Perjalanan pulang dari johor ke kuala lumpur sepi tanpa suara syaqif mahupun aisya yang masih lagi keras kepala akibat pergaduhan di kampung tempoh hari. Masing-masing ego tinggi melangit jururawat tak nak kalah abang bomba lagi tak nak kalah nanti jatuh saham.
'si syaqif ni tak tahu berhenti makan ke? Aku ni dah lapar' bicara aisya dalam hati.
Setelah 3 jam meneruskan perjalanan akhirnya baru syaqif berhenti tapi sepatah apa pun dia tak bercakap dengan aisya. Wah betul-betul marah nampaknya.
Dia keluar sambil memakai spek mata hitam dan aisya hanya mengikuti kemana arah yang dituju suaminya..
''syaqif, syaqif''. Aisya memanggil syaqif yang laju berjalan tanpa menghiraukan dirinya.
''syaqif danial!''. Panggil aisya sedikit kuat
''whatt!!''. Tengking syaqif yang membuatkan aisya terkejut dan ada beberapa pasang mata memandang mereka kerana tengkingan syaqif yang kuat itu.
Aisya yang berdiri terpaku lepas dimarah syaqif terus beredar dari mengikuti langkah syaqif.
''tak payah lah tengking-tengking orang panggil elok-elok kan,malu aku semua orang tengok''. Omel aisya sambil berjalan menuju ke kereta. Dengan air mata yang setitik terkeluar akibat geram.
Hakikat aisya lupa kunci kereta ada bersama syaqif. Dia duduk di batu yang ada di depan kotak parking mereka sambil menyembam kan muka ke lutut. Dia dah lah lapar jadi macam ni terus rasa malas nak makan.
Datang seseorang duduk rapat disebelah aisya, aisya tidak menghiraukan mungkin makcik yang keletihan tumpang duduk.
Semakin lama bau aroma makanan makin kuat disebelahnya sesungguhnya mengugat nafsu kelaparan aisya. Alangkah terkejutnya aisya melihat syaqif bersama makanan dan memakai spek rayban miliknya acah-acah macho gitu duduk di sebelahnya.
'tadi marah sangat'. Omel aisya dalam hati.
Syaqif menghulurkan donat pelbagai perisa yang boleh membuat aisya tersenyum manis. Sebab donat memang makanan kegemaran aisya dari dulu, eh tapi si syaqif ni saja lah kot nak beli jiwa.
''esok kerja ke tak?''. Tanya syaqif
''kerja''. Sepatah aisya menjawab
''makan lah cepat kejap lagi lambat sampai umah''. Kata syaqif bernada slow
''hmm''. Jawab aisya
Syaqif mengeluarkan telefon dan mendail nombor seseorang yang tidak diketahui aisya
''hello hazim tolong gosokkan uniform aku kat dalam bilik''. Kata syaqif yang menelefon hazim
''ishh kau ni kacau lah, aku baru nak kenal-kenal ngan awek kat ig ni''. Kata hazim sedikit membentak
'' aduh kau ni tak habis-habis awek,lepastu buat tiktok merata''. Kata syaqif bengang.
''kau balik kejap lagi gosok lah''. Kata hazim bersahaja
''aku mungkin sampai lewat sikit terus tidur je nanti sbb esok aku kerja pagi''. Kata syaqif sengaja.
''ye lah yelah''. Ringkas jawab hazim
''aiman mane?dah masuk kerja ke''. Tanya syaqif kepada hazim, mereka bertiga duduk di dalam satu rumah yang sama almaklumlah bujang kan tapi syaqif bukan bujang lagi yaaa udah jadi somi.
''dah dia baru pergi kerja, dah lah kacau je''. Terus hazim mematikan panggilan.
Wah senang betul kau matikkan panggilan ye hazim kau tunggu aku balik.Aisya hanya mendengar apa yang dibualkan syaqif sepatutnya itu semua tugas dirinya sebagai seorang isteri. Tapi apakan daya ego setinggi gunung susah untuk hapuskan
.
.
Sambil aisya termenung ke luar melihat air hujan yang turun laju dia teringat satu kejadian yang memberi impak dalam hidupnya yang berlaku beberapa tahun lepas,
YOU ARE READING
Seragam cinta❤
RomancePertemuan ini tidaklah sebahagia mereka yang lain. Banyak perkara yang perlu ditempuh bersama. Derita itu membawa kita hanyut dalam perasaan yang tidak tenang. Kehilangan,, jika seseorang itu tidak pernah merasa kehilangan maka bersedialah untuk men...