" kau okey?". Tanya syaqif sebaik melihat aisya sedar.
Aisya masih cuba berkelip sambil melihat sekeliling dan cuba untuk duduk dari baringannya. Syaqif terus membantu aisya untuk duduk.
" saya nak minta maaf dengan kamu. Tolak kamu sampai jatuh". Puan oja memegang tangan aisya dengan erat.
" takpe puan, saya faham emosi puan sebagai seorang ibu". Aisya turut mempamerkan senyuman.
" encik, terima kasih juga selamatkan anak saya". Kata idrus pula kepada syaqif.
" itu dah memang tugas saya".
Mereka anak beranak terus ke depan khemah sambil bergelak ketawa usikkan dari anak mereka.
Aisya dan syaqif memerhatikan. Terbit senyuman diwajah aisya.
"Sakit?". Tersentak syaqif, terus wajah aisya dipandang. Aisya menyentuh luka syaqif yang sudah dibalut.
" tak sakit". Balas syaqif.
" tipu. Saya tengok balutan ni pun dah tahu luka awak besar". Aisya cuba melihat wajah syaqif.
" takde apalah, Sikit je ni. Janji diorang gembira". Syaqif melihat kearah keluarga tadi.
" kita yang memilih kerjaya ni, jadi tanggungjawab kita untuk memastikan semua keadaan sekeliling tenang".
" betul tu. Kau rehatlah, aku nak pergi dekat khemah operasi". Kepala aisya diusap sebelum dia pergi ke khemah operasi.
.
.Syaqif diberi cuti sakit begitu juga aisya selepas 3 hari kejadian itu berlaku
" kamu okey tak ni?". Tanya mama kepada syaqif
"Qif okey je lah ma". Jawab syaqif apabila mamanya sudah mula membelek segala anggota badannya.
" ni mana aisya?" Tanya puan salmah sebaik melihat tiada kelibat menantunya
" ada dekat bilik tu, kejap qif pergi tengok". Syaqif bangun menuju ke bilik.
Perlahan lahan pintu terbuka
"Bahh!". Sergah syaqif
" woii terkejut tahu tak?". Aisya mengetuk bahu syaqif.
"Tu mama datang, dia cari kau". Aisya terus menoleh memandang syaqif penuh riaksi.
" mama sekarang mana nak cari aku dah. Asyik cari kau je.".
"Aikk cemburu ke?". Soal aisya penuh senyuman.
" Takde masa nak cemburu". Syaqif memicit pipi aisya kuat.
"Heishhh sakit laa!". Mereka bergerak turun ke bawah untuk jumpa dengan mama.
" mama!". Jerit aisya terus menghulurkan tangan dan memeluk erat ibu mertuanya. Sudah lama dia tidak berjumpa mama kerana kekangan masa dan juga sibuk bekerja.
" harini kamu tak payah masak, kejap lagi kak nora datang sini dia dah masakkan katanya". Kata puan salmah terus duduk di depan tv.
" akak nak datang sini ke? Baguslah dah lama tak jumpa si kecik tu". Kata syaqif sambil mata merenung rancangan dikaca televisyen.
" ha kamu berdua ni, sampai bila asyik nak main dengan anak buah je. Cepat-cepat la sikit lama dah mama tunggu cucu dari korang berdua". Celah puan salmah sambil menepuk peha aisya.
aisya dan syaqif terkaku, diam dan membisu.
" Kitaorang buzy kerja mama, nanti adalah tu. Kembar 4 terus qif bagi". Kata syaqif bersahaja.
Terbeliak mata aisya dibuatnya. Senang la kau cakap kembar 4, yang nak beranaknya aku bukan kau.
" Wahh kamu bukan main". Puan salmah menjeling syaqif.

YOU ARE READING
Seragam cinta❤
عاطفيةPertemuan ini tidaklah sebahagia mereka yang lain. Banyak perkara yang perlu ditempuh bersama. Derita itu membawa kita hanyut dalam perasaan yang tidak tenang. Kehilangan,, jika seseorang itu tidak pernah merasa kehilangan maka bersedialah untuk men...