" hah inikan baju saya dah gosokkan siap". Baru saja aisya ingin melangkah keluar dari bilik tapi ditahan
" Kenapa dia tu sibuk datang sini? Tak tahu malu ke?". Tanya syaqif
" Mama kata terjumpa dia haritu jadi dia ajak lah datang rumah, so tak expect dia datang harini". Jelas aisya kepada syaqif yang masih tidak senang dengan kehadiran bekas kekasihnya.
" Kau tak cemburu?". Tanya syaqif
Aisya menoleh kearah syaqif dengan muka tidak percaya.
" Saya nak cemburu buat apa? Dia tetamu mama kan. Lagipun ni aisya la nak cemburu buang masa ja bukan dia peluk, cium awak".
" Habis kalau dia peluk, cium aku?". Sengaja syaqif bertanya
" Saya tampar muka dia".
" Tadi kata tak cemburu lepastu nak tampar pulak, pendirian tak tetap kau ni". Syaqif menarik tudung yang tersarung di kepala aisya. Laju tangan aisya menampar lengan syaqif.
" memang patut kena tampar lah. Tak tahu halal haram ke main nak peluk sesuka hati".
" Dah lah pergi keluar, aku nak tukar baju. Kejap lagi buka depan ni terbatal pulak puasa kau terus berterabur iman". syaqif menolak aisya keluar dari pintu bilik.
" Eiii tak kuasa aku". Aisya turun kembali membantu didapur.
.
.
." Mama syazil naik kereta dengan abang hilman tau,". Syazil yang baru turun laju mengambil kunci kereta abang iparnya.
Baru sahaja ingin meneruskan langkah disla terkejut melihat seorang wanita bertudung labuh sedang bermain dengan rayyan.
" Mama tu siapa?".
" Natasya". Jawab puan salmah ringkas
" Bakal menantu mama yang tak jadi tu. Tak tahu malu ke dia nak datang sini". Syazil sudah membuat muka. Kalau diingat dulu dia yang lari tinggalkan syaqif lepastu tak tahu malu datang semula.
" Tak baik cakap macam tu. Dia kan tetamu kita manusia boleh berubah kan?". Puan salmah memujuk anak bongsunya.
Laju dia terus melangkah keluar rumah untuk menghidupkan enjin kereta.
Aisya dan kak nora sudah siap menyusun bekas makanan didalam kereta. Satu persatu diletakkan dengan rapi supaya tidak ada yang tumpah. Syaqif yang berada ditepi kereta sudah menyampah melihat natasya dari tadi tersenyum bila pandang muka dia. Mental agaknya
Lagi 15 minit sebelum berbuka, aisya naik ke atas membersihkan diri. Kini Dirumah hanya tinggal dirinya, mama, rayyan, kak nora dan natasya. Semua kaum adam sudah pergi rumah-kerumah dan sedikit disedekahkan ke rumah orang-orang tua yang tidak jauh dari kawasan rumah mama.
Semua juadah sudah terhidang diatas meja. Aisya yang baru membacuh air baru saja mahu menatang dulang bersama air tapi ditahan natasya.
" Tak payah aku boleh angkat". Aisya menepis
" Bagi sini aku yang bawak". Lagi sekali natasya mahu membawa dulang yang dipegang aisya
" Tak payah sibuk sangat, kau tu tetamu je. Biar aku menantu dalam rumah ni yang buat". Sengaja aisya menekankan perkataan menantu.
Riak muka natasya sudah mula berubah. 'jangan nak berlagak sangat ye perempuan'. Natasya sudah tersenyum sinis.
" Nora cedokkan nasi dalam pinggan, kejap lagi baliklah diorang tu". Pesan puan salmah
Aisya disebelah menuangkan air ke semua gelas. Natasya mengeluarkan satu persatu bekas makanan daripada beg kertas yang dibawanya.
" Ni saya ada bawak kari ikan, kurma daging lepastu sayur campur". Terang natasya sambil membuka satu persatu makanan dengan muka belagak dia.
YOU ARE READING
Seragam cinta❤
Storie d'amorePertemuan ini tidaklah sebahagia mereka yang lain. Banyak perkara yang perlu ditempuh bersama. Derita itu membawa kita hanyut dalam perasaan yang tidak tenang. Kehilangan,, jika seseorang itu tidak pernah merasa kehilangan maka bersedialah untuk men...