Kau buat apa datang sini?
"Dah dah! Shh!! aku tak nak dengar. Biar la dia. Nak berdarah ke berbalut ke. Siapa yang suruh dia bergaduh? Bukan aku pun. Dah la. Bai!" Datin Jalilah yang baru pulang dari mesyuarat syarikatnya terus menjadi baran apabila mendapat panggilan dari adiknya Khai tentang anaknya Saqeef terlantar di hospital. "Sibuk betul adik bajet baik tu. Dah kalau kesian sangat ha jaga la! Paksa orang datang bagai" Bebelnya sambil menaiki tangga rumahnya. "Mama kenapa ni?" Widad yang kebetulan sedang menuruni tangga terserempak pula dengan mamanya yang laju membebel. "Ha widad. Kerja sekolah kamu dah siap? Kamu belajar rajin-rajin. jangan malukan keluarga kita macam adik kamu tu si Saqeef. Buat ini tak kena, itu tak kena. Apa masalah dengan otak dia. Kamu patut bersyukur kamu tu sempurna. Ingat pesan mama Widad!" Soalan yang diajukan Widad langsung tidak dijawab malah dibebelnya pula kepada Widad. "kenapa tiba-tiba pula nama saqeef yang keluar ni? Haishh budak tu kan memang. Adeee je yang aku kena marah sebab dia." Widad tak berpuas hati kerana disebabkan Saqeef dia yang terima leteran, baru sahaja hidupnya ingin aman seketika.
"Ini Widad. Abangnya Saqeef. Widad tidak lah jauh mana perbezaan umur dengan Saqeef. Widad boleh dikelaskan sebagai pelajar terbaik disekolah dalam bidang akademik. Kelebihannya dalam belajar membuatkan keluarganya sangat berbangga dengan dirinya. Ibu ayahnya hanya menganggap bahawa mereka mempunyai seorang anak sahaja iaitu Widad. Widad boleh juga dikatakan rebutan para gadis tetapi Tengku Mikyaf yang hebat dalam segala benda dapat melawan Widad. Widad dan Tengku Mikyaf merupakan rakan sekelas. Jika dilihat, Widad ini sedikit dingin orangnya tapi sebenarnya tak sedingin yang dijangka. Dia seperti kekurangan sesuatu yang tak dapat diteka oleh orang kerana dia tidak pernah bercerita tentang keluarganya. Siapa sangka, pelajar di sekolah sana takde yang tahu Saqeef itu adiknya Widad."
.
Widad yang sedang asyik menonton tv rancangan lawak luar negara terbahak-bahak ketawa. Hilang semua stressnya tentang belajar. Alangkah seronok jika tidak perlu berfikir tentang belajar. Siapa kata budak pandai tak tertekan dengan belajar. Terkadang budak pandai lagi tertekan dalam pelajaran kerana banyak harapan yang dia perlu pikul. "Widad! Widad!!" panggil Datin Jalillah namun Widad langsung tidak mendengar dek lagi tertarik dengan rancangan lawak itu. Datin Jalilah terus menuruni anak tangga alangkah terkejutnya dia apabila melihat anaknya sedang gembira ketawa terbahak-bahak di depan tv. "Widad!" lalu jerkahnya. Widad terkejut dengan jerkahan itu lalu cepat-cepat menutup tv. Datin Jalilah yang berdiri di tangga terus melangkah laju menuju anaknya. "Awak buat ape ni? Mama pesan apa tadi? Mama pesan jangan malukan keluargakan? Jadi apa yang Widad kena buat? Jawab!" Tengking Datin Jalilah. "belaja" balas Widad perlahan. "habis tu widad buat apa ni? Mama nak widad pergi belajar sekarang. Widad pergi belajar! Sekarang!!" Jerkahnya. Widad tersentak lalu cepat-cepat beredar dari situ.
YOU ARE READING
Where Are You, My Destiny?
RomanceMengisahkan tentang remaja perempuan, Areej Safa yang menghadapi cabaran selepas sahaja putus cinta dengan teman lelakinya, Aryan Ma akibat dari bualan orang tentang Safa sukakan Tengku Mikyaf dan curang dengan Aryan Ma. Areej Safa yang mudah berkaw...