Bab 16

6 2 0
                                    

"okey aku rasa sampai sini je kut. Sekarang pukul 6 dah ni." Kata Saqeef lalu menutup segala pennya. "Okey. Thanks Saqeef. Thanks semua" zalfa pun terus menutup buku bukunya. "Bye korang." "Kau tak nak balik lagi ke Saqeef?" Soal kawan yang lain. "Takpe, korang balik dulu" lalu semua beredar dari kelas meninggalkan Saqeef sendirian. Saqeef yang sudah siap menyimpan barangnya mula termenung memikirkan Safa.

"Safa. Kenapa Safa asyik bermain kat fikiran aku? Aku cuba untuk lupakan perasaan ni. Safa dah ada Mikyaf. Mikyaf lagi sesuai dengan Safa. Mikyaf lagi rapat dengan Safa. Tapi.. Siapa aku dekat dia? Kenapa aku macam rasa tak senang kalau nampak diorang bersama? Apa perasaan ni? Aku suka dia? Tapi... Dia dah ada Mikyaf". Omel hati Saqeef.

Hujan mula turun renyai renyai. Saqeef bangun dari kerusinya lalu mendekati tingkap kelasnya, melihat air mengalir di cermin tingkap. "Hujan jugak hari ni rupanya? Macam ni ke perasaan aku sekarang?" Bisiknya.
.

Safa yang sedang basah kuyup baru sahaja mahu masuk ke dalam kelas namun terhenti apabila ternampak Saqeef yang sedang memandang ke luar tingkap. Safa hanya memandang Saqeef dengan mata berkaca. Ingin saja Safa luahkan semuanya kepada Saqeef, tapi Safa tidak mahu libatkan Saqeef.

Saqeef yang sudah berdiri lama di tingkap terus duduk dimeja paling belakang di tepi tingkap. Saqeef mengeluarkan handphonenya dan membuka satu lagu, entah kenapa, dia rasa lagu itu sesuai dengan keadaannya sekarang. Safa waktu itu cepat cepat menyorokkan diri dari dilihat oleh Saqeef. Safa tahu Saqeef akan risaukan dirinya apabila melihat dirinya basah kuyup seperti itu. Biarlah ini menjadi rahsia. Dan biarlah dipendam sahaja. Safa pun turut mendengar lagu yang dipasang oleh Saqeef. Satu persatu bait kata kata lagu itu didengarnya. Satu tangisan mula mengalir dipipinya.

Manakala Saqeef, satu persatu kenangannya bersama Safa bermain dibenak fikirannya. Satu keluhan berat dikeluarkan. Sebaik sahaja lagu itu habis dimainkan, Saqeef bangun menuju ke kerusinya lalu mencapai beg dan keluar dari kelas menggunakan pintu hadapan. Saqeef sedikit pun tidak perasan Safa berdiri di sebalik pintu belakang kelas sejak lagu itu dimainkan.
.

Lama kelamaan Safa akhirnya terduduk dengan tangisannya. Tiba tiba Saqeef dari belakang meletakkan baju sejuknya pada badan Safa lalu duduk disebelah Safa. "Safa? Are you okay?" Soal Saqeef. Safa memandang Saqeef dengan hidung dan matanya sudah kelihatan merah. Saqeef melemparkan senyumannya kepada Safa. Safa kembali menunduk.
.

Safa dan Saqeef sudah pun berada di dalam bilik darjahnya itu. "Apa yang berlaku?" Pujuk Saqeef. Safa masih mendiamkan diri. Saqeef pun terus mencari cari sesuatu di dalam meja Safa. "Awak cari apa?" Safa sedang berada dikerusinya menyoal Saqeef yang sedang mencari sesuatu didalam meja Safa.

Taqi yang baru balik latihan badminton dari dewan berlari untuk elak hujan dan terus masuk ke bangunan bilik darjah tingkatan 5. Namun kakinya terus terhenti apabila terdengar perbualan Saqeef dan Safa.

"Saya cari coklat. Biasa saya perasan selalunya ada coklat dalam meja awak. Hari ni awak tak bawa ke?" Soal Saqeef. "Tak. Bukan saya yang bawak. Saya tak tahu siapa yang bagi" tangan Saqeef berhenti mencari lalu memandang Safa.  Ramai betul peminat Safa. Lalu sambung mencari. "Ha ni ada.. awak makan lah dulu, tadi awak redah hujan, menangis. Mesti letih kan. Tambah tenaga awak. Nah" saqeef menghulurkan coklat itu kepada Safa. Safa menyambut huluran itu lalu makan perlahan lahan. Saqeef memandang Safa dengan perasaan ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Safa.

Taqi yang sedang mencuri dengar perbualan Safa terus meninggalkan tempat itu dan menuju ke kelasnya untuk mengambil payung dan beg sekolah. "Sayf masih bagi coklat tu. Habis macam mana dengan Zalfa?" Detik hati Taqi, geram.
.

"Ha dah balik dah kamu ye" Datin Tengku Hawa menyambut Mikyaf dengan sapaan seperti mahu buka gelanggan. Tengku mikyaf sudahlah tengah tiada mood malah ditambah lagi dengan ibunya. Mikyaf hanya mendiamkan diri dan meninggalkan ibunya yang sedang berdiri depan. "Heh. Nak ke mana pula? Amboii. Biadapnya" "mama nak apa?" mikyaf menahan sabarnya. Dato Tengku Iskandar pun muncul sekali. "Mama cakap kamu tolak perempuan yang mama kamu cadangkan. Kenapa?" Soal ayahnya. "papa, buat apa Mikyaf kena pilih tu semua?" Soal Mikyaf yang sudah berkerut dahinya. "Untuk jadi pasangan hidup kamu laa Mikyafff! Kamu tak faham ke?" Sambung ibunya pula. "Whatt?! Are you serious? Apa ni? Mikyaf baruu 18 tahun. Belajar pun baru lagi. Kerja lagi lah tak" mikyaf seperti berada di alam pelik. Apa yang kedua dua ibu bapanya fikirkan. Pelik. "Kitorang tak suruh kamu khawin teruskan?" Ibunya cuba tenangkan Mikyaf. "Jadi?" Mikyaf semakin hairan. "Bertunang" balas ayahnya. Mikyaf ketawa kecil. Tidak percaya. "Mikyaf kami tak main main tau. Apa lagi tak cukup? Kami bukannya nak suruh kamu khawin sekarang. Just bertunang. Kamu boleh teruskan belajar sampai habis. Then terus masuk kerja syarikat ayah kamu. Dan khawin. Kalau duit kamu tak cukup untuk tanggung isteri kamu,takpeee . Kami ada. Kita orang kaya. Kamu kena ingat tau, kamu satu satunya pewaris yang kami ada. So apa yang kamu perlu buat? Kamu perlu ada pewaris jugak. Macam ni kami dulu. Kami pun nikah umur lebih kurang kamu sekarang. Ini pun dah cukup baik kami bagi kamu lepas belajar. Apa lagi yang tak cukup?" Panjang pula ibunya membebel. "Tapi tak cukupp ke papa mama kawal masa depan mikyaf? Ni nak kawal pasangan hidup Mikyaf pulak? Omg" Mikyaf meraut rambutnya lalu beredar dari situ. "Kami akan tunangkan kamu minggu depan. Kalau kamu tak mahu ikut pun takpa" laung Datin Tengku Hawa.
.

Semakin hari semakin kusut keadaan Mikyaf. Terseksa. Dari dulu sehingga sekarang selalu dikawal oleh ibu bapanya. Keluarganya lebih kurang sama sahaja dengan keluarga Widad. Cuma Widad mampu melawan dengan ibu bapanya sejak kejadian Saqeef tahun lepas. Jika dikenang semula, dia dan Widad selalu berkongsi maklumat tentang bidang perubatan, cita cita mahu menjadi Doktor bersama, namun semuanya hancur sebaik sahaja ibu bapanya mengugutnya dahulu. Hanya Widad yang berjaya menuju laluan bidang doktor. Air mata Mikyaf mula mengalir tanpa sedar. Telefonnya terus dicapai. Yang ditatapnya ketika itu ialah contact number Safa. Lama juga tatapannya. Dengan berat hati dia delete nombor telefon Safa. "Safa memang tak perlukan aku"
.

"Safa! Jom! Kita study" Zalfa menepuk bahu Safa riang. Safa mengangguk lalu mencari buku buku yang ingin dia ulang kaji. Zalfa yang sudah terlebih dahulu meninggalkan Safa terus berjalan bersama Sayf dengan muka tersengih sengih. Bahagia nampaknya. Mana taknya, hari ini Saqeef, Safa, Zalfa, Taqi dan Sayf nak study bersama. Memang senyum sampai ke telinga lah Zalfa dpt study bersama Sayf. Peluang keemasan, ini la kali pertama mereka study bersama kerana kelas mereka berdua berbeza. Sayf hanya menjeling jeling melihat Safa. Safa yang seperti kurang vitamin berjalan perlahan lahan mengekori yang lain menuju ke pondok belajar. Saqeef melihat Safa keseorang, mengundurkan langkahnya dan jalan bersama Safa. "Kita ada masa 5 hari lagi tau untuk peperiksaaan. Awak kene bangkit tau. Kita sama sama buat yang terbaik. Okey?" Saqeef bercakap dengan nada yang berbisik lalu melemparkan senyuman. Safa memandang Saqeef dengan senyuman kelatnya. "Nak tahu tak? Taqi haritu, dia main badminton kat dewan. Lepastu masa dia lari nak pukul bulu tangkis, seluar dia terkoyak." Saqeef mencari topik untuk menghiburkan Safa. Safa mengangkat kening sebelah. "Kalau awak nak tahu, time tu dia pakai seluar dalam pink" terus Safa tergelak kecil. Saqeef mula lega apabila Safa berjaya terhibur dengan cerita palsunya. "Im sorry Taqi" Saqeef gelak besar dalam hatinya. "Ini rahsia kita berdua tau" ujar Saqeef. Safa menggeleng sambil ketawa.
.

5 hari berturut mereka semua belajar bersungguh sungguh untuk menghadapi peperiksaan. Banyak kenangan mereka cipta dalam masa yang sama. Stress belajar bersama, happy bersama, ketawa bersama, bergurau bersama, bermain bersama, lepak bersama. Sehingga mereka seperti lupa masalah yang mereka hadapi. Safa bagaimana? Safa seperti sudah move on dengan perkara hari yang lepas. Yang dia fokuskan sekarang hanyalah peperiksaan.
.

Where Are You, My Destiny?Where stories live. Discover now