"Hahaha ye saya tahu rambut saya agak berserabai sekarang. Tapi tolong jangan tengok saya macam tu. Awak malu kee keluar minum dengan saya?" Tengku Mikyaf yang dikenali dengan sifatnya yang agak sukar ketawa akhirnya mengeluarkan tawanya apabila tidak tahan melihat riak wajah Safa. "Hahahah macam mana saya tak ketawa, dengan rambut terangkat sana sini.. cuba awak baiki.. ramai tengok awak, tahu tak? Muka dah okay cuma rambut. Hahahah" akhirnya Safa berjaya mengeluarkan mood bahagianya setelah hampir seharian diam membisu. "Okey okey jap." Tengku Mikyaf membaiki rambutnya sambil melihat pantulan mukanya di screen telefon miliknya. "Okeyh.. lihatlah rambut ku ini~" Tengku Mikyaf menurunkan tangan dari kepalanya lalu membuat muka.
Safa menahan ketawa melihat perangai Tengku Mikyaf. "Better la dari tadi" tersenyum Safa dibuatnya. "Saya tahu saya handsome" jawab Tengku Mikyaf. "Eh bila pulak saya cakap awak handsome?" Soal Safa. "Takyah cakap dah tahu. Tapi betulkan?" Tengku Mikyaf membuat muka serius sambil memandang Safa. Kali ini memang Tengku Mikyaf serius. Sudah lama dia memendamkan perasaan sukanya terhadap Safa. Safa terdiam membisu. Pada waktu itu Safa merasakan perasaan malu mula membuak buak dalam dirinya apabila Tengku Mikyaf memandangnya sebegitu. Ye, Safa juga menaruhkan perasaan suka terhadap Tengku Mikyaf. Tapi masing masing saling tidak mengetahui.Bip! Satu mesej masuk ke dalam telefon Tengku Mikyaf.
Tengku Mikyaf dan Safa saling tersedar dari lamunan mata masing masing.
"Kau kat mana? Aku nak jumpa kau. Aku bagi location." -Si bijak
"Location sama dengan aku ni" detik hati Tengku Mikyaf lalu melihat sekeliling.
YOU ARE READING
Where Are You, My Destiny?
RomanceMengisahkan tentang remaja perempuan, Areej Safa yang menghadapi cabaran selepas sahaja putus cinta dengan teman lelakinya, Aryan Ma akibat dari bualan orang tentang Safa sukakan Tengku Mikyaf dan curang dengan Aryan Ma. Areej Safa yang mudah berkaw...