17

43 1 0
                                    

" makanlah sikit, dah 2 hari kau asyik terperap je dalam bilik". Syaqif membawa dulang berisi makanan ke dalam bilik

Aisya yang duduk memeluk lutut ditepi katil hanya diam membisu. Genap dua hari pemergian ayahnya dia masih dalam keadaan sedih. Sesekali air matanya menitis ke pipi.

" Aku dah nak pergi kerja ni, nanti makan tau jangan biar perut kosong". Pesan syaqif sebelum menoleh melihat aisya dan menutup pintu.

Makanan yang diletakkan syaqif dipandang sepi.

Aisya sukar untuk menghilangkan rasa sedih kerana harapannya untuk menyatukan abang dan ayahnya tidak kesampaian. Hidupnya juga berasa kosong sudah kehilangan umi dan sekarang ayah, meskipun dia masih mempunyai abang tetapi sudah lama dia tidak merasa kasih sayang dari abangnya.

Lagi beberapa hari, ramadhan bakal tiba. Ramadhan aisya kalini pasti terasa kosong tanpa ayah disisi kerana setiap kali hari pertama ramadhan ayah selalu buatkan makanan untuk disedekahkan.

Dalam tempoh dua hari ni juga lah keadaan diri tidak lagi dipentingkan oleh aisya. Hanya menangis apabila mengenangkan kenangan-kenangan dulu. Syaqif yang menemaninya di rumah, nak duduk rumah ayah ada ibu fatimah dan hanani nanti pasti syaqif tidak selesa.

Aisya perlahan-lahan rebahkan badan disisi katil. Rehatkan badan yang letih tidak mahu lagi difikirkan apa yang akan berlaku kepada dirinya

.
.
.
.

" Ibu rasa nak balik duduk dekat batu pahat lah". Jelas puan fatimah kepada hanani.

" Ibu ni, duduk je lah sini. Kenapa nak pindah pulak dekat sini dah cukup bandar kan". Kata hanani sambil menyedok nasi ke dalam pinggan.

" Kamu tahu kan, rumah ni nama aisya bukan milik kita pun". Kata puan fatimah perlahan.

" Dia kan dah ada rumah sendiri mesti tak kisah pasal rumah ni sangat". Kata hanani seperti tidak berpuas hati.

" Suka hati kamulah ibu tetap nak balik batu pahat, kamu terpulanglah. Biar ibu duduk dekat rumah yang memang milik ibu". Kata fatimah seraya bangun meninggalkan hanani.

" Eiii serabut betul". Kata hanani menggaru rambutnya yang kusut masai.

" Ian next week we move to batu pahat". Kata hanani kepada ian yang baru sahaja bangun dari tidur.

" But, why?". Tanya ian

" Just follow. Don't ask so many question". Kata hanani menyampah

Ian hanya mengangkat bahu tanda tidak mengerti perangai isterinya.
.
.
.

"Abang masih marah dekat ayah ke?". Tanya ila perlahan-lahan kepada nazrin. Meskipun hati nya sakit dengan perbuatan ayahnya, setelah dia tahu bahwa ayahnya sudah tiada lagi didunia, nazrin tetap mengadakan majlis tahlil meskipun jauh.

" Abang tak tahu sayang". Kata nazrin

" Okeylah ila nak siapkan makanan dulu". Kata ila sambil melipat sejadah

Tangannya dipegang nazrin serta merta pergerakkannya terhenti.

" Kenapa?". Ila bertanya

"Nak pelukk". Kata nazrin

" Ehh abang kenapa tiba-tiba ni? Abang sedih teringatkan ayah ya,". Tanya ila pelik. Mungkin juga suaminya rindu akan ayahnya.

" Saja, kebelakangan ni abang kan sibuk kerja takde masa dengan ila". Kata nazril memegang lembut tangan isterinya.

" Ila faham. Abang kan kerja cari duit untuk  ila dengan anak-anak". Ila mengusap lembut wajah suaminya.

" Bertuah abang dapat isteri macam ila ni". Kata nazrin menggosok kepala ila yang berlapik telekung itu.

Seragam cinta❤Where stories live. Discover now