Jam menunjukkan pukul 2:30 pagi.
Kipas seperti tidak berpusing cahaya lampu juga terpadam. Nyamuk mula lah main peranan hinggap dekat anggota badan.
''aduii pahal takde elektrik pulak ni''. Kata aisya bangun sambil menggaru kesan gatal akibat gigitan nyamuk.
Aisya mengambil spray nyamuk yang ada di atas meja di dalam bilik.
''alahai time-time ni kau nak habis pun''. Aisya mengomel sendiri.
''yang dia ni pun tido mati tak tahu rasa panas ke gatal ke''. Bebel aisya melihat syaqif yang terlalu nyenyak tidur.
Tokwan dan toknek mungkin sudah terbiasa dengan keadaan takde elektrik ni, ye lah nyamuk nak gigit diorang pun tak boleh maklumlah tidur dalam kelambu.
Diorang usia dah meningkat ni mungkin tak buka kipas pun terasa sejuk.
Tokwan ada kata suiz elektrik rumah ni memang selalu jatuh maklumlah dah lama. Nak betulkan tokwan tengah tunggu orang yang nak baiki tu siapkan rumah orang lain dulu.
'' syaqif~ ooo syaqif''. Panggil aisya
''ishh kau nak apa, aku mengantuk ni tahu takk. Asal tutup kipas ni~ nyamuk banyak tahu tak''. Tanya syaqif dan menutup mukanya menggunakan bantal supaya aisya tidak menganggu dirinya tidur
''kepala hotak hang bila masa aku tutup''. Jawab aisya perlahan tidak didengari syaqif terlalu geram apabila dituduh pulak.
''bangunlah syaqif pegi buka suiz punya box kat luar tu''. Aisya mengejut syaqif.
Syaqif hanya menggerakkan tangan tanda protes tidak mahu bangun. Aisya tidak putus asa masih lagi mengejut sehingga syaqif bangun.
'' ishhhhhhh, dekat mana suiz box tu. Kacau betul lah''. Tanya syaqif yang bangun dengan rambut yang serabai.
Syaqif mengikuti langkah aisya ke luar dari bilik menuju ke ruang tamu dan menuju ke pintu keluar rumah.
''ehh nak keluar pergi mana malam-malam ni''. Tanya syaqif.
''suiz punya box kat luar rumah so kena keluar lah''. Jawab aisya laju meninggalkan syaqif.
Kaki aisya sudah pulih setelah diurut beberapa kali oleh mak cik ramlah. Alhamdulilah kini dia boleh berjalan dengan lancar tanpa menggunakam tongkat.
''kau jangan laju-laju boleh tak kalau jatuh tangga macam mana''. Pesan syaqif supaya aisya berhati-hati.
Aisya menyuluh ke arah kotak suiz lampu untuk syaqif menekan butang supaya elektrik kembali ada.
''yeay! Elektrik dah ada,boleh sambung tidur''. Jerit aisya keriangan selepas syaqif menghidupkan kembali suiz elektrik.
''tak payah nak suka sangat, kau tahu tak kau dah ganggu tidur aku ni''. Jawab syaqif terus maju menuju ke bilik.
'' suruh sikit je dah merungut lebih-lebih''. Jawab aisya mengejek syaqif dari belakang.
Syaqif kembali menarik selimut menyambung semula tidur yang diganggu aisya.
Setelah dua minit aisya masuk ke dalam bilik dengan cemas.
''awak-awak bangun lah''. Kejut aisya kepada syaqif
''aduiii, kau ni nak apa lagi aku mengantuk lah aisya''. Jawab syaqif sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
''kat luar tu,,saya nampak ada orang dekat pondok tokwan tu''. Kata aisya cemas.
'' aisya boleh tak kau just tidur, lantak lah dia nak duduk ke meniarap ke''. Jawab syaqif geram.
Aisya hanya akur selepas dimarahi syaqif tapi dirinya masih duduk bersandar di kepala katil. Fikirannya masih melayang memikirkan orang yang berada dia luar rumah tadi agak menyeramkan.
YOU ARE READING
Seragam cinta❤
Storie d'amorePertemuan ini tidaklah sebahagia mereka yang lain. Banyak perkara yang perlu ditempuh bersama. Derita itu membawa kita hanyut dalam perasaan yang tidak tenang. Kehilangan,, jika seseorang itu tidak pernah merasa kehilangan maka bersedialah untuk men...