13

53 2 0
                                    

''Perhatian! Perhatian! Khidmat khas pintu terkunci di alamat no 5 jalan anggerik mawar, diminta anggota bomba yang bertugas bersiap sedia (bunyi siren)''.

Syaqif, hazim, aiman dan fauzi ke lokasi kejadian manakala naufal dan alvin menaiki emrs.

''dengar kata awek yang terkurung dalam tu''. Hazim bersuara.

''kau kalau awek laju je kan''. Fauzi menyaut.

''manalah tahu rezeki dia dapat awek time buat operasi''. Aiman berkata sambil ketawa.

''boleh berangan je lah''. Syaqif mengejek

''angan-angan boleh jadi kenyataan, kau apa tahu😑''. Hazim membantah

''alahh,, kalau dia tahu perangai kau yang suka menyanyi macam katak puru dia pun tak nak''. Syaqif berkata lagi.

''oii! Sedap kau mengata aku kan nk kena sepak ke''. Hazim menunjukkan kakinya.

Setelah sampai mereka bergegas turun membawa peralatan untuk membuka pintu. Memandangkan mangsa seorang diri di rumah, menyukarkan sedikit tugas pihak bomba sebab kena pecah 3 pintu baru boleh pecah kan pintu bilik mangsa.

''okey dua pintu setel, lagi satu je''. Kata fauzi sambil mengelap peluh.

''akak ada kat dalam ke?''. Tanya alvin

''ye saya kat sini''. Mangsa menjawab

''kami mintak akak jauh sikit dari pintu ya''. Alvin berpesan supaya menjarakkan diri dari pintu takut sekiranya terkena tombol pintu yang dipecahkan.

''1, 2 , 3''. Kata syaqif dan pintu terbuka

''alhamdulilah''. Aiman bersyukur operasi sudah selesai.

Tetapi.. aiman, fauzi dan syaqif menahan tawa daripada termeletus. Tapi tetap dicover takut dilabel tidak serius pula

Hazim yang melihat hanya menayang kan muka masam mencuka.

''terima kasihlah pihak bomba datang selamatkan saya''. Kata mangsa sambil mengelap peluh di dahi.

''takpe, dah memang tugas kami''. Naufal menjawab.

''Kami minta diri dulu''. Kata mereka sebelum semua naik ke jentera dan emrs.

''HAHAHAHAAH''. Syaqif ketawa diikuti semua yang ada di dalam jentera bomba.

''banyak lah hang punya awek''. Aiman berkata sambil gelak tak hinggat dunia

''tak sangka aku, rupanya makcik lah weyyy''. Fauzi menyahut sambil menambahkan keriangan suasana.

''amboii! Sedap korang gelakkan aku ehh. Takpe-takpe lepas ni korang mintak tolong sorry to say lah boleh blah!''. Hazim berkata pasrah sambil menayangkan muka cembrut nya.

''alololo sian member kita dah koyak''. Fauzi menepuk bahu hazim.

'' abang bomba i love you apa sentap memanjang''. Syaqif mengangkat kening.

''udahh lah tu, japgi menagis si hazim tu''. Kata aiman menggelengkan kepala.
.....

''kau ada nampak cik hawa ka''. Tegur alvin

''dia ada dekat bilik kawalan''. Jawab syaqif

''aiman suruh aku hantarkan laporan, aku tanyalah dia kenapa ndak pergi hantar sendiri kau tahu dia cakap apa sama aku. Dia tak mahu tengok orang punya girlfriend''. Alvin bersama loghat sabah nya.

''dia kena reject dengan cik hawa lah tu, takpe nanti aku pergi tanya dia''. Kata syaqif cuba mengorek rahsia aiman.

'' itulah, banyak kali sudah aku cakap kalau suka bagitahu sajalah. Dia yang degil''. Alvin berkata dan berlalu ke bilik kawalan.

Seragam cinta❤Where stories live. Discover now