28

32 2 1
                                    

Harini aisya rasa banyak sangat kerja yang dia lakukan, kadang-kadang rasa sakit di bahagian perut tapi ditahan malah masih sibuk menolong jururawat lain. Hingga lah petang hari dia cuba berdiri tetapi sudah tidak mampu.

" Kau okey tak?". Tanya yana bila merenung muka aisya yang kelihatan pucat.

" Aku okey tapi penat sikit sebab banyak buat kerja kot". Jelas aisya masih memegang perutnya.

" Kalau tak okey jom aku bawak kau check, sementara doktor seri ada". Kata yana mahu memujuk aisya untuk pemeriksaan.

" Weyhhhhh!!". Teriak diana sebaik tiba di depan yana dan aisya sambil menunjuk ke arah seluar aisya.

" Darah!". Jerit yana sambil menutup mulut.

Terus aisya terkulai layu sempat didakap yana. Keadaan menjadi panik nasib baik kerja dalam hospital. Terus aisya ditolak ke bahagian kecemasan.
.
.
Sekarang dah pukul 5 tetapi bayang isterinya masih belum nampak. Dekat 3 kali dah dia pusing sebab didepan kawasan ni tak boleh berlama-lama parking kereta. Dia cuba menelefon tapi hanya bedering tiada yang mengangkat. Kali ni dah 4 kali dia pusing sedang dia meninjau datang satu susuk tubuh berbaju jururawat persis isterinya membuka pintu.

Dia cuba mengingat ouh diana, kawan aisya.

" Syaqif nak ambik aisya ke, sorry kitaorang lambat inform kau. settelkan aisya tadi". Jelas diana masih mencari nafas.

Syaqif masih cuba memproses kata-kata dari mulut kawan baik si aisya ni.

" Kenapa dengan aisya". Baru syaqif menyoal

" Dia pengsan tadi lepastu berdarah hah, jom la parking dulu kereta kau. Lepastu ikut aku". Jelas diana susah untuk dia jelaskan sekarang.

Selesai parking kereta syaqif terus mengikuti langkah diana ke dalam. Dia masuk ke dalam bilik doktor yang ditunjukkan diana. Doktor seri merupakan doktor yang bertugas ketika itu dia juga disenangi semua jururawat termasuk aisya.

" Ouh ini suami aisya yee". Sapa doktor seri dengan manis.

" Haah yee saya ". Kata syaqif sambil menggaru belakang kepalanya

" Duduk dulu".

Syaqif menarik kerusi yang berada didepan doktor seri. Doktor seri menghulurkan sekeping gambar scan kepada syaqif.

" Nampak scan yang saya bulatkan ada tanda tambah kan?". Tanya doktor seri kepada syaqif.

Syaqif mengangguk.

Doktor seri mengambil pen dan mula pergi ke bulatan pertama yang ditanda tambah.

" Ini adalah ketumbuhan sebesar 4cm yang berada didalam perut aisya. Kedudukan dia di tepi pangkal rahim aisya". Jelas doktor seri

Syaqif terus memandang doktor seri. Terbit rasa risau didalam dirinya. Pen ditangan doktor seri mula beralih ke bulatan yang ditanda satu lagi.

" Syaqif awak tahu ni apa?". Tanya doktor seri dengan wajah yang mula terbit senyum.

" Saya rasa aisya dan awak pun tak tahu". Doktor seri masih melihat wajah syaqif. Masih tidak dapat menangkap apa yang ingin doktor seri mahu memaklumkan kepadanya.

" Ini penyeri hidup awak berdua. Tahniah!!". Jelas doktor seri dengan gembira.

" Maksud doktor ini baby". Syaqif menunjukkan bulatan yang ada gambar scan tersebut. Doktor seri mengangguk. Terus terbit senyuman diwajah syaqif. Dia meraup muka dan mengangkat tangan berdoa tanda bersyukur kepada Allah swt.

" Tapi ketumbuhan tu doktor?". Tanya doktor

" Mungkin sepanjang pregnancy aisya tak boleh terlalu lasak. Dan mungkin akan kerap sakit dibahagian tepi apabila baby semakin membesar nanti. Jadi saya cadangkan nanti bersalin secara pembedahan jadi kita boleh buat sekali operation buang ketumbuhan tersebut". Jelas doktor seri.

" Emosi pun kena jaga, tak boleh terlalu letih takut pertumpahan darah sebab adanya ketumbuhan ni. InsyAllah aisya orangnya kuat, maybe dia boleh maklumkan kepada pihak atasan untuk kurangkan waktu kerjanya dan buat masa sekarang cuti dahulu". Jelas doktor seri.

" Terima kasih doktor". Jelas syaqif keluar sambil memegang gambar scan ditangan. Ditenung lagi. Seakan tidak percaya tapi ini adalah satu perkara yang paling gembira dalam hidupnya. Thankyou aisya.

Sebaik keluar dari pintu bilik doktor seri semua rakan-rakan sekerja mengucapkan tahniah kepada syaqif. Dia hanya melemparkan senyum dan menggaru kepalanya. Malu juga yelah semua perempuan dekat situ.

Dia menolak pintu wad. Aisya masih lagi belum sedar masih tidur disuruh berehat sepuasnya.

Dia duduk di kerusi yang terletak tepi katil aisya. Matanya merenung lagi gambar ditangannya. Air mata mula menakung tapi cepat-cepat dikesat. Mungkin perasaan ini tidak dapat dia gambarkan tapi perasaan ini yang buat dia mempunyai segala-gala dalam hidup dan ini yang akan mengajar dia erti hidup.

Melihat lenanya tidur wanita dihadapan dia ni terasa sudah jauh perjalanan yang mereka lalui sehinggakan sampai lah waktu sekarang yang dikatakan waktu yang tepat.

.

Celik sahaja mata aisya mula merasakan silau cahaya lampu yang menyuluh ke arah matanya. Tekaknya mula dahaga. Sekeliling kawasan dipandang 'hm dah sah la ni dalam wad'. Baru sahaja aisya hendak bangun mencari air untuk membasahkan tekak, lama juga dia tidur tadi. Pintu wad ditolak perlahan terpacul muka suami yang dikasihi dengan gaya rambut kemas wangi pula tu hari-hari jatuh cinta 'ceyyy'

" Kenapa? Nak ambik ape". Soal syaqif yang meletakkan beg berisi pakaian dimeja kanan wad aisya.

" Tekak saya kering". Terus syaqif mencapai gelas dan air mineral dituang dihulur kepada aisya

Lega dapat minum. Gelas dihulurkan semula kepada syaqif.

" Kenapa tengok saya macam tu". Aisya menilik anggota badannya apa yang tidak kena sebab syaqif dari tadi melirik kearahnya.

Terus syaqif melabuhkan punggung dekat dikatil aisya. Aisya kebelakang sedikit nak sweet-sweet pun jangan kat sini deyy tunggu balik rumah la.

" Kau betul tak tahu ke?". Soal syaqif

" Ape?". Aisya menyoal semula

"Haish blur jugak kekadang minah ni". Kata syaqif

" Ehh". Jawab aisya ditambah jelingan tetiba cakap org blur

Syaqif menghulur tangan mahu bersalam dengan aisya. Aisya melihat kosong 'dah kenapa belum hari raya lagi ni'.

Aisya menyambut huluran tangan syaqif. Udah ghupe bayar zakat pulok doh.

" Tahniah, puan mengandung!!". Jelas syaqif penuh keriangan. Aisya masih statik, dia ni biar betul? Masih tidak dapat proses ni.

" Yeke? Awak ni jangan main-main". Tanya aisya sudah mula terbit bunga-bunga didalam hatinya

" Iyee betul takkan aku nak tipu pulak. Sekejap". Kata syaqif menyakinkan aisya. Beg tadi dibuka sekeping gambar scan ditunjukkan kepada aisya.

" Haa nampak tu anak aku". Jelas syaqif aisya mula tersenyum baru sahaja tangannya mahu mencapai gambar scan tersebut laju dirampas dan disimpan syaqif.

" Tak boleh itu aku punya. Aku nak simpan". Jelas syaqif. Kemain betul ekk mamat ni rasa nak lepuk je.

" Awak happy?". Soal aisya kepada syaqif sambil tersenyum melihat lelaki itu.

Syaqif mengangguk

" Nak peluk aku ke? Cakap la". syaqif terus mendakap tubuh aisya erat. Aisya turut membalas haih apa-apa jelah random suami dia ni kekadang.

" Sebab aku selalu tengok dalam tiktok kalau berita cenni selalu ending dia diorang peluk". Kata syaqif masih erat memeluk aisya

" Eleh. Cakap je la happy sangat". Aisya membalas.

" Mestilah aku happy. Aku tak pandai nak sweet-sweet. Terima kasih". Syaqif tersenyum kelat.

" Sama-sama".




Holla wazzup sorry kitonyo buzy ksian readers ii sya nanti kita sambung lagi okey journey diorng much love✨🫶🏻








Seragam cinta❤Where stories live. Discover now