3

66 4 2
                                    

Aku menunggu aqira menyiapkan inainya sungguh perkahwinan aku tak seindah macam aqira, inai pun pakai inai dekat jari je kahwin ekpres lah katakan. Aku terpegun melihat kraf tangan yang berada di kedai berhampiran sambil membelek satu persatu.

Aqira selesai membeli barang kami bertolak pulang ke rumah nenek, mesti semua tengah buzy tapi pengantin ada dengan aku pulak. Balik pun nanti mesti nampak pulak syaqif dengan sepupu dia yang diva buat aku menyampah je. Bukan jelaous okey tapi sakit mata tengok ehh. Nenek pulak masih bersifat dingin dengan aku tapi takpelah mungkin baru lagi.
.
.
.
Sampai di rumah nenek, ramai sanak saudara memenuhi segenap ruang di rumah nenek, aku mencari jugak susuk tubuh syaqif tapi tak nampak pun.

Aku terus masuk ke dalam bilik untuk mandi ye lah bau macam-macam dah ni. Sebaik aku menolak pintu ternampak susuk tubuh syaqif sedang menunaikan solat, alhamdullilah sejuk sikit hati. Riuh di luar rumah kian terasa sampai ke dalam bilik.

''alamak!! Apa masalah kau ni aisya, bawak baju je seluar tak bawak ''. Aisya menampar dahinya sendiri. Takkan nak keluar pakai baju dengan kain tuala. Tak manis orang pandang nanti.

''aqira, aqira sini kejap''. Panggil aisyah

''ye akak kenapa''. Takkan aku nak suruh dia masuk bilik aku dengan syaqif mesti dia malu, aisya berfikir lagi.

''suruh abang syaqif ambik seluar akak atas beg kat bilik lepastu suruh dia hantar kat akak''.

''okey kak''.
.
.
.
''abang syaqif, akak aisya mintak ambikkan seluar atas beg lepastu hantar dekat bilik air''. Kata aqira sebaik jumpa muka syaqif

'' ye takpe abang pergi ambik, nanti abang hantarkan kat dia''. Kata syaqif yang menyarung selipar adidas nya. Maklumlah duduk kat pankin bawah pokok.

''ish macam-macam lah aisya ni, tadi tak nak bawak ni satu hal pulak aku nak selongkar beg dia''. Omel syaqif seorang diri.
.
.
Sambil memegang seluar pallazo aisya, syaqif laju berjalan ke arah bilik air, tapi segan juga semua perempuan je yang ada di dapur dan jalan nak ke bilik air ni.

''eh qif nak pergi mana tu, and apa yg kau pegang tu''. Tanya lisya yang suka menyibuk.

''ouhh ni seluar aisya,dia tak bawak tadi entah apa yang difikirkan sampai lupa nak ambik, so aku nak kena hantar kat bilik air la ni''. Terang syaqif panjang lebar.

''lah macam-macam lah dia tu. Mengada betul bini kau tu''.

''aisya tak perasan kot main angkat je tadi''. Syaqif laju berjalan meninggalkan lisya yang gila melebih-lebih  pula dia.
.
.
Syaqif mengetuk pintu bilik air dan terbukalah pintu bilik air maka terpancul lah wajah aisya serta rambut panjang nya. Ternyata  aisya kelihatan lebih lawa dengan rambut hitam dan lurusnya.

''syaqif, syaqif bagi lah seluar tu ''. Sampai tercenggang dibuatnya syaqif. Lawa lah katakan macam princess

'' ehh nah lah, tu lah tadi tak reti nak tengok betul-betul.  jentik dahi baru tahu''. Kata syaqif terus menutup pintu bilik air laju meninggalkan aisya
.
.
.
''umi, umi niaa nak pakai inai jugak boleh lah umi''. Raung niaa anak saudara syaqif.

''kenapa ni kak?''. Tanya aku kepada akak kina

''ni hah si nia ni dia nak inai lukis-lukis akak ni mana lah reti aisya,''. Kata kak kina panjang lebar.

''takpe kak saya pandai lah jugak tapi taklah selalu saya lukis''. Hampir 8 minit juga aku lukis tangan sekecik ni, dia punya excited sampai peluk umi dia.
.
.
Di dalam bilik aisya sedang menyusun menggantung baju yang hendak dipakai di majlis nanti pintu bilik di tolak. Syaqif yang baru sahaja masuk terus merebahkan badan di atas katil penat sangat lah kononnya.

Seragam cinta❤Where stories live. Discover now