10

62 2 0
                                    

Kadang-kadang manusia mengimpikan kesempurnaan tapi mereka lupa tentang kegagalan
.
.
.

''perhatian! Perhatian! Kecemasan khidmat khas pokok tumbang di alamat jalan pokok sena menghala ke highway kepada anggota  bomba yang bertugas diminta bersiap sedia''. Siren berbunyi menandakan ada tugas yang perlu diselesaikan.

Tanpa membuang masa semua anggota yang bertugas laju mengambil topi dan baju keselamatan bergegas ke lokasi kejadian termasuklah syaqif.

Hujan renyai-renyai membasahi bumi ciptaan allah ini. Siren jentera bomba berkumandang di atas jalan raya.

''beri laluan''. Terpaksa menggunakan pembesar suara memandangkan masih ada yang menggunakan laluan kecemasan dan tidak memberi kerjasama.

Pokok yang tumbang menghalang laluan lalu lintas. Syaqif dan beberapa orang anggota bersiap sedia memotong pokok dan mengalihkan ke tepi.

Syaqif memotong pokok manakala anggota yang lain mengalihkan dahan-dahan pokok serta dibantu beberapa orang awam.

Setelah hampir 1 jam tugas mereka selesai pokok dapat dialihkan. Lalu lintas sudah boleh digunakan seperti biasa.
.
.

''aisya nanti tolong tengokkan pesakit katil nombor 5''. Arah doktor amar

''baik doktor''. Aisya mengangguk. Kakinya tidak berhenti berjalan dari tadi.

Keadaan di hospital pada waktu pagi memang kelam kabut pelbagai perangai ada dari muda sampai lah ke orang tua.

''aku kata aku tak nak makan, kenapa nak paksa ni. Aku nak balik, nak balik, nak balik''. Rintih pakcik dalam lingkungan umur 70 tahun yang tidak mahu memakan ubat.

''pak cik tak boleh macam ni, kalau pakcik nak balik kena makan ubat dulu kalau tak macam mana nak sihat''. Pujuk aisya lagi sambil menyuakan ubat kepadanya.

Tangannya di tepis kuat oleh orang tua itu.

'ishh pakcik ni aku pujuk baik-baik ni dah macam nak menguji kesabaran aku ni'. Kata hati aisya

'' pakcik~ Saya suruh makan ubat sahaja bukan saya suruh pakcik berlari satu wad ni. Tolong faham bukan pakcik sorang yang kami kena layan. Ada lagi pesakit yang lebih teruk dari pakcik tau, pakcik patut bersyukur masih boleh bangun, bercakap masih sedar tapi tengok pesakit yang terlantar tak sedar diorang tak mampu buat apa-apa. Jadi sebelum penyakit pakcik melarat baik makan ubat''. Aisya menasihati pakcik tadi dengan tegas.

Pakcik tadi akhirnya akur dan memakan ubat yang diberi aisya.

Aisya beralih ke kaunter dengan wajah yang penat tapi tetap tersenyum memberi semangat kepada pesakit.

'' kau cakap ape dekat pakcik tadi tu, senyap dah aku tengok''. Tegur diana sebaik aisya duduk dikaunter menyimpan fail di tengan

'' aku bagi ceramah sikit kat dia. Bagi ada kesedaran dalam diri''. Jelas aisya.

'' fuyoo cayalah kau aisya''. Balas dia sambil melagakan bahu mereka.
.
.
'' nasib baik ada juga orang awam yang sudi membantu, lancar sikit tugas kita''. Jelas naufal kemudian rakus meneguk air mineral.

'' tu nasib juga orang awam yang berbudi bahasa bukan macam setengah asyik keluar henfon nak viralkan aje kejenya''. Kata aiman.

'' itulah,,sekarang kita berada di dunia viral, semua benda kalau boleh nak diviralkan''. Jawab syaqif.

Seragam cinta❤Where stories live. Discover now