Aisya mengenakan dress hitam dan tudung shawl berwarna kelabu. Simple tapi cantik. Lagipun nak pergi berbuka je bukan nak pergi dinner dekat hotel 5 bintang.
Tapi ni perkara paling perempuan pantang! Dah lama bersiap tapi kena sidai beb. Memang selalu perempuan siap lambat tapi kalau kau dah siap cantik-cantik lepastu kena menunggu memang muka bertukar jadi cekodok basi lah ceritanya.
5:58 lagi berapa minit nak masuk pukul 6. Batang hidung syaqif masih kabur dari bayangan. Aisya dah mula bosan telefon dibuka semua media sosial di scroll.
Pin! Pin! Pin
Hah baru lah nampak kereta mamat tu depan rumah. Baru nak bersua muka dah dapat mood swing. Laju aisya mengunci pintu rumah dan pagar. Muka cekodok basi jelas terpancar dah. Mahu tak bengang ketiak sampai basah kot menunggu.
Aisya membuka pintu kereta tali pinggang keledar dipakai. Aisya memulakan kata
" 5:30 konon, tengok lah sekarang pukul berapa. Punya lama kena tunggu". Aisya menjeling
" Biasalah melayu". Ringkas syaqif menjawab sambil tersenyum hambar.
Aisya membuka cermin dihadapan sambil membetulkan tudung yang sudah senget punya lah lama menunggu.
Masing-masing diam membisu didalam kereta. Aisya hanya memandang ke luar tingkap.
" Aku terlajak tidur tadi". Syaqif berkata
" Takpelah. Ni nak makan dekat mana?". Tanya aisya. Nak protes muka cekodok pun bukan dapat apa.
" Aku dah order siap-siap tadi dekat kedai selera kampung". Aisya hanya mengangguk tepat pilihan syaqif mahu makan dekat situ sebab makanan dia memang sedap.
Sesampainya mereka disana semua meja sudah penuh kerana sudah mahu berbuka. Meja mereka sudah terhidang dengan lauk pauk yang di pesan syaqif. Macam nak makan 5 orang padahal perut ada 2 je.
" Banyaknya order, kalau tak habis macam mana?". Tanya aisya.
Mana tak nya dengan tomyam, siakap 3 rasa, paprik ayam, sayur campur, masak lemak daging salai, telur dadar dan sup kosong.
" Kalau tak habis kau tinggal sini". Syaqif bersahaja
" Eii geram je dengar jawapan awak". Aisya menjeling
Azan sudah berkumandang, syaqif membaca doa manakala aisya sedang memandang tepat ke arah syaqif. Aisya menghulurkan piring berisi kurma kepada syaqif. Kalau buka puasa kurma memang wajib dijamah dulu.
Lega tekak dapat air sejuk memang nikmat dunia betul. Aisya memandang meja ditepi mereka sekeluarga besar yang berbuka bersama memang meriah habis. Alangkah seronok kalau dapat berkumpul ramai-ramai dengan umi, ayah dan abi.
Syaqif memandang ekor mata aisya melihat keluarga lain. Syaqif mengambil sedikit ikan siakap dan diletakkan didalam pinggang aisya. Aisya memandang ke arah syaqif.
" Makanlah". Syaqif menunjuk lauk yang sudah siap diletakkan didalam pinggan aisya.
Aisya mula menjamah dengan berselera.
" Awak cakap ada benda nak bagitahu". Aisya memulakan bicara.
" Surat perlepasan cuti anggota baru keluar. Raya kedua baru aku mula cuti". Jelas syaqif
Aisya mengangguk
" Takpe kan saya dah cakap, saya raya dekat sini pun okey". Aisya tersenyum, tidak mahu syaqif rasa bersalah.
" Siapa kata kita tak jadi balik kampung? Kita tetap balik tapi raya kedua la". Syaqif memang suka suasana kampung
" Okeyy saya ikut awak je,". Aisya tersenyum

YOU ARE READING
Seragam cinta❤
Storie d'amorePertemuan ini tidaklah sebahagia mereka yang lain. Banyak perkara yang perlu ditempuh bersama. Derita itu membawa kita hanyut dalam perasaan yang tidak tenang. Kehilangan,, jika seseorang itu tidak pernah merasa kehilangan maka bersedialah untuk men...