21

46 1 0
                                        

Setelah hampir sebulan menunaikan ibadah puasa akhirnya kita sudah tiba di hari kemenangan. Raya!!.
.
.

" Bye, semua selamat hari raya". Doktor amar melambai staf dibahagian kaunter.

" Doktor duit raya takde ke?". Tanya yana dengan muka tak tahu malu.

" Amboi sempat ehh awak mintak duit raya, kalau ada anak baru saya bagi. Sebab awak single kan? Jadi takde duit raya". Doktor amar menjawab. Diana disebelah hanya menggeleng dah faham sangat dah perangai si yana tak tahu malu ni.

" Alaaaa". Panjang rintihan yana

" Okeylah aku nak balik dah". Kata diana menyalam semua staff nurse dan doktor perempuan sambil memohon ampun dah maaf serta ucapan hari raya.

Giliran semua disitu memohon ampun dan maaf. Jam pun menunjukkan pukul 5 petang sudah habis waktu bekerja.

Aisya dan diana berjumpa dua tiga orang pesakit yang terpaksa raya dekat hospital. Sedih terasa malam raya tak boleh balik. Aisya memberikan sedikit kata-kata semangat dan duit raya untuk orang-orang tua yang sudah dianggap seperti keluarga.

" Jaga diri tau, ampun dan maaf aku pohonkan buatmu kawanku. Sayang kamu babe". Peluk diana didalam kereta.

" Ye aku pun sama". Aisya membalas pelukan

" Bye". Baru ingin membuka pintu kereta, diana berhenti lagi.

" Kau kata nak balik kedah. Kejap lagi ke?" Tanya diana

" Tak jadi. Sebab syaqif kerja lagi esok, aku tak kisah pun raya sini tapi dialah yang bersemangat nak raya kat kampung aku". Aisya sedikit tersenyum kelat.

" Esok maknanya kau raya sorang dululah". Tanya diana sambil menayangkan gigi.

" Nampak gaya macam tulah sementara nak tunggu dia habis kerja, raya kedua baru nak balik kampung". Kata aisya. Rilek lah sebelum ni dah biasa raya single maa.

Selepas menghantar diana, laju aisya menekan pedal minyak menuju ke rumah. Nak kemas beg siap-siap untuk pulang ke kampung kemas awal untuk elakkan barangan daripada tertinggal.

Selesai menyiapkan semua beg dan mandi aisya merebahkan badan ke atas tilam. Kali ini terasa inilah raya paling sendu untuknya. Tanpa umi, tanpa ayah untuk kali pertamanya dan abang mungkin.
.
..
.

" Aina nak pergi mana tu sayang!". Jerit ila daripada beranda rumah tokwan dan toknek

" Nak ikut toknyang pergi tengok lembu!". Laju aina menjawab, kaki sudah laju berjalan seiringan bersama tokwan.

" Jangan nakal-nakal tau". Pesan ila.

" Okey ibu". Aina menjawab penuh keseronokkan.

Ila terus masuk ke dalam rumah mencari toknek yang sedang sibuk didapur. Terpaksa dia meninggalkan toknek sebentar memandangkan nazral buat hal tak mahu tidur.

Nazrin awal-awal sudah mengikuti dua tiga orang penduduk kampung ke tempat mencari kayu dan buluh untuk menyalakan meriam. Bahaya. Tapi biasalah kan orang sekali sekala jarang balik kampung.

" Tidoq dah budak kecik nuh?". Tanya toknek yang melihat ila turun kedapur.

"Tidur dah dia, banyak akal dia sekarang makin besar ni". Kata ila sambil tersenyum.

Mereka berdua berborak panjang sambil ila bertanya dua tiga resipi masakkan daripada toknek. Semua masakan yang nazrin suka makan mesti akan ila pelajari.

" Ila harap sangat tahun ni dua beradik tu boleh berjumpa toknek". Ila sedikit mengeluh. Firasat hatinya amatlah tinggi bahawa mereka berjumpa kembali

" Ni hang jangan pi habaq kat nazrin, dengaq kata tokwan hang depa nak balik sini". Kata toknek penuh berhati-hati mana tahu tiba-tiba nazrin muncul ke nanti.

Seragam cinta❤Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang