'' hah tidurlah, baru je aku baring kejap dah diam merajuk pergi lah tidur atas katil empuk tu''. Tegur syaqif menyentak lamunan aisya.
'lah mamat ni merajuk ke, aku diam sebab ingat benda lain. Dia ingat aku sentap pula'. Ngomel aisya dalam hati apabila melihat syaqif berjalan ke sofa dan melelapkan mata.
Kesian pula,,
.
Jam menunjukkan 1:30 pagi, aircond terlalu sejuk membuatkan aisya terjaga dari tidur''patut lah sejuk''. Aisya memperlahankan aircond yang terpasang.
Matanya teralih kepada syaqif yang merekot kesejukkan dah dengan bantal tiada.
Kejam betul kau aisya😂Aisya mengambil selimut menyelimutkan syaqif yang terlalu sejuk sampai mengigil satu badan.
Aisya mengangkat pula kepala syaqif dan meletakkan bantal agar lebih selesa
''kepala pun berat macam batu, tulah degil dan keras kepala''. Kata aisya perlahan sambil melihat syaqif dengan dengkuran halus nya.
Aisya kembali tidur hingga fajar menyinsing.
Aisya bangun mengambil wudhuk, memakai telekung dan menghampiri syaqif yang masih tidur. Mungkin terlalu penat kot perjalanan jauh.
''awak bangun''. Tiada respon
''awak bangun, subuh dah masuk ni''. Aisya mencuit sedikit lengannya.
''hah dah pukul berapa ni''. Dah Bangun tapi sempat lagi pejam mata.
''pukul 6 suku dah, tak baik lambatkan solat. Nanti lepas solat sambung lah tidur''. Aisya menasihati suaminya.
Syaqif bangun sambil membetulkan rambutnya yang serabai. Aisya membentangkan sejadah sebagai persediaan.
Hotel yang lengkap dengan kelengkap solat alhamdulilah segala puji bagi allah.
Selesai sahaja solat, aisya ke ruangan beg pakaian menyiapkan apa yang patut nak dipakai pergi majlis pernikahan dan kenduri mimi
Syaqif menuju ke sofa sambil merenggangkan badan hendak menyambung kembali tidurnya. Penat masih terasa dalam dirinya.
Jauh di sudut hati aisya terbit rasa kasihan kepada suaminya.
''awak nak tidur dekat katil pergilah, saya tak tidur dah sebab nak gosok baju''. Aisya menyuruh syaqif tidur di atas katil.
Syaqif tanpa berlengah terus menuju ke katil dan melelapkan mata. Aisya mengelengkan kepala melihat syaqif yang sudah pun dibuai mimpi.
Aisya menggosok baju kurung pahang berwarna baby blue dan tudung warna pastelnya. Sesuai dengan dirinya. Selesai menggosok pakaiannya dia menggosok pakaian syaqif.
Seluar slack warna hitam bersama kemeja yang berwarna navy blue.
.
.
Selesai menggosok aisya duduk di koridor luar sambil memerhati pantai yang tenang.Telefon aisya berbunyi.
Mimi
Aisya menjawab panggilan mimi,
YOU ARE READING
Seragam cinta❤
RomancePertemuan ini tidaklah sebahagia mereka yang lain. Banyak perkara yang perlu ditempuh bersama. Derita itu membawa kita hanyut dalam perasaan yang tidak tenang. Kehilangan,, jika seseorang itu tidak pernah merasa kehilangan maka bersedialah untuk men...