Jika satu kisah hitam dalam hidup tak semestinya hidup anda sudah gagal pasti ada kejayaan menanti dihujung kesabaran❤️
.
.
" Hanani! Ibu dah tak tahan dengan kamu suami, isteri. Semua benda dalam rumah ni ibu nak kena buat, ayah kamu tu kerja siang malam nak tanggung kamu sebab suami kamu tu malas bekerja". Marah puan fatimah
" Ibu, dulu nak sangat nani balik sini kan. Hah! Sekarang dah balik sini ibu tanggung lah". Kata hanani biadap.
" Kalau ibu tahu nak jadi macam ni, kamu tak balik pun tak apa".
" Kalau duit tak cukup mintak lah dekat anak kesayangan tu, kerja bagus kan nurse
(Telefon rumah berdering)
" Ni ahli keluarga farizal bin murad ke". Tanya seseorang di panggilan telefon.
" Ye saya isteri dia". Jawab fatimah
" Suami puan sekarang ada dekat hospital dia jatuh pengsan ditempat kerja". Kata seorang kakitangan di tempat kerja ayah aisya.
" Ya allah iye ka? Baik saya datang sekarang". Jawab puan fatimah dan meletakkan telefon
" Dah kenapa ibu cemas sangat ni". Tegur hanani yang masih berbaju kelawar sedangkan hari sudah tengah hari.
" Ayah masuk wad dia pengsan kat tempat kerja. Kamu tolong hantarkan ibu". Puan fatimah meminta tolong anaknya
" Bolehh tapi ibu isikan minyak kereta". Jawab hanani sedikit biadap.
"Apa apa jelah cepat siapp!". Fatimah tegas
.
.
." Semua pesakit dah dapat ke sumbangan yang dato jalil berikan". Tanya doktor amar kepada aisya.
" Dah doktor. Semua pesakit saya dah edarkan. alhamdulilah diorang suka sangat, atleast ceria lah sikit wajah diorang nak sambut puasa tahun ni". Jawab aisya ceria. Bila pesakit tersenyum maka hati pun senang
"Kalau macam tu saya mintak diri dulu. Nak check pesakit dekat wad 5D". Kata doktor amar
Sambil berjalan melintasi aisya.Aisya membelek satu persatu fail di kaunter bagi memastikan semua kerja dan rekod pesakit dalam keadaan baik.
"Oittt". Diana menepuk bahu aisya dari belakang
" Ishh kau ni buat terkejut aku jelah". Kata aisya sambil mengusap dadanya
" Kau dah prepare ke barang dapur nak menyambut puasa?". Tanya diana
"Belum lagi. Aku ingat nanti lepas kerja aku nak pergi cari". Balas aisya sambil merenung muka diana
"Aku pun tak beli lagi, housemate aku tu balik kampung dah". Keluh diana
" Jomlah pergi dengan aku. Macam tak biasa pulak".
" Hahaha manalah tahu kau dah tak nak ajak aku". Sengaja diana mengusik
" Okey kejap lagi pukul 8 aku ambik kau. Aku nak pergi hantar rekod pesakit". Aisya berpesan sebelum pergi meninggalkan diana.
.
.
." Kau tengok jam dah pukul berapa sekarang! Minah ni kalau boleh bersiap mengalahkan mak datin". Marah aisya kepada diana kerana hampir setengah jam dia menunggu diana bersiap.
" Aku tertidur tadi. Ala kau jangan marah okey". Diana menggaru kepala tahu akan kesalahan diri.
Aisya menjeling.
" Hah jom cepat cepat kita pergi.. yeayy". Diana menunjukkan reaksi teruja.
" Nasib baik kawan aku". Aisya menekan pedal minyak menuju ke tempat membeli belah.
.
.
.
YOU ARE READING
Seragam cinta❤
RomantizmPertemuan ini tidaklah sebahagia mereka yang lain. Banyak perkara yang perlu ditempuh bersama. Derita itu membawa kita hanyut dalam perasaan yang tidak tenang. Kehilangan,, jika seseorang itu tidak pernah merasa kehilangan maka bersedialah untuk men...