23

53 2 0
                                    

Bila makin dekat nak sampai rumah tokwan dan toknek, aisya dapat merasakan sesuatu. Satu perasaan yang tidak boleh digambarkan. Hanya mampu diam membisu memandang sepi sawah padi yang terbentang luas.

Syaqif menoleh memandang aisya

" Asal kau diam je? Dalam mulut ada emas ke?". Syaqif cuba menegur. Aisya terus menjeling.

Suasana menjadi sepi seketika

" Ada satu perasaan lah, tapi tak terluah untuk saya gambarkan". Aisya meletakkan tangan didada.

" Perasaan kau je, dah nak sampai ni". Kata syaqif sudah memberi signal masuk disimpang rumah tokwan dan toknek.

Halaman rumah tokwan dan toknek meriah dengan orang kampung, sedara mara yang datang berkunjung. Mujur halaman luas banyak kenderaan boleh masuk. Aisya sudah tersenyum melihat ramai dibawah pokok, diatas beranda dan kanak-kanak sedang berlari. Memang suasana raya betul.

" Jom". Aisya mengajak syaqif. Pintu kereta dibuka.

" Pergilah naik dulu, aku nak pergi tu salam tokwan dengan geng dia". Syaqif menunjukkan tokwan sedang tersenyum ke arah mereka.

" Lambat hampa sampai". Tegur tokwan menyambut huluran salam syaqif.

" Jalan raya sesak lepastu kereta buat hal tadi". Syaqif hanya mampu menggaru kepala.

" Dah pi naik makan". Arah tokwan

Perlahan-lahan aisya berjalan sambil menegur dua tiga orang anak dara kampung yang sedang rancak berbual.

Selesai menyalam semua yang berada disitu syaqif memanggil semua budak-budak beratur dihadapannya. Aisya menoleh memerhati syaqif.

" Nak duit raya kena nyanyi dulu! Baru abang bagi". Syaqif sempat mengusik

Tapi tetap semua mata tertumpu disitu, geli hati melihat pelbagai lagu raya dinyanyikan. Demi duit raya. Aisya mampu tersenyum melihat syaqif sambil ketawa.

" Segak lah abang tu, mintak ambik gambaq hang agak dia mau dak?". Tanya seorang anak gadis pada kawannya yang duduk ditangga rumah tokwan.

Alahai dik baru sekolah rendah dah pandai tengok suami orang kata hensem

" Ish hang ni! Tak nampak ka tu kak tu bini dia baju depa sama". Mereka tersenyum penuh bersalah kepada aisya. Aisya hanya tersenyum.

Syaqif yang berjalan mendekati aisya terhenti dibelakang.

" Asal tak naik lagi?". Soal syaqif

" Meh sini telefon, akak tangkapkan gambar". Syaqif dan dua orang anak gadis memandang aisya.

" Pergilah duduk sebelah abang tu, akak tangkapkan".  Aisya menarik mereka berdiri disebelah syaqif.

Syaqif hanya tersenyum sebaik aisya mengira untuk mengambil gambar.

" Terima kasih akak, abang". Kata dua orang anak gadis itu berlalu pergi.

" Nak sign sekali ke?". Syaqif bertanya dengan muka berlagak sambik ketawa.

" Amboi awak ingat retis ke?". Aisya mencuit lengan syaqif.

Aisya melangkah naik ke rumah. Penuh sanak saudara mahupun rakan-rakan dan makcik-makcik kampung. Aisya berjalan ke bilik yang selalu dia tidur bila pulang ke kampung.

" Aisya bila sampai?". Tegur imad yang baru naik dari dapur.

" Abang imad raya sini ke tahun ni? Wahh lagi meriah lah". Kata aisya teruja.

" Ni syaqif, suami aisya". Aisya memperkenalkan syaqif yang berdiri disebelahnya. Syaqif menghulurkan tangan bersalaman dengan imad.

Fiza yang baru naik keatas juga terkejut melihat aisya. Terus berpelukan lah bila perempuan berjumpa. Lama tak jumpa rindu.

Seragam cinta❤Where stories live. Discover now