Aisya melihat cahaya bulan yang menerangi malam sungguh indah dengan kesunyian bunyi serangga, sungguh menenangkan. Aisya duduk segenap di tangga dapur menikmati malam yang indah jauh dari kesibukkan kota.
Tak sangka harini tarikh keramat yang sentiasa diingati iaitu hari lahir abang.
Rindu dirinya pada abang seperti tiada penghujung. Mungkin abang masih marah tapi abang perlu mendengar penjelasan aisya tentang apa yang berlaku.
Aisya menangis seorang diri di tangga batu mengenangkan nasib dirinya.
.
.
Syaqif terjaga dari tidur memegang tempat tidur sebelah terasa kosong. Alangkah terkejutnya syaqif sudah pukul 1 lebih aisya tiada di dalam bilik''ishh mana pulak dia ni pergi''. Omel syaqif seraya turun dari katil sambil mengosok mata.
Syaqif melihat aisya duduk seorang diri di tangga batu. Aisya mengesat air matanya yang keluar seperti hujan, segala tingkah lakunya di perhatikan syaqif.
Air mata aisya seperti tidak mahu berhenti bila terkenangkan betapa bahgianya keluarganya dahulu. Mungkin kadang kala aisya memikirkan dirinya punca segalanya.
'hilang tempat aisya bergantung, aisya takde siapa yang nak diharapkan. Ayah kurang ambil tahu tentang aisya semenjak kahwin dengan ibu fatimah'. Omel aisya.
''Kadang dalam hidup, seseorang itu pasti merasa gagal. Mungkin juga sesuatu masalah yang datang itu berlaku atas kesilapan silam kita. Manusia diciptakan untuk melakukan sesuatu yang lurus mahupun tersasar sedikit tapi sering diberi peluang membetulkan kembali, kerana tidak ada seseorang walaupun apa juga jenis manusia tiada yang sempurna''. Tegur syaqif dari belakang mengejutkan aisya.
Pesan syaqif tadi lagi menambah kan air mata aisya. Terlalu penuh kesedihan tanpa ada sebarang ungkapan.
Syaqif duduk di tepi aisya sambil merenung ke luar dengan suasana malam yang dingin.
''memang manusia selalu diberi peluang dalam hidup untuk membetulkan kesilapan. Macam mana kalau kesilapan silam yang dicari tidak ada peluang untuk dijelaskan''. Balas aisya dengan esak tangis.
''dengar apa yang aku nak cakap ni, tengok serangga tu meskipun kehidupan dia nampak ceria, selalu keluarkan bunyi di tiap-tiap malam tanpa jemu. Kadang-kadang manusia selalu cakap lebih baik aku jadi seekor serangga senang je kehidupan yang dia lalui. Sedangkan setiap detik masa dirinya terancam perlu sentiasa berhati-hati mengelakkan diri daripada dibaham haiwan lain tapi dengan usaha dan keberanian dia tetap bunyi tiap-tiap malam bagi mengadakan suasana yang sama seperti malam-malam sebelumnya''. Jelas syaqif kepada aisya untuk menenangkan dirinya.
YOU ARE READING
Seragam cinta❤
Roman d'amourPertemuan ini tidaklah sebahagia mereka yang lain. Banyak perkara yang perlu ditempuh bersama. Derita itu membawa kita hanyut dalam perasaan yang tidak tenang. Kehilangan,, jika seseorang itu tidak pernah merasa kehilangan maka bersedialah untuk men...