Bab 7

9 3 0
                                    

"Kenapa mereka gaduh? Tapi apa pula kaitan si Widad tu dengan Saqeef ni?" Tengku Mikyaf yang sedang duduk disebelah katil Saqeef berfikir sejenak tentang apa kaitan dua lelaki itu. Berkerut seribu dahinya. Setelah penat berfikir, Tengku Mikyaf sudah membuat keputusan untuk temani Saqeef malam ini akhirnya keluar dari ruang bilik Saqeef untuk mengambil angin malam. Sedang dia berjalan-jalan di sekitar hospital, dia ternampak Widad sedang termenung di kerusi jauh disana.

"Widad, kau buat apa kat sini? Aku ingat kau dah balik." Tegur Tengku Mikyaf yang sedang berdiri disebelah kerusi yang diduduki Widad sambil memeluk tubuh. Soalan yang ditanya oleh Tengku Mikyaf dibalas dengan tiupan angin malam. Lama mereka mendiamkan diri. "Widad maaf la kalau aku ni busy body. Tapi.. Apa. Hubungan kau. Dengan Saqeef?" Tanya Tengku Mikyaf memberanikan diri. "Senior and junior." jawab Widad ringkas lalu mencapai helmet di sebelahnya dan meninggalkan tempat itu. Tengku Mikyaf tersenyum seketika lalu mengekori Widad dengan santai. "Wow kau bawak motor ea datang sini. Bila kau ada lesen? Sempat pulak ye kau. Btw cantik motor kau." Puji Tengku Mikyaf. "Tahun lepas." balas widad dengan nada sedikit dingin. Tengku Mikyaf mengangguk sambil melihat gerak geri Widad yang sedang memakai sarung tangan dan helmetnya. "Widad.." panggilan itu membuatkan pergerakkan Widad berhenti lalu memandang Tengku Mikyaf tajam. "Entah ape la mamat ni nak." Nampaknya saingannya telah membuatkan hatinya seakan bergelora. "aku tak tahu apa masalah korang tapi aku harap kalau kau tak mampu meredakan keadaan Saqeef, tolong, tolong jangan marakkan keadaan." kini muka Tengku Mikyaf sangat serius seperti memang betul-betul memaknakan ayat itu. Dahi Widad sudah kelihatan berkerut. "Okey. Hati-hati bawak motor Widad." Tengku Mikyaf melemparkan senyumannya lalu mengangkat langkah meninggalkan Widad disitu. Agak geram dibuatnya, tanpa membuang masa Widad menghidupkan motornya lalu beredar dari kawasan Hospital itu.

.

Kelas 4SQ

"Bangun! Terima kasih cikgu!" Ucapan itu diketuai oleh Zalfa lalu diikuti oleh kawan-kawan sekelas yang lain. Dalam waktu seminggu ini segala tugasan Saqeef akan digalas oleh Zalfa iaitu selaku penolong kelas. Sebaik sahaja cikgu keluar dari bilik darjah mereka Safa yang agak kemurungan itu merebahkan kepalanya diatas meja sambil menghadap kearah meja Zalfa disebelahnya. "Weyh kau okay tak ni?" Tanya Zalfa yang semakin minit semakin risau melihat keadaan Safa. "Kau nampak aku oke ke Zalfa" Rintih kedengaran suaran Safa. "Tak" jawab Zalfa selamba sambil menanggalkan cermin matanya untuk dilap. Sedang Zalfa dan Safa melakukan hal sendiri tiba-tiba sekumpulan perempuan berkerumung di meja Safa seperti semut yang sedang berusaha mendapatkan makanan. "ehem. Aku dengar kau ada dekat tempat kejadian" Maka mulalah satu das mulut yang tidak dapat dikawal oleh para gadis yang busy body selalu. safa mula memejamkan matanya memikirkan apa pula nasibnya kali ini. "Korang nak apa ni? Dah shuh shuh pergi main jauh" zalfa cuba menghalau mereka. "Eh sibuk je nak halau orang. orang tengah cakap dengan Safa la"tiba-tiba salah sorang dari mereka bersuara lalu diikuti dengan ketawa mereka beramai-ramai, dah nak serupa pontianak. "Eh Safa, kau ni cantik sangat ke? Habis semua lelaki handsome rapat dengan kau. Kau tengok tu si Aryan, digantung sekolah sebab kau la. Dasar tak bersyukur dapat boyfriend macam tu, suka hati nak tolak lepastu ngorak Tengku Mikyaf. Tengku Mikyaf tu aku punya tau." Kini satu das lagi dilepaskan kepada Safa. Safa mengangkat kepalanya lalu hanya memandang kehadapan. Dia tahu mungkin waktu itu satu kelas sedang memandangnya. "Entah. Ha lepastu, sekali dengan Taqi dan Sayf kau rembat kan. Hebat betul kau ni kan. Ish Ish Ish.. Tak malu. Dah lah tu geng. jom kita keluar dari sini dari tengok muka perempuan ni" Ye, memang betul Safa rapat dengan ramai kawan lelaki tapi itu tak bermakna Safa ini perempuan murahan. Safa berkawan atas sebab niat ikhlas untuk berkawan tapi apalah nasib.

Sayf ketika itu mula berasa geram dengan perangai sekumpulan gadis itu sebaik sahaja mendengar mereka memerli Safa. Sememangnya kalau ikutkan Sayf dia takkan pilih perempuan seperti itu untuk dijadikan kawan perempuannya. Hati busuk. Sayf yang kebetulan lalu disitu baru sahaja ingin bertanya tentang Saqeef namun tidak jadi apabila melihat mood Safa tidak elok, lagi-lagi apabila diperli kuat oleh sekumpulan gadis pontianak tadi.

Where Are You, My Destiny?Where stories live. Discover now