6

59 5 2
                                    

''takpelah kalau cik kata macam tu saya masuk jumpa aisya dulu''. Kata syaqif berdiri membetulkan baju nya.

Syaqif menolak pintu wad aisya, terlihat sekujur tubuh aisya mengiring membelakangi pintu masuk. Aisya mungkin tak sedar kehadiran syaqif kerana dia baru sahaja memakan ubat tahan sakit yang menyebabkan dirinya mengantuk.

Syaqif menghampiri aisya sambil matanya ligat melihat luka di tangan, kaki dan kepala aisya, dia menyelimutkan aisya hingga ke paras dada. Tangannya menghampiri kepala aisya untuk mengusap dan membelai aisya. Tapi ego menyebabkan perbuatannya terhenti.

Syaqif duduk di sofa bersebelahan katil aisya. Dengan tidak sengaja Dia tertidur sambil memeluk tubuh kerana penghawa dingin yang sejuk.
.
.
.
Jam menunjukkan pukul 7 pagi, aisya tersedar dari tidurnya yang lama akibat ubat yang dimakannya. Aisya terasa hendak muntah dan sedaya upaya cuba untuk bangun dari katil.

Tapi keadaan diri tidak mengizinkan susah untuk dirinya bergerak. Aisya pusing ke arah sofa dan sangat bersyukur melihat syaqif yang sedang tidur berpeluk tubuh disitu. Ada juga orang yang boleh membantunnya

''awak,,,, syaqif,,,, awakkk,,, syaqif danial!''. Panggil aisya yang terakhir mengakibatkan syaqif terjaga dari tidurnya.

''ye, kau nak ape''. Tanya syaqif dalam keadaan separuh sedar sambil mengesat matanya.

''saya nak muntah, tolong lah ambilkan bekas atau tolong saya ke bilik air''. Kata aisya sambil mengurut dada daripada muntah.

''hah, kejap-kejap aku ambil bekas''. Kata syaqif kepada aisya. Sebaik syaqif menghulurkan bekas plastik, aisya memuntahkan segala isi diperut. Sehingga betul-betul dia merasa dirinya lemah selemahnya

Aisya terbaring lemah dan tidak larat untuk bangun. Jauh disudut hati lelaki merasa kasihan atas isterinya tapi bab kata lirik lagu isma sane

'egomu mengunung kau tak pernah mengalah'. Begitulah kehidupan.
.
.

Lapar memang lapar tapi nak tunggu waktu makan di hospital beri lambat lagi. Syaqif menghilangkan diri selepas aisya muntah tadi tidak tahu kemana dia pergi. Tiba-tiba pintu bilik aisya dibuka dan terlihat beberapa anggota bomba masuk.

''macam mana cik aisya okey ke''. Tanya salah seorang anggota bomba

''alhamdulilah harini okey sikit, cuma sakit sikit-sikit tu biasalah''. Balas aisya sambil melemparkan senyuman pucat kepada mereka.

''ni ada sedikit buah tangan dari kami, ambiklah''. Kata seorang lagi anggota bomba yang ni nampak hensem jugak, haih aisya sakit-sakit pun sempat mengatal.

''terima kasih lah susah-susah je, maaf sebab menyusahkan anggota-anggota bomba pulak nak kena cari saya. Tanpa kamu semua tak tahulah apa nasib saya''. Jawab aisya kesyukuran.

''takpe itu dah memang tugas kami, ni anggota-anggota yang bertugas dalam mencari cik aisya semalam, pb hazim, pb fauzi, pb naufal, pb alvin dan pb aiman''. Kata tuan hisyam

Tiba-tiba pintu wad aisya dibuka menampakkan syaqif sambil memegang tupperware mungkin dia membawa makanan untuk aisya.

'' tuan''. Tegur syaqif sambil berdiri tegak tanda hormat kepada pegawai atasannya.

'' aisya ni tuan hisyam ketua balai saya bertugas dan yang ini semua kawan-kawan saya''. Syaqif memperkenalkan aisya kepada semua. Acah je si syaqif ni pandai betul dia berlakon.

''apa-apa pun saya ucapkan terima kasih banyak-banyak selamatkan saya, tanpa korang mungkin saya takkan berada kat sini''. Tutur aisya sedikit sebak.

''alah takde hal lah. Tapi kan cik aisya patut tanya si syaqif ni dia okey ke tak? dia paling risau tak tentu arah saya tengok''. Kata hazim sambil menyiku lengan syaqif.

Seragam cinta❤Where stories live. Discover now