Bab 3

17 3 0
                                    

Lagu apa ni?

Seminggu kemudian

"Okey kelas, hari ni kita belajar setakat ni dulu ye. Pastikan awak semua siapkan latihan yang saya bagi tu." Cikgu Laila mengemaskan barang barangnya. "Kejapnya cikgu.. Cikgu nak pergi mana?" Tanya salah sorang pelajar. "Hari Khamis nanti ada majlis persaraan Cikgu Hamidah. Cikgu antara cikgu cikgu yang diarahkan untuk urusankan majlis itu nanti. Ermmm, Zalfa, boleh ikut saya?.. saya nak mintak tolong awak sikit" tanya Cikgu Laila. "Boleh cikgu" jawab Zalfa tersengih comel. Cikgu Laila sedikit geram melihat reaksi Zalfa yang cute itu.
.
"Eh kaki kau dah okey kan Safa. Jom ikut aku. Pergi dewan, tolong cikgu" ajak Zalfa. "Erm boleh jugak." Safa setuju dengan ajakkan Zalfa.. Alang alang nanti cikgu yang mengajar untuk subjek seterusnya tidak hadir. "Okey jom" Zalfa menarik Safa dengan riangnya. "Zalfa" panggil Saqeef yang baru pulang dari bilik guru. Zalfa dan Safa berhenti melangkah. "Cikgu Laila panggil kau" ujar Saqeef. "Oo okey. Safa kau pergi dulu nanti aku pergi jumpa kau kat sana tau" arah Zalfa lalu bergegas ke bilik guru.

Safa mengangkat langkah meninggalkan Saqeef. "Ss.. safa" teragak agak Saqeef untuk memanggilnya. Safa tidak mendengar panggilannya Saqeef.
.


Safa yang sedang menghampiri dewan itu dapat mendengar bunyi piano yang sedap didengar. Safa yang cintakan alat muzik jadi tertarik untuk mendengarnya dengan lebih jelas lalu mencepatkan langkahnya memasuki dewan. Sebaik sahaja sampai hanya ada seorang sahaja didalam, iaitu si pemain piano. Safa perhatikan pemain piano itu dari jauh tanpa tahu siapakah orangnya kerana Safa tidak memakai cermin mata pada waktu itu. Rabun Safa tak kuat mana, tapi untuk melihat objek jauh itu tidak lah nampak dengan jelas.

"Sedapnya lagu ni. Siapa dia ni?" Bisik hati Safa. "Ye? Ade ape?" Tiba tiba pemain piano itu bersuara dan berhenti bermain. Terkejut Safa. "Macam mana dia tahu aku kat sini?"

"Emm ehem. Sedap instrumental tu. boleh saya tahu tu lagu apa?" Tanya Safa. "Reason" balas lelaki itu. "Wau. Simple. Reason. Unik" balas Safa pula lalu mendekati lelaki tersebut. Semakin lama dia menghampiri lelaki itu semakin jelas wajah lelaki itu lalu langkahnya terhenti. "Emm hai Safa. Kaki dah okey?" Tanya Tengku Mikyaf. Kelu lidah Safa. "Safa?" Panggil Tengku Mikyaf. "Dah.. dah okey" jawab Safa lalu memandang ke arah lain dengan gelabah. "Asal ni? Okey tak?" Tanya Mikyaf lagi yang dapat melihat Safa seperti tidak selesa. "Okeyy.. ermm sedap main piano tadi" puji Safa lalu menuju ke piano.

"Thanks. Lagu tu saya akan mainkan waktu persaraan Cikgu Hamidah nanti. Tapi okey tak lagu tu? Ke tak kene?" Mikyaf memandang Safa yang sedang menghampiri piano. "Okey.. saya suka" jawab Safa. "Suka? Hmm" Mikyaf tersengih. "Saya suka awak" sambung mikyaf dengan nada suara yang perlahan serentak dengan bunyi piano yang kuat yang sengaja Mikyaf tekan. "Ape? Tak dengar" Safa kelihatan blur. "Awak nak belajar? Saya boleh ajarkan" Mikyaf berdiri dibelakang Safa lalu mengajarnya.

Safa kelihatan gembira dapat bermain piano pada waktu itu. "No. Not like that." Mikyaf cuba membaiki kesalah Safa lalu tersentuh jari Safa. Safa tersentak lalu cepat cepat mengalihkan tangannya. "Ss..sorry" ucap Mikyaf. Safa bangun dari kerusi piano. "Weyh first time aku berada di situasi macam ni!" Detik hati Safa.

"Sorry buat korang tunggu" Cikgu laila dan Zalfa muncul tepat pada waktu yang sepatutnya mereka muncul untuk menghilangkan suasana awkward itu.
.
(Hari khamis - Hari persaraan Cikgu Hamidah)

Semua pelajar dan cikgu, masing masing kelihatan sangat kagum dengan Mikyaf yang dapat bermain piano dengan sangat bagus. Sebaik saja Mikyaf selesai, tepukkan yang sangat gemuruh memenuhi ruang dewan. Mikyaf hanya memberikan senyuman lalu kembali ke tempatnya. Safa hanya perhatikan Mikyaf. Sebaik saja Mikyaf duduk, mata Safa tertumpu pada Saqeef yang sedang bangun dari kerusi berhampiran dengan Mikyaf lalu keluar dari dewan. "Sibuk betul" detik Safa.
.

"Safa jom! Masuk kelas, majlis dah nak habis ni, baik kita keluar awal ngeh ngeh. Nanti ramai orang, tak best sesak" ajak Zalfa. "Jom!" nasib Safa satu kepala dengan Zalfa.
.

Safa dan Zalfa yang sedang riang berjalan masuk ke kelas terkejut apabila menyedari Saqeef ada di depan papan putih. "Kau buat apa Saqeef?" Tanya Zalfa. Saqeef terkejut dengan kehadiran mereka berdua. Zalfa dan Safa membaca apa yang tertulis di papan putih.

"Hey Areej Safa!"
"Dasar perempuan gila!"
"Playgirl!"
"Muka bukan la tahap ratu pun"
"kau ingat kau tu bagus ke?"
"Bersentuhan dengan lelaki lain sana sini, takde batas!"

Zalfa membisu seribu bahasa memandang Safa yang kini kelihatan bengang. Zalfa membuat isyarat mata kepada Saqeef. "Apa kau buat ni Saqeef?" Soal Zalfa dalam hati. Kini kelasnya telah dimasuki pelajar yang lain. "Weyh kau baca tu haha" masing masing sibuk berbisik dengan yang lain.

"Puas kau sekarang ha Saqeef? Kau ada masalah apa dengan aku? Cuba kau cakap!" Tengking Safa.
.
"Asal ni ramai berkumpul kat kelas Safa ni?" Hairan Sayf. "Habistu kau yang tulis ni kan. Siapa lagi kalau bukan kau.. sah sah kau kat sini. Yang lain semua di dewan la. Jangan nak tipu aku la." Marah Safa. Kalau ikutkan nak je dia tampar si Saqeef ni. "Aku dah cakapkan bukan aku" suara Saqeef masih lagi dapat dikawal.

"Eh safa?" Sayf terkejut melihat safa sedang mengamuk.

"Dah la! Tengok! Siapa yamg pegang marker sekarang? Kau! " Safa malas lagi nak berbahas dengan Saqeef lalu mengambil pemadam untuk memadam papan putih. "Kenapa takleh padam?"  Berkerut dahi Safa. Safa merampas marker di tangan Saqeef. "Serously?! Bukan whiteboard marker?!" Safa kelihatan semakin bengang. Satu keluhan kuat dikeluarkan Safa.
Safa memejamkan matanya untuk tenangkan hati. 3 saat kemudian Safa memandang Saqeef dengan 1001 perasaan sedih lalu meninggalkan kelas itu dengan malu. "Safa..safa!" Zalfa cuba mendapatkan Safa tapi Sayf menyekat Zalfa. "Biar saya pujuk dia" ujar Sayf lalu mengejar Safa.
.

Safa yang sedang berdiri di hujung koridor tingkat 3 di makmal yang jarang diguna akhirnya tidak dapat menahan dirinya untuk tidak menangis. "Safa" panggil Sayf lembut. Safa cepat cepat menghapuskan air matanya. "Safa sabar ea. Tak elok marah marah. Ye saya tahu awak geram. Istighfar banyak banyak okey" pujuk Sayf. "Saya malu" jawab Safa dengan nada serak. "Safa. Ini ujian untuk awak. Safa ingat Allah tu Maha Mendengar, awak berdoa la dekat Allah supaya orang yang buat tu berubah. Awak jangan simpan dendam ye. Ingat buat baik di balas baik. Kalau orang buat jahat, kita jangan biarkan dia. Tapi kita doakan dia untuk berubah." Pujuk Sayf lagi.

Safa hanya diam. "Safa, takpe! Saya tahu awak malu! Tapi takpe! Awak kene ingat yang awak bukan la macam yang orang ingat. So awak tak sepatutnya malu. Biar orang ingat kita macam tu, jangan kita memang betul betul jadi macam tu! Nanti diorang akan tahu kamu siapa yang sebenarnya. InShaAllah" Sayf melemparkan senyumannya. Sayf tidak sampai hati melihat Safa sedih begitu.  "Nah." Sayf menghulurkan coklat kitkat kepada Safa. "Thanks" sambut Safa

Tengku Mikyaf yang sedang berdiri di tangga mencuri dengar pujukan Sayf rasa sedikit kecewa kerana tidak dapat berada disisi Safa ketika susah. "Bro, kau buat apa?" Tegur Taqi dari belakang. "Aa.. aku tersalah blok" jawab Mikyaf lalu tinggalkan Taqi tanpa berpaling. Taqi sambung menaikki tangga. "Eh kau, eh Safa. Ha buat apa? Amboi kau Sayf sedap tegur aku ikhtilat, habis kau berdua duaan kat tempat takde orang ni asal? Zina?" Berdesup ayat pedas Taqi ditembakkan kepada Sayf. Sayf membuat isyarat mata untuk diam. "Kau buat apa?" Tanya Sayf. "Ni ha, Sir Abdul suruh aku ambikkan alat makmal sikit. Nak buat eksperimen kecil kecilan katanya. Okey la aku gerak lu." Balas Taqi lalu meninggalkan mereka.
.

Safa menarik nafas panjang untuk kuatkan semangat sebelum masuk ke kelasnya dengan muka tebal.

"Playgirl ke dia ni?"
"Ye la kut"
"Kalau kau perasan kan semua lelaki handsome dia kebas"
"Ye ke?"
"Siapa?"
"Siapa kau tanya.. jap aku list. Aryan, Sayf, Taqi, Mikyaf.. ha pastu Saqeef.. eh tapi Saqeef tak kaya. Boleh la tu dengan dia"
"HAHAHAHA"

Safa cuba sabarkan dirinya. "Safa.. kau okey? Saf.." belum sempat Zalfa menghabiskn percakapannya Sir Khai masuk ke kelasnya. "Okey Assalamualaikum semua. Harini saya akan pulangkan kertas soalan kamu yang sudah saya tanda haritu"
.

Where Are You, My Destiny?Where stories live. Discover now