14

56 2 0
                                    

Syaqif membawa aisya ke klinik yang tidak jauh dari rumah mama nya. Risau juga ye dekat isteri walaupun ego setinggi gunung kinabalu

''aisya humairah''. Panggil nurse yang bertugas

Syaqif menemani aisya masuk ke bilik pemeriksaan. Eh dah macam pergi check kandungan pulak, aipp belum tiba waktu lagi. Aisya diperiksa doktor yang bertugas.

''okey puan aisya,rasa macam mana sekarang''. Tanya doktor yang bernama dila

''pening lepastu tak larat''. Aisya menjawab lemah

''okey dari pemeriksaan saya ni, suhu puan aisya semakin meninggi so saya akan bagi ubat demam lah. Lepastu puan jangan stress kadang-kadang bila kita stress pun boleh demam, sebab bacaan tekanan darah puan tinggi so saya nasihatkan puan tenangkan fikiran jangan terlalu runsing. Itu sahaja''. Jelas doktor dila

''terima kasih doktor''. Kata aisya

''boleh ambik ubat kat luar ye''. Kata doktor dila

Aisya duduk bersandar di kerusi sambil memicit-micit kepala yang terasa berat seperti batu. Syaqif disebelah hanya memerhati aisya sementara menunggu nurse menyediakan ubat.

''aisya humaira''. Panggil nurse di kaunter

Syaqif bingkas bangun ke kaunter

''okey ni ubat demam makan 1 biji setiap 3 jam, ini ubat selsema makan bila perlu dan ini antibotik perlu habiskan okey''. nurse yang bertugas menerangkan cara pengambilan ubat.

''okey terima kasih''. Syaqif melemparkan senyuman

Syaqif perlahan memandu kereta, keadaan sunyi sepi di antara mereka berdua. Tiada sebarang suara.

Sesampainya di depan rumah puan salmah syaqif cuba untuk memimpin tangan aisya, tapi ditepis oleh aisya.

Syaqif hanya membukakan pintu untuk aisya masuk ke dalam rumah. Orang nak tolong jual mahal pula

''macam mana keadaan aisya''. Tanya mama sebaik syaqif dan aisya melangkah ke dalam rumah

''demam lepastu tekanan darah dia tinggi''. Jelas syaqif

''aisya naik dulu tau mama''. Kata aisya perlahan meniti anak tangga.

Syaqif ke dapur mengeluarkan ubat-ubat aisya. Mengambil air kosong disertakan bersama roti coklat. Sekali sekala nak jadi suami yang prihatin

Dulang dibawa menaiki tangga untuk ke bilik mereka. Belum sempat sampai ke bilik sudah ditegur nenek. Nenek hadir bagaikan misteri dimana-mana pun ada

''kau bawak apa tu syaqif''. Tanya nenek

''ni untuk aisya, dia kena makan ubat''. Jelas syaqif

''kenapa dah tak boleh turun sendiri''. Kata nenek sinis.

''takpelah nek bukan selalu pun''. Jawab syaqif meninggalkan nenek.

Ada sahaja tak kena tentang aisya di mata nenek. Buat itu tak kena, buat ini tak kena kalau qalisya tu tidur sampai tengah hari pun disanjung tinggi

Aisya duduk bersandar di katil sambil memicit kepala yang pusing. Pintu bilik dibuka terpancul muka syaqif dengan dulang berisi air, roti dan ubat.

Aisya memandang tepat ke arah syaqif yang menghulurkan roti coklat supaya dirinya makan mengisi perut yang kosong. Aisya hanya merenung roti yang dihulurkan syaqif sedikit pun tidak disentuhnya.

''makanlah nanti nak kena makan ubat''. tegur syaqif

''aku ni bomba bukan doktor nanti kalau kau sakit macam mana? Makan lah ke kau nak aku suap''. Syaqif berkata lagi apabila aisya tidak peduli kata-katanya

Seragam cinta❤Where stories live. Discover now